Tuesday, November 15, 2011

Sekitar Ibadah Qurban SKBSP

Sekitar Ibadah Qurban SKBSP

Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2011/11/sekitar-ibadah-qurban-skbsp.html

Tahun ini SKBSP turut serta dalam ibadah qurban dengan mengorbankan 3 ekor lembu; seekor pada pagi 10 Zulhijjah, manakala 2 ekor lagi pada 13 Zulhijjah. Alhamdulillah majlis yang berlangsung dengan sederhana ini dapat mengumpulkan warga SKBSP. Murid-murid yang membantu dapat menimba pengalaman daripada guru-guru yang menunjuk cara. Malah, pengalaman memegang sendiri lembu qurban seterusnya mengikuti ibadah itu memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada generasi muda.



Setelah selesai menyembelih lembu qurban, lembu dilapah. Dagingnya diagih-agihkan dan dimasak untuk santapan bersama. Tahniah kepada Badan Kebajikan Guru (BKG) yang aktif dan memberi peluang kepada warga SKBSP untuk melaksanakan ibadah qurban. Semoga aktiviti ini akan dapat diteruskan dari tahun ke tahun.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More