Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu".
(Hadith riwayat Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
Ramadhan di Surau Al-Hijrah menghampiri minggu yang kedua. Alhamdulillah, kedatangan Jemaah melimpah ruah, aktiviti yang dirancang berjalan lancar sehingga ke hari ini. Beberapa gambar dari Lensa Rasmi surau.
Jadual Bertugas
Nama petugas keseluruhannya ada dipaparkan di Surau. Kepada para Jemaah yang tiada namanya tetapi berkelapangan,
dijemput untuk bersama-sama berbuka dan seterusnya bersolat Maghrib berjemaah.
Aktiviti Hujung Minggu
Program Komuniti
Seorang Saudara baru telah berkunjung ke Surau pada malam tadi memohon sumbangan ikhlas supaya dapat beliau meneruskan kehidupan setelah memeluk agama Islam baru-baru ini.
Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan & semoga Ramadhan ini menjadi yang terbaik untuk kita semua... InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment