Thursday, July 8, 2010

Info Kematian Ibu Sdr. Anuar Ali (No 7 JSP 6/8)

From: Info Surau Al-Hijrah <info.alhijrah@gmail.com>




assalamualaikum.bmp

Dukacita dimaklumkan, Puan Che Amah binti Ariffin, Ibu kepada Encik Anuar Ali telah meninggal dunia di rumah beliau di No 7 Jalan Seri Putra 6/8 akibat sakit tua. Beliau meninggal kira-kira jam 6.00 petang kelmarin dan jenazah Almarhumah telah disempurnakan di Surau Asy Syakirin pada jam 10.00 pagi tadi. Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bandar Seri Putra selepas itu.

Jenazah Almarhumah merupakan yang pertama disempurnakan setelah Badan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah ditubuhkan. Alhamdulillah, pengendalian telah dijalankan sebaik mungkin mengikut amanah Tuan Rumah serta sumbangan Tuan Puan yang telah menyertai Khairat Kematian ini. Diharapkan kepada mereka yang belum mencarum, peluang masih dibuka agar kita semua dapat berkongsi serba sedikit akan tanggungjawab dan Fardu Kifayah ini bukan sahaja untuk kita dan keluarga, tetapi juga untuk masyarakat dan Ahli Kariah kita.

Bagi pihak Pengerusi Surau dan Pengerusi Khairat Kematian, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada sahabat-sahabat dan isteri yang telah membantu di dalam urusan pengkebumian sehingga segalanya nampak begitu lancer sekali. Semoga Allah sahaja yang membalas budi Tuan Puan semua.

Juga disampaikan salam Encik Anuar Ali, agar kita dapat melapangkan sedikit masa untuk Tahlil pada malam ini, 8 Julai 2010 selepas Isyak di Surau Al-Hijrah.

Wassalam


Signature Email I
Diterbitkan oleh Biro Hebahan & Komunikasi Surau Al-Hijrah. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, pendapat ataupun aduan, sila email kepada info.alhijrah@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More