Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Tuesday, April 30, 2013

Gambar/Video: Diskusi bersama Ustaz Hasnan Kassan (UKM) di SRABSP

Semalam telah berlangsung Diskusi Ibubapa Prihatin Anak Cemerlang yang akan disampaikan oleh Ustaz Hasnan Kassan (dari UKM).
Alhamdulillah kehadiran sangat baik daripada ibubapa dan warga Bandar Seri Putra.
Terima kasih kepada semua yang hadir.

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3

Inline images 4

Inline images 5

Inline images 6

Inline images 7

Inline images 8

Inline images 9


Sedikit sedutan diskusi oleh Ustaz Hasnan Kassan di SRA Bandar Seri Putra

SRABSP: Diskusi Ibubapa Prihatin Anak Cemerlang oleh Ustaz Hasnan Kassan (1/3)

SRABSP: Diskusi Ibubapa Prihatin Anak Cemerlang oleh Ustaz Hasnan Kassan (2/3)

SRABSP: Diskusi Ibubapa Prihatin Anak Cemerlang oleh Ustaz Hasnan Kassan (3/3)

Monday, April 22, 2013

[Al-Hijrah] Mesyuarat Khas Malam Ini (23/4) Selepas Isyak

Inline images 1

Dato' Pengerusi menjemput Tuan/Puan ke Mesyuarat Khas Surau pada malam ini (23 April 2013) khusus bagi perbincangan Tabung Dana & Wakaf Penambahan Surau. Mesyuarat akan dijalankan selepas Solat Isyak. Diminta Tuan/Puan dapat melapangkan masa dan bersama-sama menyumbang buah fikiran bagi tujuan tersebut.
Sekian, terima kasih.

Harap maklum.

 
Sekian, wassalam.
Sebarang sumbangan bagi pembangunan & penyelenggaraan Surau baharu boleh disalurkan melalui :

http://surau-al-hijrah.blogspot.com

(Video) Kuliah Maghrib (21 April) bersama Dato' Ustaz Daud Che Ngah


Alhamdulillah, kuliah berjalan lancar dengan penonton digeletek dengan teka-teki ustaz dan perkongsian membentuk keluarga bahagia dengan mengupas semula kejadian Adam dan Hawa.

Dikongsikan video:

Playlist kuliah

Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (1/9)
http://www.youtube.com/watch?v=PLfyVu5nZG8#]Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (1/9)

Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (2/9)
http://www.youtube.com/watch?v=vrwQ5I0zUpc#]Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (2/9)

Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (3/9)
http://www.youtube.com/watch?v=_jqsvMwRmYA#]Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (3/9)

Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (4/9)
http://www.youtube.com/watch?v=UpgbOsPkwXo#]Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (4/9)

Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (5/9)
http://www.youtube.com/watch?v=XBYZE_bFpAk#]Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (5/9)

Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (6/9)
http://www.youtube.com/watch?v=bt4n_RxYwvQ#]Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (6/9)

Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (7/9)
http://www.youtube.com/watch?v=HTYeFN_pwqA#]Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (7/9)

Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (8/9)
http://www.youtube.com/watch?v=gnz1LQ5Yrjw#]Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (8/9)

Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (9/9)
http://www.youtube.com/watch?v=R1dnKDzmrvo#]Kuliah bersama Ustaz Daud Che Ngah (9/9)

Inline images 1

Bagi yang ingin menyumbang secara online atau cek, berikut maklumat bank pembayar.

Bank: Bank Muamalat
No akaun: 1207-0005265-71-8
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika
Alamat: Surau Al-Hijrah, Jalan Seri Putra 6/3, Bandar Seri Putra, 43000 Bangi, Selangor.
No pendaftaran: JAI.SEL.BMP/01/034/310

Berikut langkah-langkah pemindahan online bagi memudahkan rekod bendahari surau:
1- Buat pemindahan ke nombor akaun di atas (email suraualhijrah@bandarseriputra.com, jika diperlukan)
2- SMSkan maklumat pemindahan (jumlah, masa dan rujukan jika ada) kepada 012-3666764.

Diucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.
Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT.

