Friday, November 12, 2010

Program Ibadah Qurban 2010 Surau Al Hijrah

Assalamualaikum....
Program Ibadah Qurban/Aqiqah  Berkelompok 2010 Surau Al Hijrah telah ditutup kerana telah memenuhi kuota yang telah diperuntukkan bagi Program Tahun ini iaitu 5 ekor lembu

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta Qurban dan Aqiqah yg telah sudi menyertai program ini yang akan dijalankan pada Hari Raya Qurban pertama.

Satu majlis gotong royong persediaan majlis Qurban akan diadakan pada hari Sabtu ini bersamaan 13 November jam 8.00 pagi dan pada malamnya akan diadakan Mesyuarat Akhir Persediaan Majlis Ibadah Qurban/ Aqiqah bermula selepas Maghrib. Semua jemaah dijemput hadir. Pada malam tersebut juga Surau akan mengedarkan resit rasmi pembayaran duit Qurban dan Aqiqah kepada semua peserta yang terlibat.

Jadi dijemput semua peserta dan Ahli Kariah untuk sama-sama menjayakan program tersebut.


Sekian Terima Kasih
Azmi Hamzah <azmi_k@ymail.com>

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More