Wednesday, August 8, 2012

Borang Balik Kampung dan Tip-tip PDRM

Inline images 1

Sila serahkan borang dibawah ke balai polis terdekat (Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra).
Insya-Allah pegawai Polis akan meronda dan masukkan notis makluman rondaan dalam peti surat.
Ini salah satu langkah keselamatan kita.

Disamping itu, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) dengan kerjasama skim-skim Bandar Seri Putra (BSP) juga mengadakan kawalan keselamatan Aras Pertama dengan mengadakan pengawal keselamatan meronda sekitar BSP semasa tempoh perayaan.

Diharap dengan usaha semua yang sedikit ini, keselamatan BSP akan lebih baik.

Borang Balik Kampung:
http://www.rmp.gov.my/filebase/document/40773_BORANG_MAKLUMAT_BALIK_KAMPUNG.pdf

TIPS PENCEGAHAN JENAYAH: PECAH RUMAH
====================================
Daripada PDRM


Bila kes pecah rumah sering berlaku?
====================================
1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:
===================================================
1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:
=================================================================
1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang "door viewer" dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.

Ikuti perkembangan aktiviti polis ketika musim perayaan untuk mengetahui akan program RakanCop serta program keselamatan Balik Kampung, terutamanya ketika musim perayaan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan langkah-langkah pencegahan jenayah, sila layari laman web PDRM di
www.rmp.gov.my dan facebook https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More