Thursday, August 9, 2012

Masya-Allah, porgram yang hebat (Infaq Fund 2012)

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya terpanggil untuk kongsikan secebis usaha salah sebuah tadika di Bandar Seri Putra yang menyerapkan unsur yang positif kepada anak-anak dari segi mengumpul dana dan seterusnya menyampaikan wang itu sendiri kepada mereka yang memerlukan. Ini secara tidak langsung memberikan pendedahan positif kepada anak-anak tentang kesengsaraan dan kesusahan yang ditanggung oleh yang tidak berkemampuan.

Yang menarik bagi saya, adalah kerana saya sendiri tidak pernah didedahkan perkara begini sepanjang persekolahan saya dulu. Dan mereka sejak kecil telah didedahkan sifat-sifat murni membantu mereka yang susah lagi memerlukan. Tahniah kepada Al-Fatih Integrated Preschool.

Diharap usaha ini menjadi batu loncatan kepada organisasi yang lain untuk terus membantu mereka yang kurang kemampuan.

Inline images 2

Inline images 3

Inline images 4

Inline images 1

Semua gambar diatas dan selebihnya ada di sini dan kepunyaan pemilik gambar tersebut (Islamic Relieaf dan Al-Fatih Integrated Preschool) :
https://www.facebook.com/media/albums/?id=176403269077162

-Khai-




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More