Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Thursday, October 31, 2013

Fwd: [Surau Al-Hijrah] Jemputan Meraikan Majlis Perkahwinan Anak Jemaah




 
JUMAAT, 1 NOVEMBER 2013
Jemputan Majlis Pernikahan Anak Perempuan
Tuan Rumah    : Tuan Haji Ma'at bin Suki - No 39 Jalan Seri Putra 6/5 (Putra Tropika)
Selepas solat Isyak
 
SABTU, 2 NOVEMBER 2013
Jemputan Majlis Bacaan Yaseen, Tahlil Arwah & Doa Selamat serta Jamuan Kenduri
Tuan Rumah    : Tuan Haji Ma'at bin Suki
Bertempat di No 39 Jln Seri Putra 6/5 - Putra Tropika
Majlis bermula jam 11.00 pagi / Jemputan untuk Keluarga bermula jam 12.00 tengahari hingga petang
 
Jemputan Meraikan Majlis Perkahwinan Anak
Tuan Rumah    : Tuan Haji Mohamed bin Osman - SP5
Bertempat di Club House Bukit Mahkota
Jemputan bersama Keluarga bermula jam 12.00 tengahari hingga petang
 
 
Semoga kehadiran Jemaah semua bakal menambahkan barokah di Majlis tersebut.

Sekian, wassalam.
 
SEBARANG BENTUK DERMA UNTUK PEMBANGUNAN, PENYELENGGARAAN & AKTIVITI SURAU BOLEH DISALURKAN TERUS KE DALAM
SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI AMAL JARIAH TUAN/PUAN DAN MENDAPAT RAHMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT. INSYAA ALLAH.

Wednesday, October 30, 2013

Fwd: [bspinduk] Re: Gambar pembinaan Masjid Al-Mustaqim pada 29 & 31 Okt 2013 - panorama & perspektif


Assalamualaikum,

Disertakan gambar panorama dari pintu utama dan gambar perspektif dari bucu kanan masjid yang saya re-shoot pada hari ini (panorama ruang solat diambil pada 29 Okt). Saya merancang untuk mengambil gambar 3 pandangan ini setiap bulan sebagai benchmark photo sehinggalah pembinaan masjid siap untuk disimpan sebagai rekod progress, insyaAllah.

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra



Pandangan panorama dari pintu utama (mengadap tapak pasar malam)


Pandangan Panorama dari luar ruang solat utama (mengadap jalan besar Persiaran Seri Putra 1)


Corner shot - perspektif dari bucu kanan masjid - Pintu kanan masjid mengadap KUIS


From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>
Sent: Wednesday, October 30, 2013 5:16 PM
Subject: Gambar pembinaan Masjid Al-Mustaqim pada 29 Okt 2013

Gambar-gambar ketika lawatan ke tapak pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP oleh JK Pembinaan diketuai olah Dato' Zakaria Husin (Timb. Pengerusi), Tn.Hj.Anwar Khan (Setiausaha) dengan diiringi oleh barisan perunding projek dan wakil kontraktor projek.

FB Masjid Al-Mustaqim BSP - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.618906068165581.1073741831.120427501346776&type=1

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.


Friday, October 25, 2013

Makluman awal: Tuan Samsuddin Kadir di Surau Al-Hijrah 23 November 2013

Inline images 1

Makluman awal, InsyaAllah Tuan Malaysia | Shamsuddin Kadir akan hadir ke Surau Al-Hijrah pada 23 November 2013.

http://www.shamsuddinkadir.com/

Siapa Shamsuddin Kadir?

Shamsuddin Kadir  merupakan perunding latihan dan jurulatih (trainer) dalam bidang pengurusan organisasi dan kepimpinan organisasi. Beliau merupakan trainer bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT/1533.

CEO dan 'Master Trainer' di SK TRAINING ACADEMY SDN BHD TEL : 03 4142 5300 FAK: 03 4142 7300
Emel ; shamsuddin@sk.my (untuk tujuan korporat sahaja)

Beliau juga merupakan MANTAN ahli penuh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan  Bendahari Kehormat Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)

Mempunyai pengalaman bekerja selama 15 tahun dalam bidang perakaunan, pentadbiran, sumber manusia, kejuruteraan, operasi, pemasaran, perolehan, logistik dan krew kargo udara.

aktiviti De Palma Hotel 22-23 Feb 2010
Aktiviti De Palma Hotel 22-23 Feb 2010

Antara kursus yang beliau kendalikan adalah Bijak Mengurus Wang (BMW), Berfikir Secara Kreatif, Mendorong Diri Sendiri, Dedikasi Pekerja, Dedikasi Pelanggan, Dedikasi Majikan, Berfikir Seperti Bos (BSB), Setiausaha Cemerlang Organisasi Gemilang, Dimensi Pekerja, 'Super Staff On Duty', 'High Achiever; dan banyak lagi.

Antara klien beliau adalah Hotel Shangri - La, Hotel Heritage Sabah, UMW Corporation (Public Program), Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Public Program), Tabung Haji, dan Penang Development Corporation (PDC), PTS Publication Sdn Bhd, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, LHDN Pandan Indah, LHDN Melaka, LHDN Sabah, Akademi Percukaian Malaysia dan banyak lagi.

Di antara kursus yang beliau anjurkan adalah Kursus Dedikasi Pekerja Pembangunan Sumber Manusia Sabah (PSMB) Sabah, program terbuka (public program) Dedikasi Pekerja di Hotel De Palma Ampang dan Program Berfikir Secara Kreatif & Berkesan di PSMB Sabah. Kursus-kursus tersebut dikendali sepenuhnya oleh beliau di hotel atau tempat latihan pilihan organisasi yang telah mendapatkan khidmatnya.

