Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Tuesday, May 31, 2011

Majlis Perkahwinan @ Rumah Hj Shaari 30 Jln SP 5/6

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Tuan Hj Shaari menjemput semua ahli karyah Surau Al-Hijrah untuk turut sama memerihkan majlis perkahwinan anak beliau.

Seperti yang telah diwar-warkan di papan putis surau, agendanya seperti berikut:
  1. Sabtu (4/6, 10.30 pagi) - Majlis tahlil dan doa selamat
  2. Sabtu (4/6, 12.00 tgh) - Jamuan makan
Sekian, terima kasih.

Khai

Monday, May 30, 2011

SRA-BSP: Bengkel Kaedah Mudah Jawi (30 Mei 2011)

Berikut dikongsikan gambar sekitar Bengkel Kaedah Mudah Jawi semalam (30 Mei 2011).
Gambar sumbangan Ustaz Syahmi.















Gambar selebihnya di sini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150196108733863.318606.179473523862

-PIBG SRA BSP-
http://srabandarseriputra.blogspot.com/

Sunday, May 29, 2011

Borang: Pendaftaran Anak-Anak Yatim Daerah Hul Langat oleh MAIS

Dikepilkan borang pendaftaran bagi mereka yang memerlukannya.

Borang Permohonan Pendaftaran Anak Yatim Negeri Selangor.pdf

====================================



Assalamualaikum.

Pendaftaran Anak-Anak Yatim Daerah Hulu Langat dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sempena dengan Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini kini dibuka sehingga 8 Jun 2011. Insya Allah, sekali lagi DYMM Tuanku Sultan Selangor akan turun bersama berbuka Puasa di KUIS pada tahun ini sekitar pertengahan Bulan Ogos.

Had umur penerimaan adalah 16 tahun ke bawah sahaja.

Bagi yang ingin mendapatkan borang, sila hubungi atau sms saya di talian 013-9700237.

Sekian, harap maklum.


--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237
Email: muhammadon@kuis.edu.my

SUAK Sudah Siap : 200 org Jemaah

Alhamdullilah..Surau Umar Al-Khattab (SUAK) telah siap dan di rasmikan pada Hari Sabtu lepas, 28 Mei 2011.

Setinggi2 tahniah kepada AJK Surau dan penduduk Phasa 7 BSP  yang telah bertungkus-lumus selama 2 tahun bagi projek pembinaan Surau Umar Al-Khattab.

Harap2 sama2 penduduk Phasa 7 BSP memakmurkan Surau kita.

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=7411.msg73021#msg73021

Pendaftaran Anak-Anak Yatim Daerah Hul Langat oleh MAIS

anak-yatim1.jpg
Gambar hiasan, sumber: http://www.sarakids.com/blog/?p=3024


Assalamualaikum.

Pendaftaran Anak-Anak Yatim Daerah Hulu Langat dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sempena dengan Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini kini dibuka sehingga 8 Jun 2011. Insya Allah, sekali lagi DYMM Tuanku Sultan Selangor akan turun bersama berbuka Puasa di KUIS pada tahun ini sekitar pertengahan Bulan Ogos.

Had umur penerimaan adalah 16 tahun ke bawah sahaja.

Bagi yang ingin mendapatkan borang, sila hubungi atau sms saya di talian 013-9700237.

Sekian, harap maklum.


