Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Saturday, January 28, 2012

Doa Ketika Mengalami Musibah

Atas cadangan Dato Johar dlm mesyuarat malam tadi, berikut adalah hadis yang dibacakan pada malam tadi berkenaan doa yg diajarkan oleh Rasulullah saw :

Daripada Ummu Salamah r.ha, isteri Rasulullah saw. berkata, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Tiadalah seorang hamba yang mengalami musibah, lalu ia mengucapkan:

إ ِنـّـَا لـِلّـَـهِ وَ إ ِنـّـَـآ إ ِلـَيـْهِ رَاجـِعـُونَ
اللّـَهـُـمّ َأ
ْجـُرْنـِى فـِى مـُصـِيـْبـَتـِى وَأ َخـْلـِفْ لـِى خـَيـْرًا مِّنـْهـَــا
(Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Ya Allah, berilah aku pahala atas musibahku, dan gantilah untukku dengan yang lebih baik darinya),melainkan Allah Swt. pasti memberinya pahala dalam musibahnya dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik darinya."

Dia (Ummu Salamah r.ha) berkata, "Ketika Abu Salamah r.a. meninggal, maka saya berdoa dengan doa yang diperintahkan oleh Nabi saw. kepadaku, sehingga Allah Swt. memberikan pengganti untukku suami yang lebih baik daripadanya, iaitu Rasulullah saw." - Riwayat Muslim.

Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012

387553_2573335247172_1068007345_2823419_843097423_n.jpg

5 hb Feb 2012 (Ahad) akan diadakan majlis sambutan maulidurRasul di surau SUAK. Semua dijemput hadir... Pelbagai program dijalankan.. antaranya perarakan selawat, Pertandingan mewarna, khat... bacaan alquran, ceramah agama dan banyak lagi... Aktiviti malam >>ceramah dan BBQ kambing. Rugi tak datang.

"SURAU MERIAH MASYARAKAT BARAKAH"

Majlis Sambutan
Maulidur Rasul &
Ramah Mesra Penduduk Fasa 7

5 Februari 2102 (AHAD)
7.30 pagi

Aturcara:

7.30 pagi
- Pendaftaran dan Taklimat
- Perarakan
- Sarapan pagi
- Jualan Khas
- Kuiz agama, pertandingan tulisan & mewarna khat
- Berzanji & Bacaan Al-Quran
Ceramah Agama (Ustaz Mohd Asri Abdullah)
Penyampaian hadiah, sumbangan & Hadiah Misteri

12.30 tgh
- Jamuan Tengahari Ala Kampong

8.00 malam
- Ceramah Agama oleh Ustaz Shuhadak

9.30 malam
- Jamuan Malam Ala BBQ (kambing panggang)

Pertanyaan:
En. Zaludin - 012-2075677
En. Azhari - 019-3373633
Hj. Puzi - 012-4581266

Kekosongan Guru Rakyat SRABSP

249612_10150197712533863_179473523862_7144771_739083_n.jpg
SRA Bandar Seri Putra adalah sekolah yang paling ramai guru jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah rendah agama lain di bawah pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.

Walaupun begitu, bilangan guru yang berkhidmat di sekolah dianggap tidak mencukupi jika dibandingkan dengan bilangan murid yang begitu ramai.

Justeru itu, pihak sekolah membuka jawatan kosong sebagai Guru Rakyat bagi mengisi kekosongan tersebut.

Bagi yang berminat, boleh berhubung atau terus ke pejabat sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Harap maklum, terima kasih.
-MSBS-

Tuesday, January 24, 2012

Ceramah Ustaz Don di KUIS Jumaat Ini

Jumaat ini lps solat Jumaat! Jom pakat mai!!!
Sumber: https://www.facebook.com/kamisukaceramahustazdondaniyaldonbiyajid

Tuesday, January 17, 2012

Menyelesaikan Masalah Longgokan Sampah di Vista Seri Putra 17 Jan 2012


17 Jan 2012 - Ahli Majlis MPKj Zon 24 bersama-sama petugas Pusat Khidmat Masyarakat Putra-Mahkota telah turun padang untuk menyelesaikan masalah lambakan sampah di rumah sampah Vista Seri Putra malam ini bersama-sama kontraktor pengutipan sampah yang baru. Turut hadir adalah YDP PPBSP, JK Kebajikan dan JK Penerangan PPBSP yang memantau kerja-kerja yang dilakukan. Operasi yang bermula jam 11:30 malam telah berakhir pada kira-kira jam 2:00 pagi.

