Monday, May 31, 2010

Jom bina Surau Al-Hijrah (Bangunan Kekal)

Salam,

Semalam telah diadakan mesyuarat pengurusan pembinaan surau Al-Hijrah yang baru dan saya berkempatan untuk turut serta.

Di dalam perbincangan tersebut, mesyuarat berharap warga Tropika dan SP5 turut sama aktif dalam merancang dan seterusnya membina bangunan tersebut.

Setakat ini kelulusan lisan pembinaan dan kelululusan mengutip derma telah diberikan oleh MAIS. Manakala pelan surau dan kaedah terbaik pembinaan surau baru masih diperbincangkan agar aktiviti surau sedia ada tidak terganggu. Tarikh dijangkakan mula pembinaan surau baru adalah dalam masa 6 bulan lagi.

Jumlah jangkaan untuk pembinaan tersebut adalah RM300 ribu yang akan dikutip daripada hamba Allah yang ingin menymbang dari seluruh Malaysia. Ahli karyah diharap dapat sekali lagi membantu dalam mengutip derma pembinaan tersebut tidak kira daripada individu atau korporat.

Jom bina Surau Al-Hijrah

Khai@BSP

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More