Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Thursday, September 30, 2010

Hari Ini: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KUIS

Hari ini : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 1 Oktober 2010 (Jumaat), 2:30 petang hingga 5:00 petang di Dataran Ekstival KUIS. Semua Dijemput Hadir...


Dipetik: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000610685373

A-Syakirin - JEMPUTAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI

01Oct2010
Salam kepada semua Warga Bandar Seri Putra.

Suasana kemeriahan Hari Raya Aidil Fitri masih lagi terasa dihujung Syawal ini. Di sana-sini masih banyal lagi Majlis Rumah terbuka diadakan dikejiranan kita.

Tidak ketinggalan Pengerusi dan AJK Surau AsSyakirin Bandar Seri Putra ingin menjemput Tuan/Puan warga BSP sekeluarga hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya yang akan diadakan seperti berikut :


  • Tarikh : 02hb.Oktober 2010 (Hari Sabtu)
  • Masa : Selepas Solat Maghrib
  • Tempat : Perkarangan Surau AsSyakirin
Semua dijemput hadir.

SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI

Sekian, Wassalam

Pengerusi & AJK
Surau AsSyakirin Bandar Seri Putra, semestinya

Kelas Insentif Bahasa Arab Percuma Setiap Minggu

Assalamualaikum w.b.t,

http://www.islam4children.com/images/products/My%20Arabic%20Alphabet%20Book.jpg

Kelas insentif bahasa arab secara percuma untuk orang dewasa 15 tahun ke atas. Butiran lanjut :

Masa: Selepas Asar. (mungkin lebih kurang 2 jam).
Lokasi: Restoran Baghdad Kafe 2nd Floor. (Bandar Sri Putra / Sebaris dengan Pejabat Pos).
Bayaran: PERCUMA!!.
Tenaga Pengajar: Encik Ikhlas.

Marilah kita menghebahkan berita ini kepada orang ramai dan bersama2 belajar bahasa syurga dan bahasa sunnah nabi ini.

Info lanjut: telefon 019- 204 1058 / Sumie.

Dipetik daripada: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5533.msg58717#msg58717

Thursday, September 23, 2010

Jemputan Menyertai Ibadah Qurban Surau Al-Hijrah

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs680.snc4/62086_155885474441308_100000595704794_377954_3473269_n.jpg

Assalammualaikum,

Panggilan menyertai ibadah qurban Surau Al-Hijrah.
Satu bahagian hanya RM350 sahaja atau RM2,450 seekor.

Pertanyaan atau penyertaan, sila hubungi sekretariat program:
En. Azmi Hamzah (019-3798324
En. Mazlan (Bendahari Surau - 012-3666764)


"Ibadah qurban, satu pengabdian"

Borang di sini: http://sites.google.com/site/khaidibsp/BorangQurban.pdf?attredirects=0&d=1

Wednesday, September 22, 2010

Jemputan ke Jamuan Sambutan Eidulfitri Peringkat Serdang 2010

Assalamualaikum & Salam Eidulfitri buat Muslimin & Muslimat serta salam sejahtera kepada semua..

Kami wakil bagi pihak Ahli Majlis Zon 24, PAS Cawangan BSP, BBM dan PAS kawasan Serdang & Adun Bangi beserta rakan2 PKR & DAP serta MP Serdang ingin menjemput seluruh warga Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Impian Putra, Desa Mahkota dan seluruh penduduk taman & kampung Bangi lama ke Jamuan Eidulfitri kami seperti berikut:

Tarikh 3-10-2010 (Ahad)
Masa : 12 tgh hingga 5 ptg (digalakan datang sebelum 3 ptg)
Tempat : Komplek Sukan MPKJ Seksyen 15, Bandar Baru Bangi


Semoga kehadiran Dato/Datin/Tuan/Puan menyerikan majlis kami ini...



Dipetik daripada: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5482.msg57976#msg57976

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KUIS


Dipanjangkan bagi pihak KUIS.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KUIS
1 Oktober 2010 (Jumaat)
2.30 - 5.00 Petang

Semua dijemput hadir.

Wassalam terima kasih.

Sambutan Hari Raya SRA-BSP, 26 Sept (AHAD), 8-11 pagi

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs690.snc4/63085_435153743862_179473523862_5180173_1489501_n.jpg

Sambutan Hari Raya SRA-BSP
26 September 2010 (Ahad)
Bersamaan 17 Syawal 1431H
8 pagi hingga 11 pagi
Semua dijemput hadir.


