Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Showing posts with label Surau Al-Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Surau Al-Hijrah. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Wajah baru blog Surau Al-Hijrah

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/251372_10150657062610176_329327610175_19401487_2610658_n.jpg

Blog Surau Al-Hijrah kini berwajah baru. Sebarang komen atau pandangan untuk memperbaiki blog surau sangatlah dihargai.

Khaiatbsp

Friday, June 17, 2011

Surau Al-Hijrah: Jadual Kuliah Terkini







Quote
Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO)
Setiap SABTU selepas SUBUH

Kuliah Subuh (Ahad)
Minggu 1 & 3: Ust Yahya KUIS
Minggu 2 & 4: Ust Nik Hilmizan

Kuliah Dhuha (WANITA)
Setiap AHAD minggu 2 & 4
Jam 9.30 pagi

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah
Setiap Ahad, selepas solat Maghrib
Ustaz Nushi Mahfodz


Jadual diatas boleh juga diperolehi di kalendar surau:
https://www.google.com/calendar/embed?src=5ed62ra14ticj5h1lg2c0l3254%40group.calendar.google.com&ctz=Asia/Kuala_Lumpur


Bagi yang ingin melanggan google calendar surau, berikut dikongsikan cara-caranya:

1- Masukkan alamat google calendar surau (https://www.google.com/calendar/embed?src=5ed62ra14ticj5h1lg2c0l3254%40group.calendar.google.com&ctz=Asia/Kuala_Lumpur)

Tekan pada pautan "+ Google Calendar" disebelah kanan bawah laman.

2- Anda akan diminta mendaftar atau jika telah ada akaun google, sila sign masuk.


3- Anda akan diminta sama ada ingin menambah calendar surau atau tidak

Click setuju.

4- Anda telah melanggan kepada google calendar surau

Anda kini boleh menguruskan bagaimana anda ingin kalendar surau digunakan.

5- Mulakan dengan menukar paparan daripada mingguan kepada bulanan.

Anda juga mungkin berminat untuk mendapatkan 'alert' sama ada kepada laman web, email atau sms ke phone anda.

6- Setup alert notification

Saya biasa setkan kepada ketiga-tiga alert untuk sebarang aktiviti.
Hantarkan pada email 2 hari sebelum sebarang aktiviti.
SMS 2 jam sebelum aktiviti.
Papar di skrin 30 minit sebelum aktiviti.

Harap ini membantu. Ia juga boleh digunakan untuk kalendar anda yang lain juga.

Selamat mencuba.

Tuesday, May 24, 2011

Akaun Surau Al-Hijrah bagi mereka yang ingin menyumbang online

Berikut dikongsikan nobor akaun Surau Al-Hijrah bagi mereka yang ingin menyumbang secara online.

Bank: Bank Muamalat
No akaun: 1207-0005265-71-8
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika
Alamat: Surau Al-Hijrah, Jalan Seri Putra 6/3, Bandar Seri Putra, 43000 Bangi, Selangor.
No pendaftaran: JAI.SEL.BMP/01/034/310

Berikut langkah-langkah pemindahan online bagi memudahkan rekod bendahari surau:
1- Buat pemindahan ke nombor akaun di atas (email suraualhijrah@bandarseriputra.com, jika diperlukan)
2- SMSkan maklumat pemindahan (jumlah, masa dan rujukan jika ada) kepada 012-3666764

Diucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.
Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT.

Thursday, May 19, 2011

Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah (24 May 2011)

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183627_10150409635615176_329327610175_17522599_5137221_n.jpg
Gambar Hiasan
Assalamualaikum wbt
Diharapkan Tuan-Tuan berada di dalam perlindungan dan keredhaan Allah SWT juga hendaknya.
Satu Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah akan dijalankan pada 20 Jamaldil Akhir 1432H bersamaan Selasa, 24 May 2011 selepas Solat Isyak. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau, Jemaah dan semua Kariah dipersilakan hadir bagi tujuan tersebut.
Pihak Surau amat berharap supaya Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha agar semua activity surau yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua.
Sebarang cadangan dari pihak tuan untuk meimarahkan surau dan kegiatan surau bagi tahun hadapan amatlah dihargai. 
Agenda Mesyuarat:
  1. Ucapan aluan Pengerusi
  2. Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
  3. Persiapan sempena Ceramah Bulanan pada 28 May 2011
  4. Perkembangan Permohonan Tapak Surau
  5. Update Penubuhan KOPERASI Surau
  6. Laporan Biro Biro
  7. Hal hal lain
Sekian, terima kasih dan tolong hebahkan kepada rakan rakan lain yang tiada dlm email listing ini.
Bagi Pihak Pengerusi 
Setiausaha 2 
Mohd Hanafi Yunus

