Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Showing posts with label Catatan Imam. Show all posts
Showing posts with label Catatan Imam. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

RENUNGAN : Dimana kita selepas Sahur.?

From: Azmi Hamzah <azmi_k@ymail.com>

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjG-3VuO95QVlKCdQG_dUMTL6GrS39lfaBMgOEpswU8jqfxpOVAsYRBCTvRiaDzGyN7pS6SO4UmASlyodAqfX14MwGNFyWVQ13hCuJOmUekVCayGR6Mqkub6tNrQo41bwczSuOlRk2SHTuM/s320/w0022.jpg

Alhamdulillah.. bersyukur kita kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi nafas kepada kita untuk kita berada di dalam saki baki bulan ramadahan yang masih ada. Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesihatan kepada kita, diberi kekuatan untuk kita terus mengabdikan diri kepada Allah di bulan yang penuh keberkatan ini. Puji untuk Mu Ya Allah kerana Engkau masih lagi memberi penghidupan ini untuk kita meneruskan sisa-sisa umur yang dianugerahkan kepada kita di atas muka bumi ini, sebelum kita di panggil untuk bertemu Allah nanti. 

Bulan Ramadhan adalah bulan yg penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah, diganjarkan amalan dengan berlipat-lipat kali ganda, maka tidak hairan lah kalau kita tengok masjid-masjid dan surau akan dipenuhi dengan kaum muslimin dan muslimat di bulan Ramadhan ini demi untuk meraih pahala dan rahmat Allah yang telah dijanjikan, ianya akan menjadi pelik kalau di bulan Ramadhan masjid dan surau tiada orang, ini menjadi perkara yang pelik tetapi kalau di Bulan Ramadhan masjid dan surau penuh itu adalah perkara biasa. Justeru itu marilah kita bersama-sama orang lain berlumba-lumba untuk bersama-sama mereka untuk meraih sebanyak mungkin ganjaran yang ditawarkan oleh Allah kepada kita… semoga kita semua diberkati Allah.

Sebagai renungan bersama….

Rata-rata kita disini  adalah melayu muslim mukmim  dan kita akan marah bila ada orang mengatakan betul ke kamu ni muslim mukmin sebenar.. dan memang kita akan marah malah kita sanggup bertumbuk atau bergaduh dengan orang yang mengajukan soalan itu kepada kita demi nak mempertahankan muslim mukmim kita itu.. tapi itu kah caranya untuk kita mempertahankan apa yang dikatakan muslim mukmim itu... sedangkan hakikat sebenar untuk menjaga keislaman muslim mukmin kita itu adalah dengan mengikut perintah Allah SWT dan Seruan Nabi Muhammad SAW. Kita hidup kan syiar islam kita seperti solat berjemaah dan sebagainya.. apatah lagi keadaan sekarang yang kita berada di bulan Ramadhan yang penuh ganjaran dari Allah,  namun kita masih lagi gagal melaksanakan itu semua. Bila orang tanya kita marah tapi kita.. bagaimana?. 

Tidak di nafikan kita semua terdiri dari orang yang mengerjakan solat saya rasakan... mustahil kita sebagai seorang muslim  tidak menunaikan solat.. kerana ia tiang agama.. tapi setakat mana solat kita. .cukupkan dengan hanya solat dirumah.. dan itukah sifat nabi kita Muhammad saw dalam bab solat. Apa alasan kita.. tak sempat..? tak ada masa..? sibuk..? tak sempat dalam perjalanan balik kerja masuk waktu maghrib.. tapi isya' kita di mana  .. belum balik lagi masa tu .. (tapi Alhamdulillah di bulan Ramadhan ini Isya' ramai kerana kita datang untuk solat terawih.. agak-agaknyalah kalaulah di bulan Ramadhan ni tiada solat terawih rasanya kita lebih seronok melayan astro kat rumah lagi kot.. tapi disebabkan solat sunat terawih kita gagahkan diri kita untuk ke surau, sedangkan keutamaan adalah solat berjemaah tu..) 

Tapi persoalan utamanya  subuh kita di mana..  terutama di bulan Ramadahan ni.. majoriti kita rasanya bangun bersahur.. kerana semua orang tahu akan kelebihan bersahur tu.. sebagaimana sabda nabi.. 

Dari Anas radhiAllahu 'anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda:  "Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah."  (HR Bukhari & Muslim)

Rasanya tak sampai 10% yg tak bangun sahur, rasanya tak sampai 10% dari kita yang pergi kerja semasa azan berkumandang rata-rata kita pergi kerja adalah paling awal pun 6.30 pagi.. sebenarnya kita hanya beralasan dengan Allah sahaja.. kita mencari alasan dan kita fikir Allah boleh menerima alasan kita untuk kita tidak bersolat berjemaah di masjid dan surau.. 

