Monday, May 27, 2013

Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - April 2013


From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>
Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - April 2013

(Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=545536768835845&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM3,874,117.15  (berakhir bulan April 2013).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-41 pada 19 Mei 2013 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan April 2013 = RM154,612.67
  • bulan Mac 2013 = RM152,380.08
Pungutan ini masih KURANG DARIPADA SASARAN RM200,000 sebulan supaya dapat menampung kos pembinaan. Tabung Pembinaan masih memerlukan RM2,625,882.85* lagi. Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Nota:
  • Jumlah kutipan yang dilaporkan sebelum ini HANYA MENGAMBIL BAKI TUNAI DALAM AKAUN. Mulai bulan Okt 2012, laporan akan memaparkan JUMLAH SEBENAR YANG DIKUTIP (termasuk perbelanjaan yang telah dikeluarkan)
  • * Bangi Heights telah mengesahkan pledge RM1 juta untuk Tabung Dana Pembinaan Masjid, dan penyerahan wang tersebut kepada JK Pembinaan Masjid akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.
    (Mengikut maklumat terkini - Bangi Heights  mengesahkan sumbangan sebanyak RM1 juta dari Bangi Heights (UMLand). Surat rasmi sumbangan ini akan dikeluarkan pada minggu hadapan (akhir bulan Mei))
Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More