Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Showing posts with label Khairat Kematian. Show all posts
Showing posts with label Khairat Kematian. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Khairat Kematian Surau Al-Hijrah 2011

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/181676_10150400406885176_329327610175_17409607_5664197_n.jpg
Khairat Kematian, Surau Al-Hijrah
Pendaftaran untuk tahun 2011 dibuka sekarang


Pertanyaan/Permohonan: Cikgu Abu 019-2806312 (No 21 JSP 6/3)

Wednesday, June 9, 2010

Mesyuarat Pengurusan Jenazah dan Tanah Kubur BSP

Satu perjumpaan untuk menyelaraskan pengrusan jenazah dan tanah kubur Islam Bandar Seri Putra akan diadakan di Surau As Syakirin seperti berikut:
Tarikh: 17 Jun 2010 (Khamis)
Waktu: 9.00 malam

Jemputan akan dihantar ke semua pengerusi Surau-surau di BSP. Kita ingin mengalukan semua pengerusi persatuan penduduk, oleh kerana maklumat tidak ada dpt diwar-warkan kepada semua pengerusi persatuan penduduk yang ada di BSP. Kita juga mengalu-alukan individu yang berminat untuk sama sama hadir dalam sesi perbincangan.

Untuk keterang lanjut boleh hubungi Pengerusi Surau As Syakirin

019 3656514

tk
From: habrani@gmail.com

Sunday, April 11, 2010

UPDATE Pendaftaran Anak Qariah dan Khairat Kematian

Assalamualaikum semua,
1) KHAIRAT KEMATIAN

Sehingga semalam kita telah berjaya mengumpul seramai lebih kurang 120 orang ahli untuk Khairat Kematian iaitu lebih kurang 30% (jumlah rumah SP5 152 unit + Putra Tropika 259 unit + Anjung Suasana 50 unit = 451 unit). Untuk makluman semua sebagai Penguasa Tanah Perkuburan Bandar Seri Putra, pihak Surau As-Syakirin telah menetapkan bahawa Khairat Kematian bagi seksyen 5,6,dan 8 iaitu SP5, PUTRA TROPIKA dan ANJUNG SUASANA adalah dibawah pengurusan Surau Al-Hijrah.
Jumlah wang yang berjaya dikumpul setakat ini adalah lebih kurang RM6000.00 (120 ahli X RM50.00 seorang). Wang ini puratanya hanya cukup untuk menampung  4 kematian sahaja pada tahun ini dan jika lebih dari itu pihak surau terpaksa mengeluarkan duitnya sendiri. Walaubagaimanapun pihak surau berharap lebih ramai yang akan turut serta menyertai Skim Khairat Kematian dalam masa terdekat ini.
Jika tiada kematian jumlah terkumpul tahun ini akan dibawa ketahun hadapan dan apabila ditambah kutipan tahun hadapan maka jumlahnya sudah tentu dapat menampung lebih banyak kematian.
Pendaftaran masih lagi dibuka sila hubungi mana2 AJK Surau (SILA RUJUK NOMBOR TELEFON MEREKA DI PAPAN KENYATAAN SURAU)
2) PENDAFTARAN ANAK / AHLI QARIAH SURAU

Untuk makluman semua 24 April ini pihak surau akan mengadakan mesyuarat agung (semua yang berdaftar sebagai Anak Qariah dijemput hadir) seperti yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mesyuarat itu akan dihadiri dan di pantau oleh seorang pegawai dari JAIS. Seperti arahan JAIS semua nama-nama anak / Ahli Qariah yang berdaftar di ketiga-tiga seksyen ini mesti dipamerkan dipapan kenyataan surau (MEREKA YANG BERDAFTAR INI LAYAK MENGUNDI ATAU DI CALONKAN SEBAGAI AJK SURAU DIMASA AKAN DATANG).
Bagi mereka yang telah berdaftar untuk Khairat Kematian mereka dan anak-anak mereka yang berumur 18 tahun ke atas secara automatiknya akan didaftarkan oleh JAIS sebagai Ahli Qariah Surau.
Tarikh tutup 10 April 2010 bagi pendaftran Anak Qariah adalah hanya sebagai tarikh tutup mesyuarat pada 24 April 2010 ini, walaubagaimanapun pendaftaran akan terus dibuka untuk semua termasuklah mereka yang baru berpindah.
Dengan pendaftaran Anak-Anak Qariah ini surau akan diletakkan dibawah pandaftaran JAIS dan juga melayakkan surau mendapat bantuan dan sumbangan dari JAIS.
Kami sedia menerima maklum balas dan cadangan2 yang membina.
Wassalam
AZMISAAD
cc En.Zaini Buang wakil penduduk Anjung Suasana

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More