--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237

Email: muhammadon@kuis.edu.my

Saturday, May 28, 2011

Mulakan dengan senyuman

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Muslimin dan muslimat yang dirahmati
Hari ini merupakan hari Isnin dan hari permulaan bekerja pada minggu ini. Mari kita mulakan hari ini dengan niat yang baik dan bersedekah senyuman. Semoga Allah permudahkan segala urusan pekerjaan kita hari ini, esok dan seterusnya.
Tuan, puan, muslimin & muslimat sekelian.
Saya ingin menyampaikan pesanan daripada AJK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Bangi.
Daripada Uthman bin Affan, Nabi bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang membina masjid, maka Allah akan membina untuknya satu rumah di dalam syurga". Hadis Bukhari & Muslim.
Sehubungan dengan itu, kepada muslimin dan muslimat yang berniat/berhajat untuk membuat amal jariah/ sedekah/wakaf dalam tabung pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra boleh berjumpa saya (bagi mendapatkan resit-resit) atau di bank-in ke dalam akaun masjid seperti yang tertera dibawah. Sumbangan ikhlas muslimin dan muslimat amat dihargai.
        # Bank Islam: 1202 9010 0595 85
        # CIMB Islamic: 1237 0000 6081 08
        # Maybank Islamic: 5628 3450 4024
Untuk sebarang pertanyaan dan rujukan boleh berhubung terus kepada:
        1. Dr. Hj. Abdul Rahman Hassan (Pengerusi) : 019-6655487
        2. Tn. Hj. Mohd Anwar Khan (Setiausaha) : 019 8852321
        3. En. Ahmad Nizam Ahmad Kamal (Bendahari) :  019-2462115
Atau layari:
        - Forum Putra-Mahkota: http://www.putra-mahkota.com/
Mohon jasa baik muslimin dan muslimat untuk memanjangkan/berkongsi perkara ini kepada saudara mara/ sahabat handai/ rakan taulan dan jiran tetangga. Semoga usaha yang sedikit ini, Allah akan permudahkan urusan dunia dan akhirat kita. Insya Allah.
Mari kita hayati baik-bait lirik ini:
Mana milik kita? Tidak ada milik kita.
Semua yang ada… Allah yang punya
Tidak ada kita punya, Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya.
Kita, Allah punya. Bumi, langit ciptaanNya
Miliklah apa saja tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya? Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan apa yang telah ada.
Mana milik kita? Tidak ada milik kita.
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya, Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong memiliki Allah punya?
Mengapa tidak malu kepada Allah yang empunya?
Patut bersyukur kepada Allah yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah kerna milik Ia punya.
Janganlah berbangga apa yang ada pada kita.
Kalau Allah tidak beri kita tidak punya apa-apa.
Janganlah mengungkit, mengungkit jasa kita
Jasa kita disisiNya, yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur bukan berbangga,
bersyukur kepada Allah bukan mengungkit jasa,
Gunakanlah nikmat Allah itu untuk khidmat kepadaNya
Selepas itu lupakan saja, agar tidak mengungkit-ungkitnya.
Mana Milik Kita? Tidak Ada Milik Kita.
Semua Yang Ada Allah Yang Punya
Tidak ada kita punya. Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat. Allah sudah sediakannya.
Munsyid: Rabbani
Sekian. Wasallam.

Gambar dan Video Ceramah Ustaz Syauqi

Malam tadi telah berlangsungnya ceramah perdana seperti yang telah di war-warkan sebelum ini.

Dikepilkan gambar dan video ceramah tersebut.

Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaatnya.



Gambar selebihnya di sini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150623821025176.684442.329327610175

Video ceramah yang sempat di rakam.















Friday, May 27, 2011

MALAM INI: Al-Hijrah, Ceramah Perdana Ust. Syauqi Othman, 28 Mei 2011 Selepas Maghrib.

Insya-Allah, ceramah MALAM INI selepas Maghrib.



Surau Al-Hijrah Membawakan

Ceramah Perdana

"Jiran Sepakat, Membawa Berkat"

Ustaz Mohd Syauqi Othman

(Pensyarah UPM, Penceramah Tanyalah Ustaz TV9)

28 Mei 2011

Sabtu, Selepas Maghrib

Surau Al-Hijrah


Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Wednesday, May 25, 2011

Masjid BSP: Sudahkah anda menyumbang?

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/253032_10150203999673117_795508116_7077208_3095222_n.jpg

Tuesday, May 24, 2011

Al-Hijrah: Ceramah Perdana Ust. Syauqi Othman, 28 Mei 2011 Selepas Maghrib.

Mari ramai-ramai memeriahkannya SABTU ini.



