Gambar Hiasan
Assalamualaikum wbt
Diharapkan Tuan-Tuan berada di dalam perlindungan dan keredhaan Allah SWT juga hendaknya.
Satu Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah akan dijalankan pada 20 Jamaldil Akhir 1432H bersamaan Selasa, 24 May 2011 selepas Solat Isyak. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau, Jemaah dan semua Kariah dipersilakan hadir bagi tujuan tersebut.
Pihak Surau amat berharap supaya Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha agar semua activity surau yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua.
Sebarang cadangan dari pihak tuan untuk meimarahkan surau dan kegiatan surau bagi tahun hadapan amatlah dihargai.
Agenda Mesyuarat:
- Ucapan aluan Pengerusi
- Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
- Persiapan sempena Ceramah Bulanan pada 28 May 2011
- Perkembangan Permohonan Tapak Surau
- Update Penubuhan KOPERASI Surau
- Laporan Biro Biro
- Hal hal lain
Sekian, terima kasih dan tolong hebahkan kepada rakan rakan lain yang tiada dlm email listing ini.
Bagi Pihak Pengerusi
Setiausaha 2
Mohd Hanafi Yunus
0 comments:
Post a Comment