Kursus di PSMB Sabah
Kursus di PSMB Sabah

Beliau adalah penulis 9 buah buku dan 3 buah bukunya diterjemahkan dan diterbitkan di Indonesia. Buku beliau banyak mendapat ulasan di suratkhabar Utusan, Kosmo dan di Televisyen. Dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan TV1. Tuan Sayed Munawar pengacara SPM telah mengklasifikasikan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang sebagai "Bacaan Wajib bagi setiap orang yang ada hutang". Beliau juga ditemuramah oleh personaliti personaliti TV seperti Tuan Ally Iskandar, Tuan Mazidul Akmal Sidik, Tuan Sayed Munawar, Tuan Fahrin Ahmad, Cik Puan Abby Fana, dan Tuan Faizal (AG). Antara rancangan televisyen yang pernah beliau dijemput untuk ditemuramah adalah Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, 360, Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1, Respons, dan Nasi Lemak Kopi 'O' TV9. Sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang berlangsung di PWTC, beliau telah terlibat dengan aktif dengan beberapa aktiviti pentas untuk mempromosikan buku-buku tulisan beliau dan menyebarkan ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan peribadi yang cekap dan tidak melebihi kemampuan diri sendiri.


Live Streaming Bajet 2014 Online



Pembentangan Bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan pada 25 Oktober 2013 (Jumaat), jam 4.00 petang bertempat di Parlimen Malaysia.

*Untuk Ikuti Intipati BAJET 2014 sila ke pautan berikut: BAJET 2014

Selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, ASTRO, TV AL HIJRAH dan BERNAMA membuat liputan secara langsung, Pembentangan Bajet 2014 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Bajet 2014. Siaran langsung ini boleh diikuti dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my . Teks Ucapan Bajet 2014 dan Laporan Ekonomi 2013/2014 juga boleh dimuat turun di Portal Perbendaharaan Malaysia selepas YAB Perdana Menteri Malaysia membentangkan Bajet 2013.

Selain daripada itu, Live Streaming Bajet 2014 juga boleh diakses melalui:

Pautan RSS – http://www.treasury.gov.my

Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

Kastam Diraja Malaysia – http://www.customs.gov.my

Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my

Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my

Read more: http://www.nescafeais.com/live-streaming-bajet-2014-online/#ixzz2iiUYuAPG

Thursday, October 24, 2013

Fwd: [Surau Al-Hijrah] Jemputan Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil Arwah serta Doa Selamat




 
JUMAAT, 25 OKTOBER 2013
Jemputan Majlis Bacaan Yaseen & Tahlil Arwah
Bertempat di Surau al-Hijrah selepas Solat Maghrib berjemaah
Anjuran    : Encik Shamsol Bahari - SP5
Kelas Pengajian Tajweed oleh Ustaz Nik Hilmizam akan berjalan seperti biasa selepas solat Isyak
 
SABTU, 26 OKTOBER 2013
Jemputan Majlis Bacaan Yaseen, Tahlil Arwah & Doa Selamat
Anjuran    : Ustaz Nik Hilmizam bin Nik Ismail
Bertempat di No 20 Jln Seri Putra 6/4 - Putra Tropika
Majlis bermula jam 11.30 pagi / jampuan makan hingga jam 5.00 petang
 
 
Semoga kehadiran Jemaah semua bakal menambahkan barokah di Majlis tersebut.

Sekian, wassalam.
 
SEBARANG BENTUK DERMA UNTUK PEMBANGUNAN, PENYELENGGARAAN & AKTIVITI SURAU BOLEH DISALURKAN TERUS KE DALAM
SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI AMAL JARIAH TUAN/PUAN DAN MENDAPAT RAHMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT. INSYAA ALLAH.

Laman Web rasmi SKBSP

Inline images 1

Laman Web rasmi sekolah.
http://www.skbsp.com/

Thursday, October 10, 2013

Program "Keranamu Palestine + Mesir + Syria" HARI INI di SRA Bandar Seri Putra.

Muslimin-muslimat dijemput ke program "Keranamu Palestine + Mesir + Syria" HARI INI Jumaat 11 Oktober 2013 di SRA Bandar Seri Putra.

Monday, October 7, 2013

Nasi Lemak Daun Pisang Terus ke Rumah Anda

Nasi Lemak Telur Mata terus ke rumah anda.

Untuk bekal ke pejabat atau sarapan dirumah.

Tempahan dibuka untuk esok hari Selasa (8 Oktober 2013).

Tempahan ditutup jam 7 malam hari Ini Isnin (7 Oktober 2013)

Penghantaran PERCUMA di Bandar Seri Putra.

Insya-Allah Mudah-Dekat-Sedap.

Tempahan online:
nasilemak.bandarseriputra.com

Atau hubungi:
Khai
SMS/Whatsapp: 013.207.4540
Email: khai@bandarseriputra.com

Inline images 1

Saturday, October 5, 2013

Kerana Mu Palestin-Mesir-Syiria Bersama PM Dr. Kamaruzzaman Yusoff

Inline images 1

KERANA MU
PALESTIN-MESIR-SYIRIA
(hangatkan kembali ingatan)


11 Oktober 2013
(Jumaat malam Sabtu)


Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Bin Mohd Yusoff
(UTM, selebriti Astro oasis & TV Al-Hijrah)

Dataran SRA Bandar Seri Putra

Anjuran bersama:
PIBG SRA Bandar Seri Putra &
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More