Bukan untuk cuba menunding jari kepada sesiapa, tetapi  sekadar untuk memperbetulkan mana-mana yang dirasakan kurang betul kerana ianya masih ada ruang untuk diperbaiki.. kita mahu masyarakat taman kita menjadi satu masyarakat yang diberkati ...

Isu solat berjemaah ini merupakan isu terpenting umat Islam di kala ini. Ketika masjid-masjid sunyi dari manusia-manusia untuk tunduk dan sujud bersama pada Tuhan Pencipta Alam, umat Islam terus dihenyak dengan kehinaan. Kehebatan umat Islam yang suatu ketika dahulu digeruni oleh kawan dan lawan, kini semuanya hanya mainan ilusi.  

Langkah pertama dalam menjadikan umat Islam sebagai umat yang disebut sebaik-baik umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran serta beriman kepada Allah adalah melalui solat berjemaah. Di situlah terletaknya kunci kemuliaan umat Islam. Penjamin kepada kehebatan umat Islam adalah terletak pada solat subuh. Jika solat subuh kita pada hari ini boleh dipenuhi seperti penuhnya masjid-masjid ketika hari jumaat, pasti umat Islam tidak akan dihina sebegini rupa di atas muka bumi ini lagi, dan pasti PALESTINE akan jatuh semula di tangan umat Islam. 

Kita sedar itu semua.. tapi kita gagal untuk melaksanakannya..kerana apa? Kerana kita gagal berakhlak dengan akhlak seorang muslim.. kita akan marah kepada orang.. jika orang menyindir kita, kamu ni islam ke tidak .. dah tentu kita marah kerana mempertikaikan keislaman kita.. tapi apa yang kita buat untuk islam yang kita pegang… nak datang solat berjemaah pun susah.. berkira sungguh waktu kita dengan Allah.. sampai tak sempat dah kita nak menjenguk Surau atau Masjid untuk solat berjemaah.. sampai kita tak sedar bahawa waktu tu Allah yang bagi kepada kita… kalau kita rasa tak sempat sangat nak datang solat berjemaah minta dari Allah waktu yang lain yang bukan waktu yang Allah bagi tu.. boleh ke..?

Ketika ini kita sibuk mencari kesenangan dunia untuk kita, keluarga kita anak-anak kita. Kita kurang perihatin pada membangunkan jiwa manusia yang mengurus dan mentadbir ini. Kita masih lagi gagal menjadikan solat jemaah sebagai satu  keutamaan. Ingatlah, umat Islam terdahulu jiwa mereka subur dengan kesatuan. Solat jemaah itu mencerminkan KESATUAN JIWA, KEJERNIHAN HATI. Perasaan rindu dan kasih sayang tersemai hasil dari solat berjemaah. Inilah yang menyebabkan masyarakat kita buta perasaan. Kasih sayang sudah hilang, anak dibuang , dibunuh, budak-budak kecil diperlakukan teruk dari binatang. Pembunuhan , tuduh menuduh, memfitnah ,dan lain-lain isu masyarakat semuanya hasil dari hilangnya nilai kasih sayang dari jiwa umat Islam kita pada hari ini. Hilangnya perasaan ini adalah hasil dari hilangnya nilai berjemaah, hilangnya nilai kesamaan dari kosongnya masjid dan surau terutama surau kita  dari solat berjemaah. Marilah sama-sama kita pupuk kembali nilai kasih sayang dalam jiwa kita dengan memulakan langkah hidup dalam jemaah, solat berjemaah. Moga-moga, di bulan yang penuh keberkatan ini kita mendapat hidayah Allah semoga keluarnya kita dari Madrasah Ramadahan ini menjadi seorang muslim yang jiwanya dekat dengan surau dan masjid dan permulaan ini akan memulakan langkah kita ke arah suatu tamadun ummah yang kembali memartabatkan nilai kemanusiaan, nilai umat Islam yang sudah lama kita impikan memimpin dunia ini.

Wallahu alam

Azmi Hamzah

Nota: Ustaz Azmi adalah salah seorang imam tetap di surau Al-Hijrah.

Dipetik daripada: http://surau-al-hijrah.blogspot.com

Monday, August 23, 2010

Prejudis sungguh kita bila berbuka puasa di Surau

From: Azmi Hamzah <azmi_k@ymail.com>
 
Satu renungan buat kita semua

Satu tradisi saya ingat lagi, apabila petang akan ada seorang yang junjung talam pergi dari rumah ke rumah dan tuan rumah akan sumbang apa kuih yang dia buat hari itu. Talam itu dibawa ke surau atau masjid untuk mereka yang ingin berbuka dan solat berjemaah di masjid. Itulah budaya yang semakin hilang..

