Thursday, August 12, 2010

Sumbangan Peruntukan Ramadhan Kepada Masjid-Surau: ADUN Bangi



Assalamualaikum..


Dimaklumkan bahawa Adun Negeri Selangor (ADNS), Bangi Dr Shafie Abu Bakar akan mengagihkan peruntukan sumbangan Ramadhan kepada Masjid-Surau di kawasan Bangi. Oleh kerana jumlah Mesjid dan Surau disekitar Bangi 100 buah maka pembahagian akan dibuat melalui 8 peringkat seperti berikut



Untuk Kawasan sekitar Bangi lama, Bandar Seri Putra & Bandar Bukit Mahkota adalah dalam Zon 2 (Ahli Majlis Zon24), iaitu pada hari ini Jumaat, 13 August 2010 bersamaan 3 Ramadhan 1431. Peruntukan akan diserahkan di Mesjid Kariah Bangi, Bangi Lama. Sehubungan dengan itu diharap wakil bagi pihak surau dapat hadir untuk menerima sumbangan tersebut.

Untuk Ramadhan 1431/2010 peruntukan diberi adalah berjumlah RM50 Ribu dan setiap Masjid/Surau diperuntukkan sebanyak RM500. Diharap dalam tempoh seminggu semua Masjid-Surau akan menerima peruntukan dari ADNS untuk pengimarahan pada bulan Ramadhan di Masjid-Surau mereka. Mana-mana yang tertinggal ADNS cuba bawa sendiri peruntukan atau mereka boleh datang mengambilnya di Pejabat.

Untuk Jadual Ziarah Mesjid & Surau, YB akan bersama Jemaah surau untuk menunaikan Solat Maghrib, Isya' & Tarawih di sekitar kawasan Putra Mahkota (Kawasan Ahli Majlis Zon 24) seperti berikut:
  • 28hb August / 18 Ramadhan - Surau As-Syakirin, Bandar seri Putra
  • 29hb August / 19 Ramadhan - Surau Al-Ibtidaiyah, Bt 6 bangi
  • 31hb August / 21 Ramadhan - Surau Al-Muhajirin Sek 5, Bandar Bukit Mahkota

Selamat Menjalankan Ibadat Ramadhan

Wallahualam...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More