Thursday, September 13, 2012

[Surau Al-Hijrah] Perkembangan Terkini




 
Para Jemaah yang dihormati sekalian,
 
Insyaallah persiapan telahpun diatur bagi memindahkan operasi surau sekarang ke Surau Sementara bertempat di No 44 Jalan Seri Putra 6/4 (Putra Tropika). Fasiliti di tempat baru ini dijangkakan boleh digunakan menjelang Maghrib hari ini. Sebuah kabin bagi menempatkan peralatan stor surau juga telah sampai dan dijangka bekalan elektrik akan diputuskan menjelang jam 6.00 petang ini. Oleh kerana Surau Sementara ini berada di kawasan kediaman, maka Surat Pemberitahuan akan diedarkan kepada jiran tetangga yang berhampiran.
 
Gotong Royong membersihkan Tapak Surau, mengalih peralatan & mengemas Surau Sementara
Hari Sabtu, 15 September jam 8.00 pagi (Sarapan disediakan)     Para jemaah & Anak Kariah diminta meluangkan masa bersama-sama
 
Di atas nasihat JAIS & MAIS, tapak Surau sedia ada tidak boleh dirobohkan sepenuhnya walaupun untuk memberi ruang kepada pembinaan Surau baru di tempat yang sama, sebelum mendapat kebenaran secara rasmi dari keduanya. Ini disebabkan tidak mahu ada pihak-pihak YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB SERTA TIDAK PERNAH KE SURAU menyebarkan berita-berita negatif tentang sebab-sebab tapak surau perlu dikosongkan. Begitupun, perancangan awal memindahkan lokasi dan peralatan tetap diteruskan.
 
Insyaallah sepanjang 3 bulan mendatang ini, aktiviti Surau seperti Kelas Mengaji, Kuliah-Kuliah mahupun Ceramah Bulanan akan berjalan seperti biasa. Perancangan untuk Aidil Adha serta Ibadah Qurban & Aqiqah juga berjalan seperti biasa. Para Jemaah serta Anak Kariah dinasihatkan sentiasa berhubung sesama sendiri dan Jawatankuasa Surau untuk perkembangan terkini juga menerusi hebahan pada masa akan datang melalui sms dan juga email serta medium internet yang lain.
 
Ikuti kami untuk info terkini serta perkembangan pembinaan Surau Al-Hijrah yang kekal.
Wassalam

Jadual Ziarah Syawal Surau al-Hijrah
Sabtu
1. Majlis Tahlil & Doa Selamat diikuti dengan Rumah Terbuka
   Rumah En. Mazlan Abdullah (McDonalds)
   No 40 JSP 6/7 (Putra Tropika)
   Tarikh : Sabtu - 15 September / Jam 11.00 pagi
 
Ahad
2. Majlis Tahlil & Doa Selamat diikuti dengan Rumah Terbuka
   Rumah En. Mazni Dahlui (Hazni Catering)
   No 42 JSP 6/7 (Putra Tropika)
   Tarikh : Ahad - 16 September / Jam 11.00 pagi
 
3. Ziarah & Doa Selamat diikuti dengan Rumah Terbuka
   Rumah En. Saiful Hisham
   No 42 JSP 6/2 (Putra Tropika)
   Tarikh : Ahad - 16 September / Selepas Solat Zohor
 
4. Undangan Majlis Walimatul Urus Anak Perempuan
   En. Ruslan Hussein (No 20 JSP 6/5 - Putra Tropika) - Kad Undangan di Surau
   Bertempat di Clubhouse - Bukit Mahkota
   Tarikh : Ahad - 16 September / Jam 12.00 - 5.00 petang (Jamuan Makan)
 
5. Jemputan ke Rumah Terbuka
   Rumah En. Nasa Radzie Wanir (mantan warga Putra Tropika)
   No 37, Jalan Nilai Impian 3, Taman Nilai Impian
   Tarikh : Ahad - 16 September / Jam 12.30 - 5.30 petang
 
Isnin - cuti gantian Hari Malaysia
6. Ziarah & Doa Selamat
   Rumah En. Hashim Marman
   No 44 JSP 9/1 (Anjung Suasana)
   Tarikh : Isnin - 17 September / Jam 11.30 pagi

Untuk sebarang sumbangan pengurusan & penyelenggaraan, butir-butirnya seperti di bawah :

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More