Surau Al-Hijrah Membawakan

Ceramah Perdana

"Jiran Sepakat, Membawa Berkat"

Ustaz Mohd Syauqi Othman

(Pensyarah UPM, Penceramah Tanyalah Ustaz TV9)

28 Mei 2011

Sabtu, Selepas Maghrib

Surau Al-Hijrah


Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Akaun Surau Al-Hijrah bagi mereka yang ingin menyumbang online

Berikut dikongsikan nobor akaun Surau Al-Hijrah bagi mereka yang ingin menyumbang secara online.

Bank: Bank Muamalat
No akaun: 1207-0005265-71-8
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika
Alamat: Surau Al-Hijrah, Jalan Seri Putra 6/3, Bandar Seri Putra, 43000 Bangi, Selangor.
No pendaftaran: JAI.SEL.BMP/01/034/310

Berikut langkah-langkah pemindahan online bagi memudahkan rekod bendahari surau:
1- Buat pemindahan ke nombor akaun di atas (email suraualhijrah@bandarseriputra.com, jika diperlukan)
2- SMSkan maklumat pemindahan (jumlah, masa dan rujukan jika ada) kepada 012-3666764

Diucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.
Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT.

Monday, May 23, 2011

Pelancaran Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Bt 14

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg Dato'/Datuk/Ustz/Ustzh/Tuan/Puan,

Perkara diatas adalah dirujuk.

2.    Berikutan daripada tragedi menyayat hati kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Persatuan Penduduk BSP melalui Biro Kebajikan, dengan ini melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Bt. 14 Hulu Langat.

3.    Dana bantuan boleh disalurkan seperti berikut:

    i.  Dana Cek kepada: PERSATUAN PENDUDUK BANDAR SERI PUTRA
        (Nota: Di belakang Cek sila tulis 'Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Hulu Langat')   

        Dana Cek bolehlah diserahkan kepada penama AJK terbabit:
        •    Tuan Hj. Ahmad Bin Yusof (YDP)
        18, Jalan Seri Putra 8/12?


        •    En. Arzock Bin Nassar (Bendahari)
        6 Jalan Seri Putra 3/3


        •    Ustz. Abu Zaki Bin Ismail (Biro Kebajikan)
        43 Jalan SP 2/5


        •    Ramizi Bin Mohamed (SU)
        14 Jalan SP 5/5


ATAU

        •    Pengerusi-pengerusi Skim / Wakil, yang kemudian akan diserahkan kepada AJK persatuan penduduk yang terbabit.

    ii. Dana Tunai di Pasar Malam Bandar Seri PutraHari Selasa, 21 Jamadil Akhir 1432H / 24 Mei 2011 (Hari ini)

    iii. Dana Tunai Solat Jumaat di Surau Al-Syakirin & Masjid KUIS, 24 Jamadil Akhir 1432H / 27 Mei 2011

4.    Dana yang terkumpul akan disalurkan terus kepada Pengusaha Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.

5.   Bersama dengan ini dilampirkan surat rasmi pelancaran dana tabung kemanusian kepada semua Pengerusi/Wakil skim taman-taman di Bandar Seri Putra.

5.   Persatuan Penduduk BSP juga mengucapkan takziah dan bersimpati kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.

6.   Semoga dengan bantuan dan sokongan daripada Tuan/Puan akan meringankan lagi bebanan dan kesedihan yang ditanggung oleh keluarga mangsa.

Semoga Allah memberkati.

Yang Benar

Ramizi Mohamed
SU PPBSP

Surat Rasmi

Saya juga menerima beberapa keping gambar berkaitan. Gambar pertama dikatakan gambar mangsa kejadian beberapa minit sebelum kejadian. Makala gambar selebihnya daripada rakan kita di BSP Sdr. Din Naga (dincc2u@yahoo.com) yang berada di lokasi kejadian selepas kejadian. Al-fatihah.




