CAR BOOT SALE | AHAD | 28/4

Inline images 1

CAR BOOT SALE

AHAD INI - 28/4

8 - 11 pagi

Tapak Pasar Malam Bandar Seri Putra

Friday, April 19, 2013

Projek Pembinaan Surau Al-Hijrah Fasa Ke-2






Inline images 1

Assalammualaikum.

Ahli karyah Surau Al-Hijrah yang dikasihi Allah.

Untuk makluman semua ahli karyah, projek pembinaan Surau Al-Hijrah Fasa ke-2 telah pun bermula. Projek tersebut akan membina ruang solat tambahan (tidak berdinding) dibelakang ruang solat utama. Ruang solat utama tidak akan diakan ada sebarang perubahan dan boleh digunakan seperti biasa.

Bagaimanapun, tempat wuduk wanita telah diletakan concrete brc. Maka jemaah wanita diminta berhati-hati semasa mengambil wuduk atau sebaik-baiknya ambil dirumah.

Pembinaan dijangka berjalan selama 2 bulan dari sekarang. InsyaAllah akan siap sebelum ramadan.

Bagi menampung pembiayaan projek Fasa ke-2 ini, pihak surau melancarkan program wakaf sebanyak 2,100 lot dengan jumlah wakaf RM100/lot.

Pihak kami sangat mengalu-alukan sumbangan dari semua ahli karyah. Kami juga mohon diwar-warkan kepada rakan dan sahabat yang lain.

Bagi yang ingin menyumbang secara online atau cek, berikut maklumat bank pembayar.

Bank: Bank Muamalat
No akaun: 1207-0005265-71-8
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika
Alamat: Surau Al-Hijrah, Jalan Seri Putra 6/3, Bandar Seri Putra, 43000 Bangi, Selangor.
No pendaftaran: JAI.SEL.BMP/01/034/310

Berikut langkah-langkah pemindahan online bagi memudahkan rekod bendahari surau:
1- Buat pemindahan ke nombor akaun di atas (email suraualhijrah@bandarseriputra.com, jika diperlukan)
2- SMSkan maklumat pemindahan (jumlah, masa dan rujukan jika ada) kepada 012-3666764.

Diucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.
Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT.

Harap maklum.

 
Sekian, wassalam.
Sebarang sumbangan bagi pembangunan & penyelenggaraan Surau baharu boleh disalurkan melalui :

http://surau-al-hijrah.blogspot.com

Wednesday, April 17, 2013

Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Feb & Mac 2013

FYI

---------- Forwarded message ----------
From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>



(Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=529841180405404&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM3,742,942.96 (berakhir bulan Mac 2013).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-40 pada 6 April 2013 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Mac 2013 = RM152,380.08
  • bulan Feb 2013 = RM82,959.94
  • bulan Jan 2013 = RM115,641.58 (UPDATED)
Pungutan ini masih KURANG DARIPADA SASARAN RM200,000 sebulan supaya dapat menampung kos pembinaan. Tabung Pembinaan masih memerlukan RM2,757,057.04* lagi. Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Sedikit Perkembangan Terkini:

JK Teknikal melaporkan status terkini tapak pembinaan masjid:

1. Kontraktor telah masuk ke tapak dan melakukan kerja-kerja seperti:

  • membersihkan seluruh kawasan
  • meletakkan kabin-kabin untuk site office dan bilik mesyuarat
  • membina rumah-rumah pekerja
  • meletakkan bahan-bahan binaan seperti batang-batang besi
  • memohon bekalan elektrik dengan TNB dan bekalan air dengan Syabas
2. Walaubagaimanapun, sehingga kini (tarikh mesyuarat) belum ada aktiviti berat dilakukan.
3. Tanah di tapak pembinaan masjid tidak perlu ditambak kerana parasnya sudah tinggi.
4. Pintu masuk sementara digunakan bagi memudahkan kenderaan dan jentera keluar-masuk.
5. Mesyuarat Projek Pertama di tapak akan dilangsungkan pada hari Rabu, 17hb April 2013, bermula jam 10.00 pagi


