Sunday, June 16, 2013

Majlis Penyerahan Sumbangan RM1 juta oleh UMLand Bhd - 13 Jun 2013


 

Majlis Penyerahan Sumbangan RM1 juta oleh UMLand Bhd - 13 Jun 2013


Sumber Facebook UMLand: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.529945970388710.1073741837.364562076927101&type=1

Majlis Penyerahan sumbangan berjumlah RM1 juta oleh UM Land (syarikat induk pemaju Bandar Seri Putra) telah selamat dilangsungkan

Tarikh : 13hb Jun 2013 (Hari Khamis)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : UMLAND Event Hall

Penyerahan "Mock Cheque" disempurnakan oleh En. Zulkifli Garib, Pengarah Operasi UM Land kepada Dr. Abd. Rahman Hasan, Pengerusi JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim. Turut hadir ke majlis tersebut Ir. Hj. Zakaria Kemas Salleh, Ketua JK Kecil Teknikal.



Disertakan juga keratan akhbar Utusan Malaysia (Jumaat 14 Jun2013) yang melaporkan majlis tersebut. Terima kasih diucapkan kepada sahabat kita (warga Princeton BSP) dari Utusan Malaysia di atas laporan ini.



Dengan sumbangan dan sokongan dari pemaju ini, maka warga Bandar Seri Putra telah maju selangkah lagi dalam merealisasikan pembinaan sebuah masjid bagi Kariah BSP di sini. InsyaAllah.

Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra

__

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More