-Khai-

Thursday, May 19, 2011

Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah (24 May 2011)

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183627_10150409635615176_329327610175_17522599_5137221_n.jpg
Gambar Hiasan
Assalamualaikum wbt
Diharapkan Tuan-Tuan berada di dalam perlindungan dan keredhaan Allah SWT juga hendaknya.
Satu Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah akan dijalankan pada 20 Jamaldil Akhir 1432H bersamaan Selasa, 24 May 2011 selepas Solat Isyak. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau, Jemaah dan semua Kariah dipersilakan hadir bagi tujuan tersebut.
Pihak Surau amat berharap supaya Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha agar semua activity surau yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua.
Sebarang cadangan dari pihak tuan untuk meimarahkan surau dan kegiatan surau bagi tahun hadapan amatlah dihargai. 
Agenda Mesyuarat:
  1. Ucapan aluan Pengerusi
  2. Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
  3. Persiapan sempena Ceramah Bulanan pada 28 May 2011
  4. Perkembangan Permohonan Tapak Surau
  5. Update Penubuhan KOPERASI Surau
  6. Laporan Biro Biro
  7. Hal hal lain
Sekian, terima kasih dan tolong hebahkan kepada rakan rakan lain yang tiada dlm email listing ini.
Bagi Pihak Pengerusi 
Setiausaha 2 
Mohd Hanafi Yunus

Monday, May 16, 2011

Berita Surau Phasa 7 BSP - Sudah Siap : 200 org Jemaah

BERITA SURAU

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

kepada semua warga Princeton

Dimaklumkan AJK Pembinaan SUAK akan mengadakan Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat di Surau ini pada 28 Mei 2011 (Hari sabtu). Tuan puan dijemput hadir pada hari tersebut.


Pandangan Hadapan

Tidak berapa hari lagi Surau Syaidina Umar Al-Khattab akan dapat digunakan kepada semua penduduk Fasa 7, Bandar seri Putra. (Princeton, Castanea, Puncak Unggul, Putra, Nusa, Aman & Rimbun Suria)


Ruang Dalam Yg Luas


Ruang Dalam Surau

Tempat ibadah ini akan membolehkan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan dapat dijalankan dengan terautur mengikut tuntutan Islam.
    

Mesyuarat AJK Pembinaan Surau SUAK Yang Di adakan Baru2 ini.

Sekalung tahniah kepada AJK Pembinaan SUAK, selama ini telah bertungkus lumus dengan merelakan masa mereka bagi merancang pembangunan Surau Syaidina Umar Al-Khattab ini sehingga menjadi kenyataan. Sumber kewangan diperolehi dari sumbangan derma ikhlas penduduk Bandar Seri Putra, Badan Korporat, Politik, Syarikat dan Individu.  Inshaallah hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala susah payah serta keringat tuan/puan itu, hanya Syurga Allah balasannya..  Amin......

salam ikhlas:  ZaludinAB.
(Sumber: Mohd Puzi Razali {mprazali@gmail.com})

Sunday, May 15, 2011

Projek wakaf Al-Quran & Pemasangan Jubin Marmar di tangga di SRA Bdr seri putra

Perkara : Permohonan sumbangan wakaf Al-Quran dan sumbangan jubin marmar di tangga sebelah pondok pengawal.

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.Adalah dimaklumkan mesyuarat Jawatankuasa PIBG SRA Bandar Seri Putra pada Sabtu/14-5-2011 telah bersetuju sebulat suara memutuskan agar projek wakaf Al-Quran & Pembinaan jubin marmar di tangga sebelah pondok pengawal menjadi keutamaan dan perlu disegerakan oleh Biro Pembangunan dan Kewangan PIBG SRA BSP.

1)   Projek wakaf Al-Quran.
  • Sasaran sebanyak 1000 buah al-Quran diperlukan bagi mengisi keperluan pihak sekolah agama ini terutamanya bagi matapelajaran Tilawah Al-Quran. Ini kerana Buku Teks Tilawah Al-Quran Tahun 2 sesi 2011 yang dibekalkan oleh pihak JAIS didapati tiada mengandungi keseluruhan ayat-ayat Al-Quran bagi surah-surah yang hendak dipelajari. Disamping itu,dengan adanya Al-Quran ini akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan serta memudahkan murid-murid untuk mengulangkaji bacaan surah-surah yang dipelajari.
  • Jumlah keseluruhan pelajar di SRA Bandar Seri putra pada sesi 2011 telah meningkat kepada 1580 pelajar.
  • Insya-Allah, pihak sekolah akan menyediakan rak bagi semua sumbangan wakat A-Quran ini di pusat sumber demi menjamin kesucian A-Quran.
  • Diharapkan projek wakaf Al-Quran ini mendapat sokongan jitu daripada pihak tuan/puan.