Tuesday, September 21, 2010

Jemputan 25 September

« on: September 18, 2010, 12:40 PM »


Assalamualaikum.

Dengan hormatnya saya menjemput tuan/puan ke majlis tahlil, doa selamat dan rumah terbuka aidilfitri di rumah saya seperti berikut:

Tarikh: 25/9/2010 (Sabtu)
Masa : Selepas zohor
Alamat: No. 42, Jalan Seri Putra 6/2, BSP

Semua dijemput hadir.   Terima kasih.

SAIFUL HISHAM BIN MANSOR
42, 6/2

-----------------------------------------------------------------------------------
Oleh Ahmad Yusri

assalamualaikum...maaf mencelah..
saya pun dgn rendah diri dan berbesar hati,ingin menjemput tuan2 ke majlis rumah terbuka saya pd hari yg sama 25hb(sabtu),jam 1ptg-5ptg..alamat:no.33,jln bangi villa 3,tmn bangi villa.
mdh2an dgn kehadiran tuan2 akn mengeratkan lg hubungan silaturrahim kita....

Friday, September 17, 2010

Gotong-royong Pasca Ramadhan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs240.snc4/39352_10150236252515176_329327610175_14144988_1029800_n.jpg

Assalammualaikum.

Saya baru menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Ustaz Nik. Insya-Allah pagi ini bermula 8.15 pagi akan diadakan majlis gotong-royong pasca Ramadhan.

Diharap ramai yang akan dapat turut hadir.

Sekian, terima kasih.

Khai@BSP

Friday, September 10, 2010

Takbir di malam raya, 8 buah rumah semuanya.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs599.snc4/57977_10150258335220176_329327610175_14750361_7124646_n.jpg

Salam,

Abang Hanafiah ketua rombongan takbir malam raya Surau Al-Hijrah melaporkan 8 buah rumah telah turut serta bertakbir di malam raya semalam. Majlis berlangsung sehingga 11.30 malam.

Dalam messagenya kepada saya, beliau sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua ahli karyah Surau Al-Hijrah.

Khai@BSP

Thursday, September 9, 2010

Solat Sunat Aidil Fitri Di Masjid Al-Azhar KUIS

Assalamualaikum kepada semua Muslimin/Muslimat warga Bandar Seri Putra.

Kepada Muslimin/Muslimat yang berHari Raya di Bandar Seri Putra, Masjid Al-Azhar menjemput tuan/puan semua menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri di Masjid Al-Azhar bermula jam 8:30 pagi. Kepada yang masih belum menunaikan tanggungjawab membayar Zakat Fitrah, sila hubungi Ustaz Muhammad Shuhaimi Alang Aziddin ditalian 0132084326 dan Ustaz Mohd Sofian Jamaludin ditalian 0129200467. Bayar segera sebelum Solat Sunat Hari Raya. Bayaran yang dibuat selepas Solat Sunat Hari Raya akan dikira sebagai sedekah. Elakkan bersesak-sesak di pagi raya. Solat Jumaat juga turut sama diadakan di masjid ini.

Sekian, Terima kasih.

--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237

Monday, September 6, 2010

Solat Sunat Aidil Fitri Di Surau AsSyakirin BSP


Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2010/09/solat-sunat-aidil-fitri-di-surau.html

Salam kepada semua Muslimin/Muslimat warga Bandar Seri Putra. InsyAllah lebih kurang 3 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijrah bersamaan 2010 M. Kepada Muslimin/Muslimat yang berHari Raya di Bandar Seri Putra, Pihak Jawatankuasa Pengurusan Surau AsSyakirin BSP menjemput tuan/puan semua menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri di :

  • Surau AsSyakirin Bandar Seri Putra (berhampitan Putra Terrace&Pangsapuri Seri Melati)
  • Bermula Jam 8.30 pagi
Sekian, Terima kasih.

Wassalam

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA
SURAU ASSYAKIRIN BANDAR SERI PUTRA-SEMESTINYA

Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Khai@BSP

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs295.snc4/41090_123832081000292_100001205032910_153933_5537493_n.jpg

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini.

Maaf jika ada terkasar bahasa serta kesilapan yang saya pernah lakukan secara sengaja atau tidak.

Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat-Nya selepas menempuhi Ramadan tahun ini.

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



=============================================================================
~ Khai ~
SP5 Online Payment for Monthly Security Fee:
Step 1 - Make payment to Maybank account 164100-278467 (Aziz bin Manas - Treasurer)
Step 2 - SMS to 019-211266 stating the amount and payment date.

JOM BINA
MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.

  • MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
  • CIMB ISLAMIC 12370000608108.
  • Bank Islam 12029010059585.
SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.

Bandar Seri Putra    //   { BSP Forum | Blog | Facebook }
Sekolah                      //   { SKBSP Forum | Facebook     //       { SRABSP Forum | Blog | Facebook }
Surau                         //    { Surau Al-Hijrah Forum | Blog | Facebook }
Komuniti                   //    { SP5 Forum | Blog | Facebook }   //    { Seri Mawar Forum | Blog | Facebook }
==============================================================================




Penutup aktivti Ramadan di Surau Al-Hijrah

Bandar Seri Putra, 3 September 2010.

Secara rasminya acara penutup Ramadan 1431H di surau Al-Hijrah telah berlangsung malam tadi. Majlis yang bermula seawal 6 petang dimulai dengan majlis khatam Al-Quran dan bacaan Al-Mathurat yang diketuai oleh Ustaz Nik Hilmizan. Bagaimanapun solat terawikh dan witir masih terus dijalankan sehingga akhir Ramadan yang dijangkakan akan berakhir sama ada Rabu atau Khamis mendatang. Ini sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal yang menandakan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam seluruh Malaysia.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs157.ash2/41203_10150253611490176_329327610175_14632685_7503065_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs403.snc4/46632_10150253611595176_329327610175_14632689_2369906_n.jpg

Majlis berbuka puasa seterusnya juga meriah dengan sumbangan hidangan berbuka puasa oleh katerer rasmi surau, saudara Mazni. Jemaah dihidangkan dengan jamuan nasi ambang yang asalnya diperkenalkan oleh etnik Jawa. Jemaah dihidangkan dalam dulang sebagai salah satu cara mempereratkan ukuwah ikatan silaturrahim antara ahli karyah. Manakala, pembasah tekak, saudara Mazni telah menyediakan air mata kucing. Menurut beliau tidak susah mendapatkan sumber air mata kucing. Ianya boleh diperolehi daripada kedai-kedai herba cina sekitar Bangi. Katanya lagi yang tidak lokek berkongsi resepi, tidak susah menyediakan air mata kucing yang menjadi idaman ahli karyah surau Al-Hijrah ini. Kalau hendak buat sendiri pun boleh, katanya lagi sambil tersenyum dalam keletihan berpuasa.

Penulis sempat juga menyampaikan ucapan penghargaan kepada saudara Mazni yang telah bermurah hati menyumbang bubur lambuk yang diedarkan secara percuma di surau setiap hari bekerja. Manakan tidak ucapan tersebut diucapkan, anak-anak penulis sendiri menjadikan hidangan berbuka dan juga bersahur yang kadangkala nasi yang dimasak tidak diusik kerana kurang selera. Tetapi bubur lambuk tampak menyelerakan bagi mereka terutama waktu bersahur. Juga anak penulis yang tidak berpuasa menjadikan bubur lambung tersebut sebagai sarapan pagi. Disamping itu, pelbagai cara menikmatinya juga telah dikongsi oleh ahli karyah lain seperti menambah sambal atau sup kepada bubur tersebut untuk menambah citara sendiri.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs203.ash2/46598_10150253611780176_329327610175_14632696_4807477_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs305.ash2/58487_10150253612060176_329327610175_14632707_3522869_n.jpg http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs305.ash2/58487_10150253612065176_329327610175_14632708_189597_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs625.snc4/58487_10150253612070176_329327610175_14632709_5993727_n.jpg http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs299.snc4/41270_10150253612365176_329327610175_14632710_5241924_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs299.snc4/41270_10150253612370176_329327610175_14632711_2857407_n.jpg http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs299.snc4/41270_10150253612375176_329327610175_14632712_7380801_n.jpg

Majlis diteruskan dengan penghargaan kepada imam muda yang mengimamkan jemaah sepanjang bulan Ramadan, Ustaz Malek dan Ustaz Tholhah. Ia juga sebagai penanda akhirnya tugas mereka untuk Ramadan ini kerana mereka akan bertolak ke kampung halaman masing-masing pada lewat malamnya. Bagi pihak surau A-Hijrah, setinggi-tinggi penghargaan kepada ustaz berdua.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs299.snc4/41270_10150253612390176_329327610175_14632715_6589896_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs159.ash2/41270_10150253612400176_329327610175_14632717_2793454_n.jpg

