Wednesday, August 4, 2010

Program Gotong-Royong & Maklumat Am

From: Info Surau Al-Hijrah <info.alhijrah@gmail.com>






INFO AM
1.       Majlis Gotong Royong akan diadakan pada Ahad ini, 8 Ogos 2010 sepertimana di atas. Bagi Tuan-Puan yang berkelapangan, boleh la turut sama hadir membantu. Kaunter Pendaftaran Anak Kariah & Khairat Kematian juga akan dibuka. Program gotong-royong ini akan disusuli dengan memasak gulai kawah untuk hidangan jamuan yang akan diadakan selepas majlis bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat. Taklimat  aktiviti dan jadual sepanjang bulan Ramadhan juga akan diberikan.
Tuan-Puan diminta membawa hidangan tambahan @ POTLUCK untuk kita nikmati bersama.

2.       Majlis bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat (anjuran Che Khalid Mohd Ali & keluarga) akan diadakan di Surau Al-Hijrah pada Khamis, 5 Ogos selepas  Isyak. Semua Jemaah dijemput hadir.

3.       Mesyuarat AJK Surau Al-Hijrah juga akan diadakan selepas itu. Bagi Tuan-Tuan yang berkelapangan, juga dipersilakan hadir.

4.       Mesyuarat pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP akan diadakan di Surau Al-Hijrah pada Jumaat, 6 Ogos selepas  Isyak. Semua Jemaah yang berkelapangan dijemput hadir.

5.       Tuan Haji Wan Abdul Aziz menjemput para jemaah ke rumah beliau pada hari Sabtu, 7 Ogos selepas  Isyak bagi majlis bacaan  Tahlil & Doa Selamat.


Sekian untuk makluman. Semoga kita dapat melapangkan masa untuk majlis-majlis di atas.
Wassalam.


Signature Email I
Diterbitkan oleh Biro Hebahan & Komunikasi Surau Al-Hijrah. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, pendapat ataupun aduan, sila email kepada info.alhijrah@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More