Maklumat diterima dari PTS Publication.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pelanggan bookcafe yang dihormati,
Mohon maaf sekiranya e-mel ini mengganggu tuan dan puan. Sukacita dimaklumkan, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS), penerbit buku umum pelbagai kategori di Malaysia akan mengadakan program Hujung Minggu @ PTS sebagaimana berikut:
Tarikh: 26 & 27 Jun 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa: 10 pagi – 6 petang
Tempat: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
No. 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park
68100 Batu Caves, Selangor
Klik di sini bagi melihat lokasi PTS: http://pts.com.my/index.php/contact/
Antara pengisian program ini ialah:
1. Pameran dan jualan buku: diskaun dari 25% (semua buku) – 50% (buku terpilih) – bayaran dalam bentuk tunai, kad kredit/debit
2. Sesi bersama penulis buku remaja (26 Jun):
Antara penulis yang akan hadir ialah Bahruddin Bekri, Kusyi Hirdan, Saridah Hamid, Ney Johan, Farihah Iskandar, dan Anis Adlyana.
3. Sesi bersama pelukis Komik-M: Rezarly Musa (Reja) (26 Jun)
4. Rakaman video dan audio ulasan buku/pendapat bersama pengunjung (26 Jun)
5. Internet percuma (wifi) bagi pengunjung yang bawa laptop sendiri
Sehubungan dengan itu, PTS menjemput tuan dan puan menghabiskan masa hujung minggu pada 26-27 Jun nanti di premis PTS. Rebutlah peluang membeli buku-buku terbitan PTS pada kadar diskaun istimewa sambil beramah mesra dengan penulis-penulis novel remaja.
Selain itu, bagi kanak-kanak yang mahu lukisan karikatur wajah mereka, dapatkannya secara percuma daripada En. Reja, pelukis Komik-M PTS dengan syarat perlu membeli Komik-M.
Bagi tuan dan puan yang berminat mengulas buku PTS yang sudah dibaca, PTS akan rakamkan ulasan tuan dan puan sama ada dalam bentuk video dan audio (podcast). Rakaman video dan podcast ini akan disiarkan di Portal PTS.
Mohon sebarkan e-mel makluman ini kepada peminat-peminat buku PTS yang lain supaya mereka juga tidak terlepas peluang berhujung minggu di PTS.
Jumpa tuan dan puan di Program Hujung Minggu @ PTS pada 26-27 Jun 2010 nanti.
Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment