Saturday, June 26, 2010

Forum Perdana: Orang Muda Pemangkin Masjid.

Dipetik dari: http://khaiatbsp.blogspot.com/2010/06/forum-perdana-orang-muda-pemangkin.html

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs160.snc4/37357_436534548707_245996843707_5879630_3244427_n.jpg

Bandar Seri Putra, 26 Jun.

Kutipan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra telah di rasmikan oleh ADUN Bangi Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar semasa berlangsungnya Forum Perdana Ehwal Islam semalam. Majlis yang bermula 9.30 malam tersebut sepatutnya turut dihadiri oleh Dato' Dr. Hassan Mohamed Ali sebagai pengerusi forum bagaimanapun masih lancar dengan kupasan menarik dari dua ahli panel Ustaz Farid Razi dan Dr. Asiah Ali. Dato' Hassan tidak dapat hadir atas urusan kerja rasmi yang mengejut. Oleh itu, Dr. Shafie telah mewakili Dato' Hassan sebagai perasmi majlis.
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs048.ash2/35755_436438583707_245996843707_5876898_7788873_n.jpg

Masjid Mustaqim yang akan menjadi One-Stop-Center di Bandar Seri Putra (BSP) masih memerlukan sumbangan orang ramai untuk didirikan. Masjid yang dijangka bernilai RM6 Juta tersebut masih banyak baki yang perlu dipenuhkan. Menurut ahli panel, UStaz Farid Ravi,  masjid masih perlu diwujudkan kerana ianya akan menjadi mercu tanda dan sumber keberkatan sesuatu kawasan. Contohnya di Andalusia, masjid dan surau didirikan berdekatan dan terdapat hampir 300 buat masjid di Andalusia sahaja. Ukuran masjid yang didirikan adalah mengikut kekuatan suara muazzin (orang yang melangkan azan) dari masjid yang pertama.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs033.snc4/34034_436437978707_245996843707_5876858_4804770_n.jpg

Dr. Asiah pula sangat berbangga dengan keadaan di Selangor terutama kawasan Shah Alam dimana masjid menjadi tempat menuntut ilmu tanpa sebarang sekatan. Beliau juga berpendapat, masjid tidak patut hanya dikongkong dengan aktiviti agama yang terhad seperti sembahyang sahaja. Tetapi ianya perlu juga disulami dengan pelbagai aktiviti ilmu dan perlu mencakupi kehendak pelbagai peringkat umur terutamanya remaja.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs015.ash2/34131_436438778707_245996843707_5876905_4119728_n.jpg

Ustaz Farid pula menambah seharusnya masjid didirikan semudah mungkin tanpa perlu peruntukan yang terlalu tinggi. Beliau menegaskan masjid di zaman Nabi didirikan dengan pokok tamar dan digunakan untuk pelbagai aktiviti. Beliau menegaskan masyarakat perlu kenal pokok tamar dan menyarankan masjid menanam pokok tamar di kawasan lamannya nanti. Beliaun sanggup menyumbang 2 batang pokok sebagai permulaan. Tambahnya lagi, kaedah RM50 sebulan sebuah keluarga hanya mekanisma. Tetapi bagi yang mampu, sumbangan sekali gus perlu dilakukan agar masjid yang di idamkan dapat didirikan dalam masa yang singkat. Mereka yang mampu boleh menderma lebi daripada yang disasarkan. Ustaz juga menemplak orang kita yang tidak lari daripada 'Mazhab Seringgit' apabila menderma setiap Jumaat. Dengan taraf hidup yang telah meningkat, sumbangan lebih daripada itu adalah ditagih agar masjid mempunyai dana yang sentiasa cukup untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs035.snc4/34131_436438823707_245996843707_5876914_139294_n.jpg

Dr. Asiah juga bersetuju dengan Ustaz Farid dengan mengatakan ahli jawatankuasa pembinaan perlu lebih agresif dan perlu memikirkan kaedah kutipan yang lebih efektif. Ini kerana beliau berpandangan penderma hanya akan menderma apabila nampak kesungguhan daripada ahli jawatankuasa. Initiatif individu juga ditagih untuk membantu jawatankuasa sebagai contoh dengan membawa tabung sumbangan ke tempat kerja masing-masing dan mengutip sumbagan dari rakan sekerja.

Dalam mengimarahkan masjid, Ustaz Farid menegaskan bahawa ada dua cara. Pertama diimarahkan dengan masjid dari bentuk fizikal. Dan keduanya dengan mempelbagaikan aktiviti. Beliau bervisi yang masjid di BSP dapat dipelopori oleh orang muda. Dan aktiviti berkaitan orang muda perlu diperkemaskan dan dipertambah.

Di akhir forum, pengerusi forum telah membaca cerita sorang hamba Allah yang hanya mendermakan RM1 daripada jumlah duit yang yang dikeluarkan RM100 ribu. Bagaimanapun setelah keluar dari bank, beliau telah dilanggar kenderaan dan meninggal dengan duit bertaburan di 'angkasa'. Ustaz Farid secara bergurau sangat tertarik dengan bahasa pengerusi forum "Duit bertaburan di ANGKASA" dan bukannya di jalan raya. Kemudian beliau menambah dengan menyatakan derma adalah perkara terkahir yang boleh dilakukan sebelum seseorang itu meninggal dunia. Serta jangan bertangguh untuk menderma, kerana hanya derma yang akan kita bawa ke akhirat.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs015.ash2/34131_436438818707_245996843707_5876913_8149283_n.jpg

Majlis telah berakhir sekitar pukul 11.20 malam.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan, ianya boleh disalurkan di akaun-akaun berikut:

Maybank Islamic : 5628 3450 4024
CIMB Islamic : 12 3700 006 081 08
Bank Islam : 1202 9010 0595 85

Manakala gambar dan video boleh diperolehi dipautan ini:

Oleh Khai@BSP
http://khaiatbsp.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More