Monday, May 23, 2011

Pelancaran Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Bt 14

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg Dato'/Datuk/Ustz/Ustzh/Tuan/Puan,

Perkara diatas adalah dirujuk.

2.    Berikutan daripada tragedi menyayat hati kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Persatuan Penduduk BSP melalui Biro Kebajikan, dengan ini melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Bt. 14 Hulu Langat.

3.    Dana bantuan boleh disalurkan seperti berikut:

    i.  Dana Cek kepada: PERSATUAN PENDUDUK BANDAR SERI PUTRA
        (Nota: Di belakang Cek sila tulis 'Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Hulu Langat')   

        Dana Cek bolehlah diserahkan kepada penama AJK terbabit:
        •    Tuan Hj. Ahmad Bin Yusof (YDP)
        18, Jalan Seri Putra 8/12?


        •    En. Arzock Bin Nassar (Bendahari)
        6 Jalan Seri Putra 3/3


        •    Ustz. Abu Zaki Bin Ismail (Biro Kebajikan)
        43 Jalan SP 2/5


        •    Ramizi Bin Mohamed (SU)
        14 Jalan SP 5/5


ATAU

        •    Pengerusi-pengerusi Skim / Wakil, yang kemudian akan diserahkan kepada AJK persatuan penduduk yang terbabit.

    ii. Dana Tunai di Pasar Malam Bandar Seri PutraHari Selasa, 21 Jamadil Akhir 1432H / 24 Mei 2011 (Hari ini)

    iii. Dana Tunai Solat Jumaat di Surau Al-Syakirin & Masjid KUIS, 24 Jamadil Akhir 1432H / 27 Mei 2011

4.    Dana yang terkumpul akan disalurkan terus kepada Pengusaha Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.

5.   Bersama dengan ini dilampirkan surat rasmi pelancaran dana tabung kemanusian kepada semua Pengerusi/Wakil skim taman-taman di Bandar Seri Putra.

5.   Persatuan Penduduk BSP juga mengucapkan takziah dan bersimpati kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.

6.   Semoga dengan bantuan dan sokongan daripada Tuan/Puan akan meringankan lagi bebanan dan kesedihan yang ditanggung oleh keluarga mangsa.

Semoga Allah memberkati.

Yang Benar

Ramizi Mohamed
SU PPBSP

Surat Rasmi

Saya juga menerima beberapa keping gambar berkaitan. Gambar pertama dikatakan gambar mangsa kejadian beberapa minit sebelum kejadian. Makala gambar selebihnya daripada rakan kita di BSP Sdr. Din Naga (dincc2u@yahoo.com) yang berada di lokasi kejadian selepas kejadian. Al-fatihah.




















-Khai-

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More