Sunday, April 10, 2011

Masjid Al-Mustaqim: Terkini Mac 2011.

Graf Jumlah Sumbangan ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sehingga bulan Mac 2011. Jumlah terkumpul yang dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-21 yang lalu adalah RM 601,013.63



Alhamdulillah, sumbangan derma diterima melebihi RM40,000 selama 2 bulan berturut-turut. Jika kutipan bulanan seterusnya dapat konsisten melebihi RM40,000, insyaAllah Tabung Pembinaan akan mencapai sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011 supaya kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.

Mesyuarat JK Pembinaan ke-21 yang lalu telah diberitahu bahawa Pihak MPKj akan bermesyuarat pada 13 April 2011. Difahamkan, salah satu agendanya adalah membincangkan Permohonan Kebenaran Merancang/Bangunan yang telah dihantar oleh JK Kecil Teknikal Masjid Al-Mustaqim pada 28 Feb yang lalu.

JK Pembinaan berharap ahli-ahli kariah bersama-sama berdoa kepada Allah s.w.t. supaya dapat dipermudahkan usaha mendapatkan kelulusan terhadap permohonan tersebut, insyaAllah.


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More