Sunday, April 11, 2010

UPDATE Pendaftaran Anak Qariah dan Khairat Kematian

Assalamualaikum semua,
1) KHAIRAT KEMATIAN

Sehingga semalam kita telah berjaya mengumpul seramai lebih kurang 120 orang ahli untuk Khairat Kematian iaitu lebih kurang 30% (jumlah rumah SP5 152 unit + Putra Tropika 259 unit + Anjung Suasana 50 unit = 451 unit). Untuk makluman semua sebagai Penguasa Tanah Perkuburan Bandar Seri Putra, pihak Surau As-Syakirin telah menetapkan bahawa Khairat Kematian bagi seksyen 5,6,dan 8 iaitu SP5, PUTRA TROPIKA dan ANJUNG SUASANA adalah dibawah pengurusan Surau Al-Hijrah.
Jumlah wang yang berjaya dikumpul setakat ini adalah lebih kurang RM6000.00 (120 ahli X RM50.00 seorang). Wang ini puratanya hanya cukup untuk menampung  4 kematian sahaja pada tahun ini dan jika lebih dari itu pihak surau terpaksa mengeluarkan duitnya sendiri. Walaubagaimanapun pihak surau berharap lebih ramai yang akan turut serta menyertai Skim Khairat Kematian dalam masa terdekat ini.
Jika tiada kematian jumlah terkumpul tahun ini akan dibawa ketahun hadapan dan apabila ditambah kutipan tahun hadapan maka jumlahnya sudah tentu dapat menampung lebih banyak kematian.
Pendaftaran masih lagi dibuka sila hubungi mana2 AJK Surau (SILA RUJUK NOMBOR TELEFON MEREKA DI PAPAN KENYATAAN SURAU)
2) PENDAFTARAN ANAK / AHLI QARIAH SURAU

Untuk makluman semua 24 April ini pihak surau akan mengadakan mesyuarat agung (semua yang berdaftar sebagai Anak Qariah dijemput hadir) seperti yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mesyuarat itu akan dihadiri dan di pantau oleh seorang pegawai dari JAIS. Seperti arahan JAIS semua nama-nama anak / Ahli Qariah yang berdaftar di ketiga-tiga seksyen ini mesti dipamerkan dipapan kenyataan surau (MEREKA YANG BERDAFTAR INI LAYAK MENGUNDI ATAU DI CALONKAN SEBAGAI AJK SURAU DIMASA AKAN DATANG).
Bagi mereka yang telah berdaftar untuk Khairat Kematian mereka dan anak-anak mereka yang berumur 18 tahun ke atas secara automatiknya akan didaftarkan oleh JAIS sebagai Ahli Qariah Surau.
Tarikh tutup 10 April 2010 bagi pendaftran Anak Qariah adalah hanya sebagai tarikh tutup mesyuarat pada 24 April 2010 ini, walaubagaimanapun pendaftaran akan terus dibuka untuk semua termasuklah mereka yang baru berpindah.
Dengan pendaftaran Anak-Anak Qariah ini surau akan diletakkan dibawah pandaftaran JAIS dan juga melayakkan surau mendapat bantuan dan sumbangan dari JAIS.
Kami sedia menerima maklum balas dan cadangan2 yang membina.
Wassalam
AZMISAAD
cc En.Zaini Buang wakil penduduk Anjung Suasana

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More