Tuesday, May 10, 2011

Buletin Surau Al-Hijrah (Bil 002)



Keluaran Khas Maal Hijrah 1431
- Solat Jemaah
- Sekapur Sirih
- "Kembalikan Ilmu Itu" oleh Dr. Ramizi Mohamed
- dari Rehal Imam
- Badan Khairat Kematian
- Aktiviti Surau
- Sukan Surau

Monday, March 28, 2011

Mesyuarat Penubuhan Koperasi Surau Al-Hijrah

Assalamualaikum wbt
Diharapkan Tuan-Tuan berada di dalam perlindungan dan keredhaan Allah SWT juga hendaknya.
Satu Mesyuarat bagi membincangkan Penubuhan Koperasi Surau Al-Hijrah akan diadakan pada 27 Rabiulaakhir 1432H bersamaan Jumaat, 1 April 2011 selepas Solat Isyak. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau, Jemaah dan semua Kariah dipersilakan hadir bagi tujuan tersebut.
Tolong hebahkan kepada jemaah dah sahabat yang lain.
Sekian, terima kasih.
Bagi Pihak Pengerusi 
Setiausaha 2 
Mohd Hanafi Yunus








Wednesday, February 23, 2011

Mesyuarat Bulan Februari Surau Al-Hijrah





Alhamdulillah mesyuarat bulan Februari Surau Al-Hijrah telah diadakan pada Selasa lepas 22/2/2011.

- Ceramah bulanan ditetapkan setiap minggu ke-3 setiap bulan
- Gotong-royong akan diadakan sehari sebelum ceramah.

- Notis pemberitahuan pembinaan surau Al-Hijrah yang baru telah mula dipamerkan.


- Ahli karyah dijemput untuk memperbaharui keahlian khairat kematian bagi tahun 2011.
- Borang dan buku undang2 kecil khairat kematian akan mula diedarkan.
- Berkitan itu, biro khairat kematian akan mengadakan kursus mandi jenazah.
- Untuk khairat 2010, RM6,785 telah terkumpul dengan RM2700 dibelanjakan untuk 3 kematian. Wang di tangan sekarang adalah RM4,085
- Jumlah keahli bagi 2010 adalah seramai 133 orang.


- Perbelanjaan bulanan surau: api (RM230-240), kuliah (RM400-500), cleaner (RM80).
- Sebarang sumbangan am atau khusus boleh diserahkan kepada AJK atau terus kepada bendahari.
- Aktiviti 'recycle' boleh juga menambahkan tabungan surau dan telah berjaya dijalankan beberapa kali. Setiap kali dijual, sekitar RM5-20 berjaya diperolehi. Ahli karyah disarankan membantu aktiviti 'recycle' ini. Makluman tarikh pengumpulan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

- Program remaja akan diketengahkan untuk menarik remaja ke surau.
- Program berbasikal (sebelum ini dijalankan secara individu) akan mula diwar-warkan sebagai aktiviti surau.
- Buletin secara bulanan dan ziarah ahli karyah akan dijalankan untuk menyebarkan maklumat dan ilmu.

- Pemasangan papan tanda/banner perlu untuk mengetengahkan surau yang dikatakan tidak diketahui lokasinya. Lokasi juga akan ditandakan dalam googlemap.

Sunday, February 20, 2011

Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah (22 February 2011)

Assalamualaikum wbt
Diharapkan Tuan-Tuan berada di dalam perlindungan dan keredhaan Allah SWT juga hendaknya.
Satu Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah akan dijalankan pada 19 Rabiulawal 1432H bersamaa Selasa, 22 February 2011 selepas Solat Isyak. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau, Jemaah dan semua Kariah dipersilakan hadir bagi tujuan tersebut.
Pihak Surau amat berharap supaya Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha agar semua activity surau yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua.
Sebarang cadangan dari pihak tuan untuk meimarahkan surau dan kegiatan surau bagi tahun hadapan amatlah dihargai. 
Agenda Mesyuarat:
  1. Ucapan aluan Pengerusi
  2. Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
  3. Laporan Biro Biro
  4. Cadangan Penubuhan KOPERASI
  5. Hal hal lain
Sekian, terima kasih.
Bagi Pihak Pengerusi 
Setiausaha 2 
Mohd Hanafi Yunus