Pengerusi dan AJK JMB Apartmen Seri Mawar yang turut meninjau keadaan juga diberi kesempatan untuk menyuarakan kegusaran tentang masalah sampah yang telah 12 hari tidak dikutip di Seri Mawar. Ahli Majlis dan kontraktor terbabit telah mencapai kata persetujuan untuk mengutip sampah di Seri Mawar pada malam itu juga. Pihak kontraktor bergerak ke Seri Mawar kira-kira pada jam 3:00 pagi untuk mengutip sampah di sana pula.



11:30pm - JCB kontraktor sampah bersedia untuk menyodok sampah. Turut kelihatan adalah sampah pukal (kayu2 dan perabot) yang becampur dengan sampah domestik.


JCB kontraktor mengambil sampah


Sampah dipunggah ke dalam tong yang dibawa oleh kontraktor sampah


Longgokan sampah pukal yang telah bercampur dengan sampah domestik. Pengasingan perlu dilakukan sebelum sampah domestik tersebut boleh dikutip


2:10 pagi - Keadaan rumah sampah Vista setelah operasi selesai. Sampah yang tinggal perlu menjalani proses pengasingan sebelum dapat dikutip oleh kontraktor. Dijangka boleh diselesaikan segera jika tiada sampah baru.

Layari FB PPBSP untuk set gambar sepenuhnya - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.280175118704590.66419.169051276483642&type=3

http://ppbsp.blogspot.com

__._,_.__

Monday, January 16, 2012

ESOK: Novelis Popular AinMaisarah di SKBSP



Pelancaran Program Nilam 2012

bersama penulis terkenal

Ain Maisarah

18 Januari 2012

"Budaya Membaca, Amalan Mulia"

Anjuran bersama PIBG SKBSP.

* Gerai jualan buku akan dibuka selama tiga hari mulai tarikh diatas.






Kempen 1 Murid 1 Buku

Bagi membentuk generasi ilmu, sempena pelancaran porgram Nilam 2012, semua murid dijemput untuk menyumbangkan satu atau lebih buku untuk menambah koleksi buku di pusat sumber SKBSP.

Selain itu, individu atau wakil korporat yang berminat boleh juga turut menyumbang bagi program ini.

Buku yang disumbangkan tidak kira BARU atau TERPAKAI.

Jika ingin menyumbangkan buku baru, sepanjang 3 hari (Selasa, Rabu dan Khamis) kaunter jualan buku PTS amnya dan buku tulisan Ain Maisarah khususnya boleh dijadikan sebagai satu medan ibubapa, individu atau korporat membeli-sambil-menyumbang terus ke pusat sumber sekolah.

Diharap kempen ini dapat sambutan daripada semua agar gedung ilmu sekolah diisi dengan pelbagai ilmu yang menjadi kepada warga SKBSP yang lebih berilmu.

Kuliah Sepanjang Februari di Surau As-Syakirin

SDC19605.jpg

Kpd penduduk sektar Bdr Seri Putra/sekitar surau ASY SYAKIRIN.

Sepanjang bulan Feb. ini surau asy syakirin telah mengatur beperapa program ILMU yg menarik utk jemaah di antaranya :
Pd 11/2/1012 (hari Sabtu)

1. KULIAH SUBUH, PENCERAMAH JEMPUTAN : USTAZ DON DANIAL (KUIS)
(Tajuk: Lau Kana Baynana - seandainya Rasulullah SAW msih bersama kita)

2. KULIAH DHUHA UTK MUSLIMAH- PENCERAMAH JEMPUTAN USTAZAH WAN RAMIZAH (kUIS) tAJUK BELUM DITETAPKAN LAGI. (masa 9.00 -10.30 pagi)

3. KULIAH MOTIVASI UTK PELAJAR TAHFIZ - PENCERAMAH USTAZ IMRAN KAMAL BASHA (KUIS) MASA 11.00 - 12 TGH HARI)

4. CERAMAH KHAS MAULID - PENCERAMAH USTAZ HAJI SAMSUDIN SIDEK
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB - BERSERTA JAMUAN (AQIQAH)

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NUR (AJK SURAU ASY SYAKIRIN. ATAU PIHAK SURAU ATAU DLAM BLOG SURAU ASY SYAKIRIN BDR SERI PUTRA.

Sunday, January 15, 2012

Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Disember 2011


(sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=280788925310632&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&ref=nf)

Dana terkumpul pada 30 Nov 2011 mencecah RM1,053,104.16.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-28 pada 14 Januari 2012 bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung untuk bulan November 2011 adalah seperti berikut:


  • bulan Oktober 2011 = RM48,414.52 (updated figure)
  • bulan November 2011 = RM30,996.13

Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berjaya mencapai Sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.

Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

Friday, January 13, 2012

Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012

LARIAN KITAR SEMULA 
BANDAR SERI PUTRA
2012


4 MAC 2012 (AHAD)

Cepat, 300 penyertaan terawal akan menerima t-shirt percuma.

