Wednesday, August 25, 2010

Jemputan Majlis Berbuka Puasa Surau Al Hijrah

Assalamualaikum...


Surau Al Hijrah akan mengadakan satu majlis berbuka puasa pada hari Sabtu ini iaitu 17 Ramadhan bersamaan dengan 27 Ogos 2010. Sehubungan dengan itu pihak AJK Surau Al Hijrah ingin menjemput tuan-puan ke majlis tersebut bagi meraikan majlis dan menjayakan majlis tersebut. Kedatangan dan penglibatan tuan puan semua di majlis ini sangat-sangat dihargai dan di alu-alukan, tanpa tuan puan semua apalah erti majlis yang seumpama ini. 

Pihak surau jugak mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk majlis tersebut tidak kiralah dari segi kewangan atau pun makanan atau sebarang bentuk keperluan seperti Beras, bawang, Gula, Susu dan sebagainya. Tuan-puan juga dijemput untuk bersama-sama untuk persediaan majlis seperti memasak, menyiapkan peralatan dan sebagainya.

Flyers hebahan akan dihantar ke rumah saudara pada malam ini.. inshaAllah. 

Sebarang bentuk sumbangan yang tuan-puan ingin sumbangkan bolehlah berhubung terus dengan dengan Saudara Mazlan (012-3666764) Bendahari Surau atau saya sendiri di (019-3798324) atau lain-lain AJK surau Al Hijrah. Sumbangan yang saudara sumbangkan amat-amatlah dialu-alukan semoga mendapat keberkatan  dan rahmat dari Allah SWT. Sesungguhnya sumbangan akan mendapat ganjaran memberi makan orang yang berbuka puasa sebagaimana hadith yang dibawah ini.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.
2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.
3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More