Wednesday, December 29, 2010

Cadangan pembangunan Surau Al-Hijrah yang kekal

Insya-Allah ahli karyah Surau Al-Hijrah dalam usaha untuk membangunakan surau kekal di tapak surau sekarang. Berikut dikongsikan pelan cadangan pembinaan tersebut. Insya-Allah akan dimulakan awal tahun 2011 dan dijangka siap suku ke-3 2011. Sebarang sumbangan amat dialu-alukan. Cadangan, pandangan, komen atau maklumat lanjut, sila hubungi AJK Surau Al-Hijrah atau dipostkan di sini http://surau-al-hijrah.blogspot.com/.




Pandangan surau sahaja tanpa bangunan belakang. Surau akan didirikan 2 tingkat dan dijangkan boleh memuatkan 400 orang pada satu-satu masa.


Pandangan depan (dari Putra Tropika)


Pandangan belakang (dari Seriputra5)


Pelan tingkat bawah. Ruang solat utama dan bangunan tambahan diasingkan. Bangunan tambahan meliputi billik musafir (2), stor, dan bilik (2 yang boleh dijadikan tadika/taska). Juga disediakan ruang legar antara ruang solat utama dan bangunan tambahan. Bilik pengurusan jenazah juga akan disediakan.


Pelan tingkat 1. Surau (ruang solat wanita) dan bangunan tambahan diasingkan. Bangunan tambahan yang panjang boleh dikecilkan dan boleh digunakan sebagai dewan atau dibahagikan kepada beberapa kelas.


Lokasi sebenar surau.


Pelan keseluruhan termasuk kawasan hijau dan tempat letak kenderaan.





Gambar bersaiz lebih besar boleh diperolehi di sini:
http://www.facebook.com/album.php?aid=594995&id=329327610175&ref=mf

Sunday, December 19, 2010

Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah (20 December 2010)

Assalamualaikum wbt
Diharapkan Tuan-Tuan berada di dalam perlindungan dan keredhaan Allah SWT juga hendaknya.
Satu Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah akan dijalankan pada 14 Muharram 1432H bersamaan Isnin, 20 December 2010 selepas Solat Isyak. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau, Jemaah dan semua Kariah dipersilakan hadir bagi tujuan tersebut.
Pihak Surau amat berharap supaya tuan-tuan dapat meluangkan masa untuk kita bersama-sama menggembeling tenaga dan usaha agar semua activiti surau yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua.
Sebarang cadangan dari pihak tuan untuk meimarahkan surau dan kegiatan surau bagi tahun hadapan amatlah dihargai. 
Agenda Mesyuarat:
  1. Ucapan aluan Pengerusi
  2. Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
  3. Perkara perkara berbangkit
  4. Laporan Biro Biro
  5. Hal hal lain
Sekian, terima kasih.
Bagi Pihak Pengerusi 
Setiausaha 2 
Mohd Hanafi Yunus

Nota: Kuliah Maghrib Ustaz Nushi akan dijalankan setiap Ahad. Lakaran surau baru boleh dilihat dipapan tanda surau. Insya-Allah jika tiada aral melintang projek akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka boleh digunakan untuk Ramadhan 1432H.





Monday, August 9, 2010

Al-Hijrah - Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs311.snc4/40904_10150236201000176_329327610175_14143634_656111_n.jpg

Salam Ramadhan.

AJK Surau Al-Hijrah ingin mengucapkan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.

Semua ahli karyah dijemput mengimarahkan RAMADHAN di surau Al-Hijrah.

Antara aktiviti yang telah diaturkan:
  • Agihan bubur lambuk - setiap hari bekerja (Isnin-Jumaat) mulai selepas solat Asar.
  • Berbuka puasa - setiap hari akan ada AJK surau berbuka di surau.
  • Solat berjemaah - solat Maghrib berjemaah
  • Tahlil arwah - selepas solat Isyak.
  • Solat sunat terawikh - 8 rakaat
  • Tazkirah - antara solat terawikh
  • Tadarus Al-Quran - selepas solat terawikh.
  • Moreh - selepas solat terawikh.
  • Qiamullail - mencari malam Lailatulqadar (akan dimaklumkan kemudian)
  • Tabung surau bergerak - sepanjang malam Ramadhan untuk kemudahan menderma.
  • MAJLIS BERBUKA PUASA - 28 OGOS 2010
Ahli karyah yang berminat untuk menyumbang sama ada untuk majlis berbuka puasa, tahlil atau moreh, bolehlah menempah tarikh yang diingini di papan tanda surau. Seterusnya memenuhkan borang yang disediakan di hadapan surau bagi memudahkan pihak surau menghubungi penderma.

