Sunday, February 17, 2013

MUZAKARAH PENGURUSAN JENAZAH 23 & 24 FEB

Inline images 1

Dato/Tuan,

MUZAKARAH PENGURUSAN JENAZAH

Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa Surau As Syakirin akan mengadakan majlis Muzakarah Pengurusan Jenazah pada 23 dan 24 feb ini (aturcara dilampirkan)

Objektive dan matlamat muzakarah ini adalah seperti berikut.

1. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang pengurusan jenazah antara surau-surau di sekitar Bandar Seri Putra dan Impian Putra.

2. Memperkemaskan dan menambahbaik prosidur pengurusan jenazah antara surau-surau di Bandar Seri Putra dan Impian Putra.

3. Membina jaringan antara surau-surau untuk menyebar maklumat berhubung dengan pengurusan jenazah termasuk apabila ada berlaku kematian ahli kariah setempat.

Dengan ini segala hurmatnya kami ingin mengundang pihak menjayakan muzakarah ini.

Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan yang telah mempunyai pengelaman didalam pengurusan jenazah sama-sama memberi tunjuk ajar semasa aktiviti praktikal dan sessi muzakarah nanti.

Sekian, atas sumbangan dan kerjasama pihak tuan sama sama menjayakan muzakarah nanti, kami dahului dengan ucapan ribuan terimakasih.

Yang benar

HJ ABDUL RANI HJ MOHAMED
Pengerusi
Surau As Syakirin

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More