Monday, May 10, 2010

Perpustakaan Desa, Desa Mahkota

Salam,

Dijemput kepada semua penduduk sekitar Desa Mahkota , serta penduduk di sekitarnya Kg SG Kembong Hilir, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Sri Putra untuk sama-sama membudayakan hidup anda menikmati pembacaan, mempertingkatkan pencapaian ilmu melalui bahan-bahan bacaan ilmiah.

Keahlian adalah secara PERCUMA. Perkhidmatan ICT secara percuma.
Untuk maklumat lanjut hubungi kami 03-8926 2720. Boleh juga lawati laman web kami http://pddesamahkota.blogspot.com

====================

Perpustakaan Desa
Desa Mahkota telah dibuka pada 14.02.2006.

Perpustakaan Desa sebelumnya diwujudkan oleh agensi-agensi Kerajaan seperti RISDA, KEMAS, FELDA dan sebagainya. Pada asalnya perpustakaan desa diwujudkan di balairaya, dewan orang ramai, bilik bacaaan atau mana-mana tempat yang difikirkan sesuai dan mudah dikunjungi oleh masyarakat setempat. Walaubagaimanapun mulai Rancangan Malaysia ke & (RMK 7), Kerajaan persekutuan melalui Perpustakaan Negara Malaysia telah memberi peruntukan untuk pembinaan bangunan perpustakaan desa. Dengan Penubuhan bangunan perpustakaan yang tersendiri, ia dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perpustakaan desa kepada masyarakat.


Perpustakaan desa diwujudkan adalah untuk membolehkan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pembacaan dan prasarana ilmu yang lengkap dan menyeluruh. dengan ini ia akan dapat membantu mempertingkatkan pencapaian pendidikan pelar melalui penyediaan bahan-bahan tambahan dan menimba ilmu pengetahuan. Disamping itu, pengwujudan perpustakaan desa akan dapat membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaaan yang disedikan. Kesedaran klepada kepentingan ilmu pengetahuan ini dapat dipupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti perpustakaan desa.

Pengawasan perpustakaan desa di seluruh negeri adalah di bawah tanggungjawab pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam negeri. Satu jawatankuasa kecil yang terdiri daripada penduduk setempat contohnya Jawatankuasa keselamatan Kemajuan Kampung dipertangungjawabkan untuk mengasai keselamatan perpustakaan desa.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More