Thursday, May 23, 2013

Mohon Sumbangan Wakaf Pembinaan Fasa ke-2 Surau Al-Hijrah

Assalammualaikum.

Ahli karyah Surau Al-Hijrah yang dikasihi Allah.

Untuk makluman semua ahli karyah, projek pembinaan Surau Al-Hijrah Fasa ke-2 telah pun bermula. Projek tersebut akan membina ruang solat tambahan (tidak berdinding) dibelakang roang solat utama serta kawasan moreh muslimat. Ruang solat utama tidak adiganggu dan boleh digunakan seperti biasa.

Pembinaan dijangka berjalan selama 2 bulan. InsyaAllah akan siap sebelum ramadan.

Bagi menampung pembiayaan projek Fasa ke-2 ini, pihak surau melancarkan program wakaf sebanyak 2,100 lot dengan jumlah wakar RM100/lot.

Pihak kami sangat mengalu-alukan sumbangan dari semua ahli karyah. Kami juga mohon diwar-warkan kepada rakan dan sahabat yang lain.

Bagi yang ingin menyumbang secara online atau cek, berikut maklumat bank pembayar.

Bank: Bank Muamalat
No akaun: 1207-0005265-71-8
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika
Alamat: Surau Al-Hijrah, Jalan Seri Putra 6/3, Bandar Seri Putra, 43000 Bangi, Selangor.
No pendaftaran: JAI.SEL.BMP/01/034/310

Berikut langkah-langkah pemindahan online bagi memudahkan rekod bendahari surau:
1- Buat pemindahan ke nombor akaun di atas (email suraualhijrah@bandarseriputra.com, jika diperlukan)
2- SMSkan maklumat pemindahan (jumlah, masa dan rujukan jika ada) kepada 012-3666764.

Diucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.
Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT.

Harap maklum.


Inline images 2
Setiap satu lot wakaf sebesar satu kaki persegi berjumlah RM100. Resit akan diberikan kepada pewakaf/penyumbang.

Inline images 4
Pelan cadangan projek fasa ke-2

Inline images 1
Projek bermula pada 20 April 2013

Inline images 3
Kerja permulaan penyediaan tapak

Inline images 5
Kerja asas tapak

Inline images 6
Hari ke-7: Kerja meninggikan tapak surau

Inline images 7
Hari ke-10: Tapak dasar surau hampir siap

Inline images 8
Hari ke-15: Tapak telah diratakan dan mula membina tiang asas

Inline images 9
Hari ke-25: Tapak telah disimen dan tiang concrete hampir kering

Inline images 10 
Ruang moreh muslimat

Inline images 11
Hari ke 29: Dinding separa mengadap SP5 sedang dibina.

Inline images 12
Hari ke-34: Kerja struktur bumbung sedang dilaksanakan.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More