Tuesday, May 29, 2012

JEMPUTAN KE KARNIVAL ISLAM BAKIT 2012

JEMPUTAN KE KARNIVAL ISLAM BAKIT 2012



YBhg. Dato'/ Datin Sri/Prof./Dr./Tuan/Puan/Sdra/Sdri,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) dengan kerjasama Universiti Multimedia dan BAKIT-MMU akan menganjurkan KARNIVAL ISLAM BAKIT 2012 bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan TM Kali Ke-36, yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 Jun 2012 di MMU Kampus Cyberjaya.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang akan berlangsung sepanjang program ini adalah seperti berikut:

  1. Pertandingan Tilawah Al-Quran

    • Tarikh : 2 Jun 2012

    • Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

    • Tempat : Dewan Tun Canselor & MPH


  1. Pertandingan Hafazan Al-Quran

    • Tarikh : 2 Jun 2012

    • Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

    • Tempat : XR1001 & XR1002


  1. Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak

    • Tarikh : 2 Jun 2012

    • Masa 8.30 pagi – 2.00 petang

    • Tempat : XR1003


  1. Forum Perdana bertajuk "Al-Quran Memperkasa Ummah"

    • Tarikh : 2 Jun 2012

    • Masa : 9.00 mlm – 11.00 malam

    • Tempat : Dewan Tun Canselor

    • Ahli Panel : Dr. Hj. Mohd Shafie B. Hj. Md. Amin, Imam Muda Hizbur & Imam Muda Aran


  1. Gerai Jualan

    • Tarikh : 2-3 Jun 2012

    • Tempat : Di hadapan Dewan Tun Canselor





  1. Majlis Penutup

    • Tarikh : 3 Jun 2012

    • Masa : 9.00 pagi – 12.30 t/hari

    • Tempat : Dewan Tun Canselor

    • Perasmian penutup oleh YBhg. Datuk Dr. Halim B. Shafie, Pengerusi TM

    • Penampilan istimewa : Imam Muda Asyraf & Kumpulan Demascus

Untuk makluman tuan / puan, matlamat majlis ini diadakan adalah untuk membudayakan Al-Quran, mukjizat agung yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada umat Nabi Muhammad S.A.W supaya dapat diamalkan dalam kehidupan harian warga kerja Kumpulan TM yang beragama Islam dan ahli keluarga masing-masing. Semoga dengan pendekatan ini, Allah S.W.T akan memberi rahmat dan keberkatan kepada Syarikat untuk terus maju dengan melahirkan warga kerja yang berintegriti, bekerja dalam satu kumpulan dengan semangat "Teaming With Passion" dan memberikan pengalaman yang terbaik kepada para pelanggan dengan perkhidmatan yang ikhlas (Service From The Heart) selaras dengan syariat Islam.

Disamping itu juga, majlis ini insya Allah akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga kerja Kumpulan TM dan kaum keluarga masing-masing, dan  diantara anggota-anggota sokongan dengan pihak Pengurusan Kanan / Atasan Syarikat.

Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa dengan segala hormatnya menjemput tuan / puan dan ahli keluarga ke program-program di atas. Sesungguhnya kehadiran tuan / puan akan menyerikan lagi majlis ini. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan / puan boleh menghubungi kami di talian telefon seperti berikut :


Sekian, terima kasih.






0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More