Ada amalan yang sepatutnya disemarakkan pada Ramadan ini tetapi tidak dilaksanakan masyarakat dan apakah sebabnya? Amalan tersebut adalah amalan berbuka
Sebenarnya yang berbuka puasa di masjid terdiri daripada pelbagai kategori ahli masyarakat. Ada yang kaya, pertengahan dan miskin. Mungkin yang kaya datang bukan hendak berbuka sangat tetapi ingin berjemaah. Tetapi disebabkan prejudis keterlaluan, kita ketinggalan sunnah yang dituntut. Banyak negara di Asia Barat menjadikan membawa keluarga berbuka puasa di masjid sebagai satu budaya. Mereka tidak rasa dihina berbuka puasa di masjid. Tetapi kita di sini jika berbuka puasa di masjid orang kata nak makan percuma. Ini prejudis, sedangkan hikmah yang dituntut sunnah supaya beri makan pada orang. Jelas tafsiran serta pemahaman hadis itu pelbagai. Di Masjidilharam. Masjid Nabawi dan masjid di London, hujung minggu pada Ramadan berbuka puasa di masjid macam satu pesta. Ahli keluarga datang berbuka puasa di masjid dengan bekalan tamar saja sebab makanan untuk berbuka ada disediakan. Sebenarnya yang disediakan di masjid adalah hasil sumbangan ahli jemaah juga. Itulah masalah kekangan budaya dan prejudis kita hingga orang malu untuk berbuka puasa di masjid. Sebabnya kita kata itu untuk pekerja kontrak Bangladesh, Myanmar dan sebagainya. Ini prejudis yang keterlaluan hingga orang malu untuk berbuka puasa di masjid. Maka yang tinggal berbuka puasa di surau dan masjid hanyalah beberapa kerat sahaja. .termasuklah Surau Al Hijrah.. tidak pernah sampai 10 orang dari taman kita yang jumlah rumah keseluruhannya 200 lebih.. perajudis sungguh kita dengan amalan ini..Saya syorkan kita semua jangan malu bawa anak dan keluarga berbuka di masjid. Kalau tak mampupun bawalah diri kita untuk sama-sama berbuka di surau kita.. Janganlah kita terlalu prejudis terhadap amalan ini... Kalau kita memang nak makan sedap memang kita akan makan di rumah.. tapi makanlah selepas itu.. kita datang dulu berbuka di surau kita dengan apa yang ada.. kemudian selepas solat kita baliklah makan enak-enak di rumah.. marilah kita menghidupkan roh surau kita..Paling tidak tiga atau empat kali pada Ramadan ini.

Azmi Hamzah


Dipetik daripada: http://surau-al-hijrah.blogspot.com

Thursday, August 12, 2010

Kelebihan Sembahyang Berjemaah Di Masjid/SURAU

Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut."
(Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Kelebihan Sembahyang Berjemaah Di Masjid/SURAU

 Masuk Syurga Tanpa Hisab.
Ada 3 golongan yang sembahyang berjemaah di masjid yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab:
Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di dalam masjid (menunggu azan di masjid).
Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.
Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan
Terima suratan amal dengan tangan kanan

Semasa bersembahyang di dunia ini manusia akan mengangkat tangannya dan bertakbir. Di hari kiamat pula, tangan-tangan manusia akan terangkat untuk menerima suratan amal (kitab catitan amalan) yang datang sendiri dari Arasy dengan kuasa Allah terus kepada tangan-tangan mereka.

Suratan amal itu ada yang diberi ke tangan kanan tuannya dan ada yang diberi ke tangan kirinya. Orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kanannya merasa besar hati dan berbangga dengan yang demikian sehingga ia menyeru orang-orang lain supaya membacanya;
Haqqah [19] Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!

Israa [71] (Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun. 
Dalam mazhab Syafie hukum sembahyang berjemaah adalah Fardu Kifayah, wajib ke atas semua lelaki yang mampu, namun apabila ada sekumpulan yang melakukankannya, gugurlah kewajipan itu. Ini bersandarkan hadis:
    • Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara'); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan) (Riwayat Imam Ahmad).
      Dalam mazhab Hambali, hukum sembahyang berjemaah ialah Fardu Ain berdasarkan hadis:
      Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para muniafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)
      Namun hadis ini telah dibatalkan setelah Baginda mendapati ramai sahabat yang tercicir dari sembahyang berjemaah.
      Mazhab Hanafi dan Maliki pula berpendapat hukum sembahyang jemaah ialah Sunat Muakkad berdasarkan hadis yang mengatakan sembahyang jemaah itu sunnatul huda (sunnah petunjuk).
      "Dari Ibnu Mas'ud Radhiallaahu anhu, ia berkata, "Sesungguhnya Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya." (HR. Muslim)
-Sumbangan Ahli Karyah
__._,_.___-Sumbangan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More