Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Showing posts with label Kem. Show all posts
Showing posts with label Kem. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Kem Motivasi Aura Kecemerlangan Di Surau Dahlia, Seri Putera

Sunday, December 12, 2010
Kem Motivasi Aura Kecemerlangan Di Surau Dahlia, Seri Putera
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/12/kem-motivasi-aura-kecemerlangan-di.html

Surau Dahlia, 2 Muharram = 08 Disember ( Rabu):

Dalam musim cuti persekolahan ini berbagai kegiatan dilakukan sama ada oleh pihak masjid, surau, persatuan penduduk atau NGO bagi mengisi masa pelajar-pelajar yang sedang bercuti, agar masa mereka tidak berlalu begitu saja, tetapi dapat diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Dalam hal ini pihak JAIS juga memberi perhatian berhubung dengan bimbingan pelajar dalam masa cuti, iaitu menurunkan peruntukan melalui Pejabat Agama Daerah dengan menawarkan kepada masjid atau surau pilihan bagi mengadakan kem motivasi. Pihak yang berminat menganjur kem berkenaan juga boleh memohon peruntukan sedemikian dari pihak Jabatan Agama Daerah.

Adun Bangi sendiri menerima jemputan merasmikan Kem Motivasi Aura Kecemerlangan di atas yang memberi peluang bagi Adun memahami penganjuran seperti berkenaan.
Kem Motivasi di atas dianjur oleh Surau Dahlia dan mejemput kumpulan motivasi seramai 6 orang yang menamakan kumpulan mereka `Aura Kecemerlangan` menjalankan program motivasi Kem ini di bawah Pengarahnya, Tuan Haji Halim bin Saidin yang merupakan Pengerusi Surau dan Ketua Cawangan di sini. Ahli Jawatankuasa termasuklah Tuan Haji Ahmad Yusof yang merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Induk, Encik Shahrum Pengerusi Persatuan Penduduk Prumahan Dahlia. Turut hadir bersama Adun ialah Encik Khairul Nizam bin Mohd Idris dari Pejabat Agama Daerah Hulu Langat (PAID) dan ibu bapa pelajar.

Pengisian bagi Kem ini ialah Latihan Ibadat, Kepimpinan, Ukhuwwah dan pertandingan-pertandingan yang semuanya berlangsung di dalam dan di pekarangan surau. Adun ketika berucap untuk perasmian mengucapkan terima kasih dan syabas terhadap AJK Surau yang berjaya mengadakan Kem Motivasi pada hari itu. Ini menandakan pihak Surau dan Ibu bapa prihatin terhadap anak-anak dan turut sama hadir di dalam majlis.Adun berharap melalui Kem Motivasi ini dapat memperbaiki amalan ibadart, kaedah belajar, berukhuwwah dan mentaati ibu bapa. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas peruntukan yang diberi oleh PAID bagi Kem Motivasi ini. Ini mencerminkan pihak PAID-JAIS memberi perhatian bukan saja masa persekolahan, tetapi juga pengisian di luar masa persekolahan. Adun menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak belajar agama bagi keselamatan mereka dunia-akhirat.
Tuan Haji Halim memaklumkan seramai 75 orang pelajar mengikuti Kem Motivasi, mereka berumur antara 10 – 17 tahun. Menurutnya pihak PAID memperuntukkan sebanyak RM2,500 bagi Kem ini, tetapi jumlah ini tidak dapat menampung keseluruhan belanja Kem selama sehari, sebab itu sedikit bayaran dikenakan terhadap peserta, iaitu RM15/= seorang.

Pada akhir Majlis penyampaian sijil dan hadiah dilakukan oleh Adun, Sdr. Khairul Nizam, Tuan Haji Halim, Tuan Haji Ahmad dan saudara Shahrum.

Sekian.

Nota: Jika ada mana-mana penganjur yang berminat boleh minta peruntukan daripada Jabatan Agama Daerah

Perkemahan Remaja Surau Al-Hijrah



Bandar Seri Putra, 11 Disember 2010. Pada Jumaat dan Sabtu baru ini, anak-anak karyah Surau Al-Hijrah telah berpeluang untuk turut serta dalam perkemahan remaja di Surau Al-Hijrah. Perkemahan tersebut adalah acara tahunan dan melibatkan kanak-kanak berumuer 7-14 tahun. Selain mendirikan khemah, perbagai aktiviti sampingan dijalankan antaranya lakon, membina bangunan guna surat khabar, cabaran lasak, senaman dan ceramah motivasi. Ini antara lain mendedahkan kanak-kanak kepada sifat berdikari dan kerjasama. Serta ianya meningkatkan lagi keyakinan diri kanak-kanak dan mencabar minda mereka.

Tahniah kepada penganjur yang di ketua oleh Mejar Qayyum serta sekretariat program yang terdiri daripada remaja-remaja karyah Surau Al-Hijrah.



















Gambar lain di sini: http://www.facebook.com/album.php?aid=582582&id=329327610175&ref=mf

-Khai@BSP-

Thursday, December 9, 2010

Sekarang: Perkhemahan Remaja Putra Tropika & Putra96 2010 (10-11/Dis)

Salam,

Bagi anak-anak yg berminat menyertainya, pendaftaran sedang dibuka sekarang. Saya baru sahaja melawat kawasan surau, ramai dah di sana. Urusetia sedang menyediakan tapak perkemahan dan sebagainya. Aktivtiti akan dimulakan dalam pukul 4 petang ini dan berakhir 1.30 tengahari esok.

-Khai-

---------- Forwarded message ----------
From: Khair75-Gmail <khair75@gmail.com>
Date: 2010/12/7
Subject: Perkhemahan Remaja Putra Tropika & Putra96 2010 (10-11/Dis)
To: Khair75 <khair75@gmail.com>


Tarikh : 10 -11 disember (jumaat-sabtu)

Masa pendaftaran : 3.00 - 4.00 petang

Tempat : surau al-hijrah

bayaran : RM15 seorang (bayar lebih pon takpe)

Peralatan perlu dibawa : Khemah , pakaian sukan , kasut sukan dan lain2

sebarang pertanyaan sila hubungi:

hanif : 017-2716572
mejar Qayyum : 019-3716910

Nota: Umur antara 7-14 tahun, remaja lelaki dan perempuan.

Tuesday, November 23, 2010

Kem Aura Kecemerlangan 2010

Salam Warga SP5.

Sebagai salah satu agenda pengisian waktu cuti sekolah, Jawatankuasa Surau Seri Dahlia menganjurkan Kem Aura Kecemerlangan 2010 (khusus untuk anak-anak berumur 10 - 17 tahun) seperti berikut:

    Tarikh : 8 Disember 2010 (Rabu)
    Masa :  8.00 pagi - 6.00 ptg
    Tempat : Surau Seri Dahlia,
                  Jalan Seri Putra 4, BSP.

    Yuran : RM15 seorang sahaja. (RM10 utk anak ketiga dan seterusnya)

Objektif :   Kearah pelaksanaan solat yang sempurna
                Melahirkan remaja yg soleh dan solehah serta cemerlang dunia dan akhirat
                Menyedari hakikat kehambaan kepada ALLAH


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pengerusi Surau Seri Dahlia, Tn Hj Nor Halimi Saaidin @ 012 669 7393


Yang menyampaikan : Shamsol 1453.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More