2)   Projek memasang jubin marmar di tangga sebelah pondok pegawal.
  • Pada sesi 2010, pihak YB ADNS Bangi telah menyumbang sebanyak RM2000 kepada PIBG SRA Bdr seri putra untuk membina tangga di sebelah pondok pengawal. Namun didapati kerja-kerja membina longkang dan pemasangan jubin marmar belum dapat dilaksanakan pada tahun tersebut disebabkan kekangan kewangan PIBG.
  • Pada sesi 2011 ini, pihak PIBG berhasrat untuk menyiapkan dan menyambung semula kerja-kerja pemasangan jubin marmar & pembinaan longkang di tangga tersebut. PIBG juga telah mendapat sumbangan menerusi wakaf marmar sebanyak RM1600. Namun demikian, masih lagi kurang daripada sebut harga yang diterima iaitu sebanyak RM2800. (Disertakan sebut harga daripada kontraktor yang dipilih). Oleh itu, pihak PIBG ini memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk membantu PIBG merealisasikan pemasangan jubin marmar di tangga ini.
  • Terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan menerusi projek wakaf marmar (RM10 sebuah) yang lalu.

3. Diharapkan 2 projek dibawah biro pembangunan & kewangan ini mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi YDP PIBG (En Lokman) talian 019-7027995  atau ajk iaitu Sdr Zulkifli (017-7361584)

Sebarang  keputusan  tuan/puan  saya  dahului  dengan  ucapan  terima  kasih.


Yang ikhlas menjalankan amanah,

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/208586_10150158388658863_179473523862_6773505_6871989_n.jpg
Biro Pembangunan & Kewangan
PIBG SRA Bdr seri putra.

Program Amal Islami Daerah Sepang, Sabtu 21 Mei 2011.

http://2.bp.blogspot.com/_emOGNhgP48w/S-IvOVxIfLI/AAAAAAAAErc/T38VFBpc5gI/s400/ALAMI2.jpg

Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL)
Peringkat Daerah Sepang

Tarikh   : 21 hb Mei  2011 /  17 Jamadil Akhir 1432 H
Hari      : Sabtu   9 pagi - 4 ptg
Tempat : SRA Bandar Seri Putra

Sekali lagi SRA-BSP akan menjadi tuan rumah kepada Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL). Acara-acara yang dipertandingkan adalah antara sekolah-sekolah
SRA, SRAI, KAFA Integrasi dan Sekolah Rendah Islam. Ianya terdiri daripada hampir 20 pertandingan seperti tilawah al-Quran, nasyid, azan & iqamah, khutbah, tafsir dan terjemahan, cerita dari al-Quran, menulis khat, muhawarah dan lain-lain.

Mereka yang berminat dijempur hadir sama memeriahkan majlis.

Berkaitan: Amal Islami 2010 (http://www.bandarseriputra.info/2010/05/program-amal-islami-sekolah-rendah.html)

Thursday, May 12, 2011

Ralat: Ceramah Bulanan - 17 Mei 2011 (Selasa)


Assalamualaikum
Harap maaf
Tuan/Puan/Saudara/Saudari/Muslimin/Muslimat
Adalah dimaklumkan bahawa Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra Bangi akan mengadakan ceramah bulanan bagi bulan Mei 2011 seperti berikut:
Tarikh          : 17 MEI 2011 (Selasa)
Masa            : Selepas Solat Mahgrib
Penceramah      : Ustaz Redhuan Mohd Nor (Penceramah Bebas/ Penulis Buku)
Tajuk           : Fitnah & Isu-Isu Berbangkit : Dari Sudut Ilmiah Menurut Al-Quran & Hadith
Tempat  : Surau Al-Ikhlas, Taman Impian Putra, Bangi.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Sekian, terima kasih.
b/p
Pengerusi
Surau Al-Ikhlas TIP

