Sunday, May 5, 2013

PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PPBSP KALI KE-3 2013


Tarikh              : 23 Jamadil Akhir 1434 / 4 Mei 2013

Ruj. Kami        : PPBSP/AGM2013/01

 

Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra

 

Tuan/Puan,

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

PER: PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PPBSP KALI KE-3 2013

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2.    Sukacita memaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ketiga seperti perincian berikut:

 

            Tajuk:                                     Mesyuarat Agung PPBSP 2013

            Tarikh:                        18 Mei 2013

            Hari:                           Ahad

            Waktu:                        8.30am – 12.00pm

            Cadangan Tempat:     Dewan, Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra.

            Agenda:                      8.00am – Pendaftaran dan Sarapan

                                                8.30am – Perasmian dan Mesyuarat Agong

                                                10.30am – Pencalonan dan Pemilihan AJK PPBSP 2013/2014

                                                11.30am – Majlis Tamat

 

3.    Sebagai Ahli yang berdaftar di bawah PPBSP tuan/puan adalah berhak dan layak untuk bersuara, mencalon/dicalon dan mengundi disepanjang tempoh berlangsungnya Mesyuarat Agung ini nanti.  Bersama dengan ini disertakan Borang Kehadiran / Usul dan Cadangan serta Borang Pencalonan untuk tindakan tuan/puan. Borang yang telah lengkap diisi boleh diserahkan ke alamat berikut sebelum 12 Mei 2013 atau emailkan kepada khai@bandarseriputra.com.

 

                                                No. 28 Jalan Seri Putra 5/6,

                                                Bandar Seri Putra,

                                                43000 Kajang, Selangor

 

4.   Mohon untuk membawa yuran tahunan (bagi tahun 2013/2014) sebanyak RM12 semasa pendaftaran.  Justeru besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat menunaikan tanggungjawab dengan menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PPBSP 2013 ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya ditalian 012.2655.203.

 

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan kami ucapkan jutaan terima kasih.

 

Yang benar,

 

......................................................................

KHAIRIL BIN ANUAR

Setiausaha

Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra



Borang-borang (bentuk doc)
https://docs.google.com/file/d/0B6bFqkxsXtWnb3kyUWp2OXdnN0E/edit?usp=sharing

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More