Tidak lupa juga ahli jemaah menunaikan zakar fitrah di surau kepada amil kita Ustaz Nik Himizan sendiri. Menurut Ustaz Nik, beliau pun agak terlewat dibekalkan dengan resit zakat tersebut dan hanya sempat memungutnya dalam masa yang singkat.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs304.ash2/58389_10150253612755176_329327610175_14632727_1484220_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs299.snc4/41270_10150253612405176_329327610175_14632718_865254_n.jpg  http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs624.snc4/58389_10150253612765176_329327610175_14632729_544443_n.jpg

Penutup majlis adalah dengan hidangan moreh dari katerer yang sama selesai solat terawikh dan witir. Kali ini ahli karyah di hidangkan dengan pulut kuning bersama kari ayam dan juga serunding. Ini sinonim dengan mana-mana majlis khatam Al-Quran  di Malaysia. Ianya menarik minat ahli karyah disamping air mata kucing dan teh 'o' yang sedia tersedia sedari waktu berbuka puasa lagi.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs409.snc4/47206_10150253613030176_329327610175_14632736_2103974_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs429.snc4/47206_10150253613050176_329327610175_14632740_929439_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs429.snc4/47206_10150253613055176_329327610175_14632741_7510917_n.jpg

Album gambar keseluruhan di sini: http://www.facebook.com/album.php?aid=484981&id=329327610175&ref=mf

Bagi pihak surau Al-Hijrah, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan meninggalkan Ramadan. Semoga kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadan tahun-tahun mendatang.

-Khai@BSP-

Thursday, September 2, 2010

Agihan bubur lambuk siri ke-4

  http://www.cuisineonline.pk/wp-content/uploads/2010/08/bubur-lambuk.jpg
Assalamu alaikum wr wb wm.

Datuk/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang mulia,

InsyaAllah petang ini adalah siri terakhir agihan bubur labuk percuma anjuran Bangi Heights Development Sdn Bhd bersama Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra. Jemput semua pengerusi dan AJK masing-masing persatuan penduduk/skim turun padang bagi memeriahkan suasana ini. Butirannya seperti berikut:
1. Tarikh: 24 Ramadhan 1431/3 Sep 2010
2. Hari : Jumaat
3. Masa: 4.30 petang
5. Tempat : Sales Gallery

Wassalam terima kasih.


Ahmad Yusof 019-359 8489

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. CIMB ISLAMIC 12370000608108. BANK ISLAM 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.

Harapan ADUN Bangi

Dipetik daripada: http://masjidat-taqwabukitmahkota.blogspot.com/2010/09/harapan-adun-bangi.html



YB TUAN DR. SHAFIE ABU BAKAR:

" Begitu juga di tempat kami, begitu banyak permohonan-permohonan untuk mendirikan masjid-masjid umpamanya Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota yang saya sebutkan tadi, dua-dua bandar di sini belum ada sebuah masjid pun. Setakat ini mereka menumpang di masjid KUIS(Kolej Universiti Islam) di Seri Putra itu sendiri tetapi bila menumpang tempat orang kita tidak boleh buat pandai-pandai ya, kita nak pergi beribadat pun mesti mengikut aturan maklum sahaja masuk ke dalam sebuah institusi dan kita tidak bebas sebab itu penduduk di sini telah memohon supaya didirikan di sini sebuah sekurang-kurangnya sebuah masjid dahulu yang lebih baik setiap bandar itu, Bandar Seri Putra dan Bandar Bukit Mahkota masing-masing seharusnya mempunyai masjid-masjid yang sendiri..yang tersendiri. Itulah harapan kita terutama daripada ADUN Bangi supaya apa yang kita dibangkitkan dapat perhatian oleh semua
pihak yang berkenaan. Sekian Tuan Speaker, terima kasih."...

Artikel dipetik & disunting daripada sidang
DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT KEDUA
Shah Alam, Khamis 09 Julai 2009

Majlis Khatam Al-Quran dan Penghargaan Petugas

Assalammualaikum,

Insya-Allah pada petang ini, Jumaat 3 September 2010, mulai 6 petang, satu majlis akan dilangsungkan di Surau Al-Hijrah.
Berikut butirannya:

Majlis Khatam Al-Quran dan Penghargaan Petugas
Tarikh: Jumaat, 3 September 2010
Masa: Mulai 6 petang
Aktiviti:
Khatam Al-Quran
Bacaan Al-Mathurat
Berbuka Puasa
Solat Berjemaah
Penghargaan Petugas

Semua ahli karyah adalah dijemput hadir untuk sama-sama menjayakan majlis tersebut.

Bagi pihak Surau Al-Hijrah
http://surau-al-hijrah.blogspot.com

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More