Buletin Surau Al-Ikhlas: Ceramah Bulanan - Mei 2011





Assalamualaikum
Tuan/Puan/Saudara/Saudari/Muslimin/Muslimat
Adalah dimaklumkan bahawa Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra Bangi akan mengadakan ceramah bulanan bagi bulan Mei 2011 seperti berikut:
Tarikh          : 17 April 2011 (Sabtu)
Masa            : Selepas Solat Mahgrib
Penceramah      : Ustaz Redhuan Mohd Nor (Penceramah Bebas/ Penulis Buku)
Tajuk           : Fitnah & Isu-Isu Berbangkit : Dari Sudut Ilmiah Menurut Al-Quran & Hadith
Tempat  : Surau Al-Ikhlas, Taman Impian Putra, Bangi.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Sekian, terima kasih.
b/p
Pengerusi
Surau Al-Ikhlas TIP

Tuesday, May 10, 2011

Buletin Surau Al-Hijrah (Bil 002)



Keluaran Khas Maal Hijrah 1431
- Solat Jemaah
- Sekapur Sirih
- "Kembalikan Ilmu Itu" oleh Dr. Ramizi Mohamed
- dari Rehal Imam
- Badan Khairat Kematian
- Aktiviti Surau
- Sukan Surau

Al-Hijrah: Ceramah Perdana Ust. Syauqi Othman, 28 Mei 2011 Selepas Maghrib.

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/226299_10150586033905176_329327610175_18706556_3656954_n.jpg

Surau Al-Hijrah Membawakan

Ceramah Perdana

"Jiran Sepakat, Membawa Berkat"

Ustaz Mohd Syauqi Othman


(Pensyarah UPM, Penceramah Tanyalah Ustaz TV9)

28 Mei 2011

Sabtu, Selepas Maghrib

Surau Al-Hijrah


Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Sunday, May 8, 2011

INFO: Resolusi 6 perkara Perhimpunan PEMBELA 7 Mei 2011


From: Azril Mohd Amin <azrilmohdamin@gmail.com>



Resolusi 6 perkara Perhimpunan PEMBELA 7 Mei 2011

Isu-isu pokok yang dipersetujui sebagai resolusi Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se-Malaysia yang berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 7hb Mei 2011.


Wednesday, May 4, 2011

UNDANGAN: Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam SeMalaysia

http://www.keruak.com/diariyb/media/1/20071217-A%5B1%5D.%20TERIMA%20KASIH%20IMG_4260.JPG
Gambar hiasan: Sumber http://www.keruak.com/

Sumber: Azril Mohd Amin <azrilmohdamin@gmail.com>

---------- Forwarded message ----------



Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se Malaysia

Tema:

Islam Tergugat: Apa Tindakan Kita?

Anjuran: Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Tarikh: 7hb Mei, 2011 (Sabtu)
Masa: 8:00 pagi – 1:30 tgh
Tempat: Dewan Muktamar Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
Pengisian Majlis:
Ucap Utama, Forum dan Pelancaran Gerak Kerja PEMBELA
Panelis Forum Yang Telah Sah Kehadiran:
Dr. Haji Yusri Mohamad (Yayasan Sofa/ISSI)
Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar (PPMM)
Ustaz Haji Abdullah Zaik (ISMA)
Haji Zaid Kamaruddin (JIM)
Ustaz Mohammad Fitri Abdullah (Darus-Syifa)
Haji Ann Wang Seng (MACMA)
Cikgu Mohd Azmi Hamid (TERAS)
Hadirin yang dijemput:
Para pemimpin NGO Islam, AJK Masjid/Surau, AJK Kelab/Persatuan Kakitangan agensi kerajaan/swasta
Sila daftar segera (tempat terhad).
Hubungi melalui:
SMS 019-258-7512 atau emailkan kepada zramlee@yahoo.com
atau 014-863-2101 – aliffbasri@gmail.com
Sila ikuti pengumuman lanjut di sini http://membelaislam.wordpress.com/



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More