Pertanyaan berkenaan pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Name Iskandar Hamim ishxxxx@gmail.com Komen/Cadangan Salam,
Saya ingin menderma untuk tabung pimbinaan Masjid Al-Mustaqim, BSP. Cuma pertanyaan saya seperti berikut:
1. Siapa ahli jawatan kuasa untuk pembinaan masjid tersebut
2. Berapakah peruntukkan & status kewangan terkini
3. Bilakah jangka masa pembinaan akan dimulakan
terima kasih
Powered by Wufoo.
----------
From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>
Salam, Saya sebagai Pegawai Penerangan yang ditugaskan oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra secara jujur, telus dan ikhlas menjawab persoalan yang ditimbulkan.
Di situ anda akan dapat menatap maklumat berkenaan Masjid Al-Mustaqim seperti graf kutipan derma sehingga bulan Mei 2010 dan Perspective Drawing Design Masjid. Laman web ini merupakan inisiatif dari Prof. Ir Dr Riza Atiq Abdullah, salah seorang AJK Pembinaan.
Buku program Forum Perdana juga telah diedarkan kepada SEMUA yang hadir (anggaran 300 orang) yang mengandungi senarai lengkap (setakat tarikh itu) Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim. Sila lihat Banner hebahan, artikel laporan program, gambar dan klip video di sini: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=4811.0 Bersama-sama email ini saya kepilkan Senarai AJK Penganjur Forum Perdana kepada tuan-tuan yang tidak berkesempatan untuk hadir dalam program-program anjuran JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim pada tahun ini: http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs795.snc4/67569_121853224537537_120427501346776_135924_6853851_n.jpg Saya sebagai ahli kariah yang diberi tugas untuk menghebahkan maklumat tentang Masjid Al-Mustaqim kepada kariah mengakui usaha hebahan ini masih lagi belum selengkapnya merangkumi KESEMUA ahli kariah masjid. Oleh itu saya mohon tuan-tuan dapat forward email ini kepada semua rakan-rakan ahli kariah Masjid Al-Mustaqim BSP bagi pihak saya. Saya akan mencadangkan kepada JK Pembinaan Masjid supaya diadakan satu sesi fotografi pada mesyuarat akan datang supaya gambar semua AJK dapat dimuatkan ke dalam Laman FB Masjid Al-Mustaqim dan pautannya dapat dihebahkan kepada semua blog/forum/laman web surau dan skim perumahan BSP sebagai satu usaha untuk pihak kariah dapat mengenali siapakah AJK Pembinaan Masjid. Sekian, terima kasih. Bagi Pihak JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP Azizul Jabbar Kamaruddin Pegawai Penerangan |
----------
From: Abdul Rahman Hasan, Dr Hj <abrahmanh@stats.gov.my>
Assalamulaikum WBT.
Terima kasih atas keperihatinan saudara/ri terhadap projek pembinaan masjid kita. Saya selaku pengerusi terpanggil untuk menjawap persoalan yang dikemukakan dan dengan harapan kita sama-sama membantu merialisasi hasrat murni penduduk seri putra. Mudah-mudahan Allah Taala merestui cita-cita kita bersama.
Daripada aspek-tadbir urus: Projek ini dibawah jawatankuasa pembinaan masjid yang dipengerusikan oleh saya dan ahlinya ialah semua pengerusi surau di BSP serta pengerusi jawatankuasa penduduk (jika surau tidak terdapat di taman2 berkaitan) dan orang perseorangan yang dilantik oleh AJK dari masa ke masa. Lihat minit mesyuarat ke 15- yang dikepilkan.
Sepatutnya ahli kariah boleh mendapatkan apa-apa makluman berkaitan kemajuan pembinaan masjid kita daripada AJK yang dilantik mengikut kariah masing-masing.
Untuk makluman kita dalam peringkat meningkatkan publisiti supaya derma datang mencurah-curah. Lagi cepat derma datang lagi cepat kita dapat bina masjid. Kos dijangka RM 7 juta.
INGAT LAH HARI INI KITA BERUSAHA MEMBINA RUMAH ALLAH, INSYALAH DI SYURGA NANTI ALLAH AKAN MEMBINA MAHLIGAI UNTUK KITA.
Salam- sila call me jika ingin maklumat lanjut
Dr. Haji Abdul Rahman Hasan
0 comments:
Post a Comment