Monday, May 31, 2010

Jom bina Surau Al-Hijrah (Bangunan Kekal)

Salam,

Semalam telah diadakan mesyuarat pengurusan pembinaan surau Al-Hijrah yang baru dan saya berkempatan untuk turut serta.

Di dalam perbincangan tersebut, mesyuarat berharap warga Tropika dan SP5 turut sama aktif dalam merancang dan seterusnya membina bangunan tersebut.

Setakat ini kelulusan lisan pembinaan dan kelululusan mengutip derma telah diberikan oleh MAIS. Manakala pelan surau dan kaedah terbaik pembinaan surau baru masih diperbincangkan agar aktiviti surau sedia ada tidak terganggu. Tarikh dijangkakan mula pembinaan surau baru adalah dalam masa 6 bulan lagi.

Jumlah jangkaan untuk pembinaan tersebut adalah RM300 ribu yang akan dikutip daripada hamba Allah yang ingin menymbang dari seluruh Malaysia. Ahli karyah diharap dapat sekali lagi membantu dalam mengutip derma pembinaan tersebut tidak kira daripada individu atau korporat.

Jom bina Surau Al-Hijrah

Khai@BSP

Thursday, May 27, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Surau Al-Hijrah Yang Kekal

Assalamualaikum wbt
Diharapkan Tuan-Tuan berada di dalam perlindungan dan keredhaan Allah SWT juga hendaknya.
Satu Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Surau Al-Hijrah Yang Kekal akan dijalankan pada ISNIN, 31 MEI 2010 selepas Solat Isyak. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau dan Jemaah Surau
Al-Hijrah dipersilakan hadir bagi mendengar perkembangan terkini, berkongsi idea dan sumbangan ke arah pembinaan Surau tersebut.
Pihak Surau amat berharap supaya Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha agar pembinaan ini dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua.
Sekian, terima kasih.
Biro Hebahan & Komunikasi 
bagi pihak Pengerusi Surau Al-Hijrah, Dato' Haji Johar Haji Abas

Friday, May 14, 2010

Fwd: Jemputan Ceramah Bulanan Surau Al-Hijrah

FYI

---------- Forwarded message ----------
From: Info Surau Al-Hijrah <awan.besar@gmail.com>
Date: 2010/5/14
Subject: [suraualhijrah] Jemputan Ceramah Bulanan Surau Al-Hijrah
To: pengurusanalhijrah@googlegroups.com, suraualhijrah@yahoogroups.com


 
Assalamualaikum wbt,
1. Pihak Surau Al-Hijrah masih membuka keahlian bagi menyertai Skim Khairat Kematian untuk tahun 2010. Kepada yang masih belum dan ingin menyertainya, borang penyertaan boleh di dapati di Surau.
2. Surau juga akan mengadakan Kelas Mengaji untuk Kanak-Kanak di bawah pimpinan pelajar Tahfiz KUIS pada setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis selepas solat Maghrib. Butir-butir lengkap serta borang penyertaan akan dikemukakan tidak lama lagi.
Sekian, wassalam
Bagi pihak Biro Hebahan & Komunikasi Surau Al-Hijrah
Sekiranya anda menerima e-mail ini secara tidak sengaja ataupun ingin menamatkan sebarang pemberitahuan dari pihak Surau Al-Hijrah, sila berbuat demikian dengan menghubungi e-mail di atas.
__._,_.___

Thursday, April 22, 2010

Mesyuarat Agung Surau Al-Hijrah, Sabtu 24 April, Lepas Isyak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4oefnrQM9pmKRhMpXiFYEbxbrPR79M8h4cSJywuyNkHg77oYKHE2wPAibPZwFFS1eviM2iRy7ORpXEhxKHYUh0IgDCuKYoOQehGxOAMwtmLStzXupSL0jBWGUDf_5y93674xCN3ugn2C7/s800/2010BannerMesyuarat.jpg

Jangan lupa hadir sama.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More