Tarikh : 23 Jamadil Akhir 1434 / 4 Mei 2013
Ruj. Kami : PPBSP/AGM2013/01
Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
Tuan/Puan,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
PER: PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PPBSP KALI KE-3 2013
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita memaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ketiga seperti perincian berikut:
Tajuk: Mesyuarat Agung PPBSP 2013
Tarikh: 19 Mei 2013 (Ralat sebelum ini dimaklumkan 18 Mei)
Hari: Ahad
Waktu: 8.30am – 12.00pm
Cadangan Tempat: Dewan, Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra.
Agenda: 8.00am – Pendaftaran dan Sarapan
8.30am – Perasmian dan Mesyuarat Agong
10.30am – Pencalonan dan Pemilihan AJK PPBSP 2013/2014
11.30am – Majlis Tamat
3. Sebagai Ahli yang berdaftar di bawah PPBSP tuan/puan adalah berhak dan layak untuk bersuara, mencalon/dicalon dan mengundi disepanjang tempoh berlangsungnya Mesyuarat Agung ini nanti. Bersama dengan ini disertakan Borang Kehadiran / Usul dan Cadangan serta Borang Pencalonan untuk tindakan tuan/puan. Borang yang telah lengkap diisi boleh diserahkan ke alamat berikut sebelum 12 Mei 2013 atau emailkan kepada khai@bandarseriputra.com.
No. 28 Jalan Seri Putra 5/6,
Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor
4. Mohon untuk membawa yuran tahunan (bagi tahun 2013/2014) sebanyak RM12 semasa pendaftaran. Justeru besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat menunaikan tanggungjawab dengan menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PPBSP 2013 ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya ditalian 012.2655.203.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan kami ucapkan jutaan terima kasih.
Yang benar,
......................................................................
KHAIRIL BIN ANUAR
Setiausaha
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra