Wednesday, July 24, 2013

Fwd: [Surau Al-Hijrah] Jemputan Iftar Ramadhan & Qiamullail - Sabtu 27 Julai




Pengerusi Surau al-Hijrah dan Ahli Jawatankuasanya berbesar hati menjemput para jemaah Muslimin & Muslimat Anak Kariah
bersama-sama Berbuka Puasa seterusnya menghidupkan Ramadhan dengan amalan-amalan yang sangat dituntut.
 
 
Menu utama yang disediakan adalah 
  • Gulai daging kawah, ikan masin & ulam-ulaman (masak bergotong-royong selepas solat Zohor)
  • Kambing golek 2 ekor 
  • Kambing bakar
  • Gerai char koey tiaw & gerai cendol 
  • Pihak Surau menggalakkan setiap Keluarga membawa satu hidangan sebagai pembuka selera @ pencuci mulut untuk dinikmati bersama.
     
    Ihya` Ramadhan pula akan berlangsung sepanjang malam. Di antara solat Tarawih 20 rakaat akan dilakukan solat hajat bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan awam Rendah & Menengah. Muslimin & Muslimat dipelawa untuk bersama sehingga ke akhir program.
     
    Semoga kita dapat bersama-sama menyertai program ini untuk menguatkan ukhwah sesama kita disamping mengeratkan hubungan kejiranan persekitaran Taman kita.
     

    Sekian, wassalam.
     
    Sijil  Wakaf bernilai RM100 setiap satu meliputi ruang seluas 2,100 kaki persegi bagi membiayai pembinaan bangun tambahan Surau.
    Sijil Wakaf boleh didapati dari Bendahari Surau, Saudara Mazlan Abdullah @ berhubung dengan mana-mana AJK Surau.

    0 comments:

    Post a Comment

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More