Tarikh tutup: 19 Feb 2012



DANA DIKUMPUL BAGI PEMBINAAN MASJID AL-MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA


Anjuran Bersama:
PPBSP bersama persatuan-persatuan penduduk taman/skim perumahan
Bangi Heights Development Sdn Bhd
Majlis Perwakilan Penduduk MPKj Zon 24. 


Maklumat Lanjut
En. Khai (012.2655.203)
Puan Nursiah (019.2641.736)
Engku Faizal (013.3426.019)

IHTIFAL SURAU ASY-SYAKIRIN

IHTIFAL SURAU ASY-SYAKIRIN.

SURAU ASY-SYAKIRIN sedang mencari anak-anak (individu) yang berbakat utk :
1. Pertandingan bercerita Kisah Nabi/sirah Nabi (L/P)
2. Pertandingan hafazan (L/P)
3. Pertandingan Azan (L)
4. Pertandingan penyampaian Khutbah (L) utk pelajar tahfiz.

PESERTA HENDAKLAH DIBERI LATIHAN SENDIRI OLEH IBU-BAPA/penjaga/guru.
TAJUK : BEBAS.
PESERTA: Murid2 sek rendah/Murid Tadika sekitar BDR SERI PUTRA.
MASA: 9.00 PAGI- 1 PETANG
PENYAMPAIAN HADIAH : SELAPAS SOLAT ZOHOR OLEH NAZIR MASJID BANGI.
>>>sekiranya ramai peserta saringan akan diadakan oleh pihak surau.

Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik utk UPSR/PSRA/PMR (KARIAH SURAU AS SYAKIRIN) Sekiranya ada yang layak sila hubungi pihak surau.
Sekiranya berminat/ingin keterangan lanjut, sila hubungi :
PUAN NUR -019-2641736 (AJK SURAU ASY-SYAKIRIN BDR SERI PUTRA)
ENCIK HAZMI ABD HAMID - 017-2266238 (S/U SURAU ASY-SYAKIRIN)

KUIS LEGAL WEEK



Semua dijemput hadir

Thursday, January 12, 2012

Video Ceramah Surau Al-Hijrah

380120_10151155797365176_329327610175_22731305_646779964_n.jpg

Video-video ceramah yang pernah dirakamkan di surau Al-Hijrah boleh diperolehi di sini.

https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp?sk=videos

Tuesday, January 10, 2012

Video: Ceramah Ustaz Hasrizal di Surau Al-Hijrah



Dikongsikan video ceramah Ustaz Hasrizal.
Bagaimanapun, ceramah tersebut tidak habis direkodkan kerana masalah teknikal yang tidak dijangkakan.

Ustaz Hasrizal (1/7) - https://www.facebook.com/photo.php?v=10150518605808117
Ustaz Hasrizal (2/7) - https://www.facebook.com/photo.php?v=10150518718903117
Ustaz Hasrizal (3/7) - https://www.facebook.com/photo.php?v=10150518772343117
Ustaz Hasrizal (4/7) - https://www.facebook.com/photo.php?v=10150518824508117
Ustaz Hasrizal (5/7) - https://www.facebook.com/photo.php?v=10150519231593117
Ustaz Hasrizal (6/7) - https://www.facebook.com/photo.php?v=10150519370068117
Ustaz Hasrizal (7/7) - https://www.facebook.com/photo.php?v=10150519430803117

http://surau-al-hijrah.blogspot.com

Saturday, January 7, 2012

HARI INI: Ustaz Hasrizal di Surau Al-Hijrah, Ahad 8 Jan, 8 malam

MALAM INI

SEMUA DIJEMPUT HADIR




Ceramah Perdana Surau Al-Hijrah

"7 LUPA YANG JANGAN DILUPA"
(IBRAH SURAH AL-KAHF, AYAT 23-24)


Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Ahad, 8 Januari 2012
8.00 malam
Surau Al-Hijrah, BSP


Dijemput ramai-ramai menghadirinya.

Peta ke Surau Al-Hijrah:
http://maps.google.com/maps/ms?msid=201259487707834505954.000472297f793892a40e2&msa=0

Thursday, January 5, 2012

Ustaz Hasrizal di Surau Al-Hijrah, Ahad 8 Jan, 8 malam



Ceramah Perdana Surau Al-Hijrah

"7 LUPA YANG JANGAN DILUPA"
(IBRAH SURAH AL-KAHF, AYAT 23-24)


Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Ahad, 8 Januari 2012
8.00 malam
Surau Al-Hijrah, BSP


Dijemput ramai-ramai menghadirinya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More