Wednesday, December 7, 2011

Seminar Transformasi Pendidikan Islam: Sekularisasi Nilai dan Solusi Islam

Seminar Transformasi Pendidikan Islam: Sekularisasi Nilai dan Solusi Islam

Posted By Abu Saif On 08/12/2011 @ 10:15 am In Laporan STC | No Comments

496 [1]

Pendidikan penuh cabaran.

Ia membentuk manusia, sama ada kepada menjadi manusia yang benar kemanusiaannya, atau hilang kelebihan diri yang asalnya sudah bergelar Khalifah.

Menerima Islam sebagai titik mula dan fondisi utama pendidikan, sudah pun sedia diterima di dalam masyarakat.

Kemunculan sekolah-sekolah agama, sama ada sekolah kerajaan mahu pun swasta, sangat memberangsangkan.

Sekolah-sekolah ‘bukan agama’ dan sains juga menyediakan pelbagai program untuk tidak ketinggalan pada melengkapkan diri dengan keperluan agama.

Sejauh manakah kita telah berada di landasan yang tepat untuk mencapai apa yang diidamkan?

Apakah dengan menghasilkan seorang jurutera yang juga hafiz 30 juzuk al-Quran, maka protege Ibnu Sina dan al-Farabi sudah terhasil?

Bagaimanakah kita menilai pencapaian dan keberkesanan apa yang dinamakan sebagai pendidikan Islam.

Di era sekularisasi nilai dan materialisma, dan digital ini, bagaimanakah manusia boleh kekal berseni untuk benar-benar memiliki upaya mencerap keseluruhan dimensi ilmu?

Ibu bapa mahu memilih sekolah yang bagaimana untuk anak mereka?

Jika ada badan korporat yang mahu menaja pembiayaan sebuah sekolah agama baru, apakah yang perlu dipertimbangkan tentang hala tuju, isi kandungan dan pendekatan yang menterjemahkan visi serta misi sekolah itu?

Persoalan-persoalan ini adalah di antara fenomena yang bakal disentuh di dalam SEMINAR TRANSFORMASI PENDIDIKAN ISLAM anjuran Akademi Sinergi. Bertemakan “Sekularisasi Nilai dan Solusi Islam†, seminar ini akan menyediakan platform bagi Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Synergy Training & Consulting), Tuan Fazrul Ismail (Total Success Training & Consultancy) dan Ustaz Mohd Hasni Mohamed (Pengetua Sekolah Menengah Islam al-Amin, Gombak) untuk mewacanakannya dari perspektif yang pelbagai.

Terbuka kepada orang ramai, program yang mensasarkan ibu bapa, warga pendidik, kumpulan pendidik sokongan yang terbabit dalam program-program remaja dan aktivis ini bakal berlangsung pada 18 Disember 2011 di Universiti Putera Malaysia.

Untuk keterangan lanjut, layari AKADEMI SINERGI [2]dan mendaftar segera untuk mendapatkan tempat anda.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra

Saifulislam.Com kini dihoskan di sebuah Dedicated Server. Sumbangan anda untuk membiayai kos operasinya amat dialu-alukan. Jazakumullahu khayr al-jazaa' [3]

 


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More