Dijemput kepada semua Anak Kariah Surau Al-Hijrah untuk bersama-sama BERGOTONG-ROYONG di surau kita bagi memperkemas dan memperelokkan apa yang ada supaya kita bersedia untuk bulan Ramadhan yang menjelang tiba. Lebih ramai kita, lagi banyak perkara yang boleh kita lakukan. Surau yang kita bina ni pun dah semakin uzur, jadi sementara belum tukar kepada surau baru marilah kita mengambil pahala daripadanya sedikit sebanyak.
Kita juga akan bersama-sama bergotong-royong memasak gulai kawah. Perkara yang dah lama kita tak lakukan bersama-sama. Masak & makan di surau Kali ini dengan diketuai oleh Chef Rozizan & Pengurusan Mazni, Insyaallah gulai kawah ini akan menjadi sebutan ramai.
Insyaallah, selepas Maghrib kita akan mengadakan majlis bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat agar roh yang telah pergi, kita yang masih ada dan kejiranan kita semua selamat dari sebarang bencana. Selepas itu, kita akan sama-sama berkemas.

Sekian, wassalam.
Diterbitkan oleh Biro Hebahan & Komunikasi Surau Al-Hijrah. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, pendapat ataupun aduan, sila email kepada info.alhijrah@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment