Friday, July 15, 2011

Jualan Barangan Terpakai / Recycle

Salam.


Saudara Saari 6/3 telah memulakan inisiatif mengumpulkan barang2 yang boleh dibuat recycle seperti kertas lama dan bekas minuman plastik di mana pusat pengumpulannya ada di Surau Al-Hijrah. Barang-barang yang didermakan ini kemudian akan dijual pada Kedai Besi Buruk yang membeli dengan harga sedikit tinggi dan hasilnya dimasukkan di dalam tabung surau.

Saya dan Pak Dollah telah upgrade versi 2.0 dimana kami ada SMS beberapa orang jiran menawarkan pengambilan dari rumah dan Alhamdulillah, mendapat hasil RM 120 bagi jualan semasa itu.

Jadi, projek ini akan diteruskan pada hari Sabtu ini, 16 Julai selepas Asar. Kepada sesiapa yang sudi, kami akan ke rumah anda untuk mengambil barangan tersebut.

SENARAI BARANG YANG BOLEH DIJUAL RECYCLE :

1. Kategori besi : Besi katil, basikal lama, peti ais, mesin basuh dan sebarang perkakas elektrik terpakai termasuklah kipas angin.
    (timbang langsam RM1 per kg)
2. Kategori kertas : kertas peperiksaan anak, sebarang jenis kertas, surat khabar lama, majalah, kotak. Pastikan ianya kering dan tiada anai-anai  Cheesy
  (timbang langsam RM 0.5 per kg)

3. Kategori plastik : Sebarang bekas minuman plastik, mineral water, bekas minyak. Pasikan basuh dulu haa
  (Timbang langsam RM 0.3 per kg kut.. rasanya)

En. Yus Giant merah telah sudi mereservekan Hiluxnya untuk mengambil barangan kertas & plastik & Abg Zul Putrajaya menyediakan Tritonnya untuk mengambil barangan besi.
Kepada yang berminat, boleh  berkumpul di surau pada hari Sabtu ini ataupun call no sy  SYAMSUL - 019 3929219.

Tengkiusss & Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More