Friday, October 25, 2013

Makluman awal: Tuan Samsuddin Kadir di Surau Al-Hijrah 23 November 2013

Inline images 1

Makluman awal, InsyaAllah Tuan Malaysia | Shamsuddin Kadir akan hadir ke Surau Al-Hijrah pada 23 November 2013.

http://www.shamsuddinkadir.com/

Siapa Shamsuddin Kadir?

Shamsuddin Kadir  merupakan perunding latihan dan jurulatih (trainer) dalam bidang pengurusan organisasi dan kepimpinan organisasi. Beliau merupakan trainer bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT/1533.

CEO dan 'Master Trainer' di SK TRAINING ACADEMY SDN BHD TEL : 03 4142 5300 FAK: 03 4142 7300
Emel ; shamsuddin@sk.my (untuk tujuan korporat sahaja)

Beliau juga merupakan MANTAN ahli penuh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan  Bendahari Kehormat Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)

Mempunyai pengalaman bekerja selama 15 tahun dalam bidang perakaunan, pentadbiran, sumber manusia, kejuruteraan, operasi, pemasaran, perolehan, logistik dan krew kargo udara.

aktiviti De Palma Hotel 22-23 Feb 2010
Aktiviti De Palma Hotel 22-23 Feb 2010

Antara kursus yang beliau kendalikan adalah Bijak Mengurus Wang (BMW), Berfikir Secara Kreatif, Mendorong Diri Sendiri, Dedikasi Pekerja, Dedikasi Pelanggan, Dedikasi Majikan, Berfikir Seperti Bos (BSB), Setiausaha Cemerlang Organisasi Gemilang, Dimensi Pekerja, 'Super Staff On Duty', 'High Achiever; dan banyak lagi.

Antara klien beliau adalah Hotel Shangri - La, Hotel Heritage Sabah, UMW Corporation (Public Program), Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Public Program), Tabung Haji, dan Penang Development Corporation (PDC), PTS Publication Sdn Bhd, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, LHDN Pandan Indah, LHDN Melaka, LHDN Sabah, Akademi Percukaian Malaysia dan banyak lagi.

Di antara kursus yang beliau anjurkan adalah Kursus Dedikasi Pekerja Pembangunan Sumber Manusia Sabah (PSMB) Sabah, program terbuka (public program) Dedikasi Pekerja di Hotel De Palma Ampang dan Program Berfikir Secara Kreatif & Berkesan di PSMB Sabah. Kursus-kursus tersebut dikendali sepenuhnya oleh beliau di hotel atau tempat latihan pilihan organisasi yang telah mendapatkan khidmatnya.

Kursus di PSMB Sabah
Kursus di PSMB Sabah

Beliau adalah penulis 9 buah buku dan 3 buah bukunya diterjemahkan dan diterbitkan di Indonesia. Buku beliau banyak mendapat ulasan di suratkhabar Utusan, Kosmo dan di Televisyen. Dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan TV1. Tuan Sayed Munawar pengacara SPM telah mengklasifikasikan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang sebagai "Bacaan Wajib bagi setiap orang yang ada hutang". Beliau juga ditemuramah oleh personaliti personaliti TV seperti Tuan Ally Iskandar, Tuan Mazidul Akmal Sidik, Tuan Sayed Munawar, Tuan Fahrin Ahmad, Cik Puan Abby Fana, dan Tuan Faizal (AG). Antara rancangan televisyen yang pernah beliau dijemput untuk ditemuramah adalah Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, 360, Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1, Respons, dan Nasi Lemak Kopi 'O' TV9. Sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang berlangsung di PWTC, beliau telah terlibat dengan aktif dengan beberapa aktiviti pentas untuk mempromosikan buku-buku tulisan beliau dan menyebarkan ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan peribadi yang cekap dan tidak melebihi kemampuan diri sendiri.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More