Sunday, February 20, 2011

Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah (22 February 2011)

Assalamualaikum wbt

Diharapkan Tuan-Tuan berada di dalam perlindungan dan keredhaan Allah SWT juga hendaknya.
Satu Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah akan dijalankan pada 19 Rabiulawal 1432H bersamaa Selasa, 22 February 2011 selepas Solat Isyak. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau, Jemaah dan semua Kariah dipersilakan hadir bagi tujuan tersebut.
Pihak Surau amat berharap supaya Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha agar semua activity surau yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua.
Sebarang cadangan dari pihak tuan untuk meimarahkan surau dan kegiatan surau bagi tahun hadapan amatlah dihargai. 
Agenda Mesyuarat:
  1. Ucapan aluan Pengerusi
  2. Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
  3. Laporan Biro Biro
  4. Cadangan Penubuhan KOPERASI
  5. Hal hal lain
Sekian, terima kasih.
Bagi Pihak Pengerusi 
Setiausaha 2 
Mohd Hanafi Yunus

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More