Saturday, August 11, 2012

HARI INI: Majlis Berbuka Puasa Surau Al-Hijrah

  • Alhamdulillah, pihak Surau berbesar hati dengan tajaan dari Maybank Islamic pada kali ini atas usaha salah seorang Jemaah Surau. Walaubagaimanapun, pihak Surau tetap akan menyediakan Tabung Sumbangan kepada para Jemaah yang ingin berkongsi pahala dan tanggungjawab supaya Majlis ini lebih berseri dan sempurna. Jumlah sumbangan tidak ditetapkan, biarlah ianya seikhlas hati.
  • Pihak Surau juga melancarkan Tabung Infaq kepada Imam Tahfiz yang mengetuai Terawih kita pada tahun ini juga untuk Imam Muda Jemputan dari Palestin yang akan mengetuai Terawih pada Majlis ini. Semua jariah dari Tuan Puan memberikan makna yang besar dalam perjuangan mereka dalam mencari keredhaan Allah swt.
  • Gotong Royong bagi membersihkan persekitaran Surau dan juga persiapan memasak akan dimulakan selepas Solat Zohor berjemaah.Begitupun bagi Muslimat, mereka akan bermula lebih awal seusai Kuliah Dhuha Wanita. Tuan Puan yang berkelapangan silalah hadir bagi menyegerakan persiapan disamping merapatkan ukhwah sesama Jemaah.
  • Sumbangan Tuan Puan bagi menambahkan hidangan utama serta kuih muih dan kudapan amat digalakkan. Terpulang kepada kelapangan masing-masing.
Aturcara Majlis
- Solat Zohor berjemaah
- Gotong Royong persiapan Majlis & membersihkan Surau
- Solat Asar berjemaah & bacaan Al-Mathurat Sughra
- Tazkirah Ringkas
- Persiapan akhir berbuka
Majlis Berbuka Puasa
- Solat Maghrib berjemaah
- sambung aktiviti berbuka
- Solat Isyak berjemaah
Solat Terawih bersama Imam Muda dari Palestin
- Kongsi Rasa rakyat Palestin (moderator Ustaz Nushi Mahfodz)
- Solat sunat Witir
- Moreh
- Berkemas

   
Makluman Awam
  • Kutipan Zakat Fitrah bagi Kariah Surau akan berakhir pada malam Ahad, 12 Ogos 2012. Kepada sesiapa yang ingin berzakat bersama Amil Ustaz Nik Hilmizan, bolehlah berbuat demikian seberapa segera. Kadar yang ditetapkan bagi negeri Selangor adalah RM 7.00 seorang.
  • Pihak JPPPPT akan membuka kaunter kutipan Pengawal Keselamatan sempena Hari Raya pada malam tersebut. Kepada penduduk Putra Tropika, pembayaran RM50 boleh dibuat terus kepada Sdr. Khairul Effendi (KE).
Semoga ianya memberi manfaat kepada semua. Wassalam.
 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More