Nota:
  • Jumlah kutipan yang dilaporkan sebelum ini HANYA MENGAMBIL BAKI TUNAI DALAM AKAUN. Mulai bulan Okt 2012, laporan akan memaparkan JUMLAH SEBENAR YANG DIKUTIP (termasuk perbelanjaan yang telah dikeluarkan)
  • * Bangi Heights telah mengesahkan pledge RM1 juta untuk Tabung Dana Pembinaan Masjid, dan penyerahan wang tersebut kepada JK Pembinaan Masjid akan dilakukan dalam jangka masa terdekat. (Mengikut maklumat terkini - JANGKAAN BULAN MEI 2013)
Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

__._,_.___

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.
    * MAYBANK ISLAMIC 562834504024.
    * CIMB ISLAMIC 12370000608108.
    * Bank Islam 12029010059585.
SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.

Monday, April 15, 2013

Surau Al-Hijrah: Kuliah Maghrib bersama Dato' Ustaz Daud Che Ngah

Inline images 1

Kuliah Maghrib Bersama Jemputan Khas

Dato' Ustaz Hj Md Daud Che Ngah

21 April 2013 (Ahad)

Surau Al-Hijrah
Jalan Seri Putra 6/3, Bandar Seri Putra
Koordinat GPS: 2.88647, 101.77648

Semua jemaah seisi keluarga dijemput hadir.
Mohon diwar-warkan | SILA DATANG AWAL, ruangan terhad.
Sumbangan juadah/potluck amat dialu-alukan.

Inline images 2

Sunday, April 14, 2013

Blog ADUN Bangi: Pelajar KUIS Sertai Gotong Royong Penduduk Seri Putra

Pelajar KUIS Sertai Gotong Royong Penduduk Seri Putra

7:05 AM    No comments

-->

Bandar Seri Putra, Bangi, 11 Jamadil Awwal 1434 = 23 Mac 2013 (Sabtu):

Paling tidak bagi penggal Adun Bangi (2008-2013) Bandar Seri Putra memecah rekod dari segi mengadakan Kempen Kebersihan selama tiga minggu berturut-turut, Kempen yang dianjur oleh Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra itu dengan kerjasama Pejabat Adun bermula dengan gotong royong pada 9 Mac 2013 di Kawasan Kedai Utama berhadapan dengan Post Office yang disertai Pemaju, Syarikat Pembersih dan MPKj, diikuti pada 17 haribulan berhadapan dengan kedai setingkat Seksyen 5 Bandar Seri Putera juga mendapat sponsor dari peniaga-peniaga. Keesokannya Persatuan Penduduk menganjurkan Sambutan 10 Tahun Bandar Seri Putra. Terakhir dan puncak dari gotong royong ialah pada 23 Mac 2012 yang tumpuan utama ialah sekitar Tapak Masjid (Al-Mustaqim) bakal didirikan dan  berhadapan dengan Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menegah Bandar Seri Putra. Kesemua kegiatan di atas Adun berkesempatan hadir dan menyaksikan sendiri semua kegiatan.


Gotong royong pada hari ini ada kelainan dari gotong royong yang diadakan sebelum daripada ini, kerana pada hari ini disertai oleh pelajar-pelajar dari KUIS yang kampusnya berdekatan dengan tempat bergotong royong (Jalan masuk). Peserta-peserta hari ini berjumlah dalam lingkungan 50 orang dalam mana peserta dari KUIS ialah seramai 13 orang, 8 perempuan dan tiga lelaki. Penyertaan dari agensi-agensi juga memuaskan iaitu Kontrektor dari Bangi Height menghantar serama 6 pekerja, Kontrektor Sampah menghantar 2 pekerja dan pihak MPKj menghantar 3 pekerja. Walau bagaimana peserta-peserta gotong royong – terutamanya dari penduduk relatifnya sedikit. Miusalnya terdapat 4 buah lori untuk mengangkut sampah dan sampah yang dihasilkan tidak cukup bagi diisi di dalam lori. Sebenarnya dilihat dari jumlah peserta-peserta bagi ketiga-tiga gotong penyertaan agak kecil. Penduduk-penduduk semacam tidak memberi perhatian. Mungkin mereka berpendapat tugas pembersihan adalah tugas MPKj dan syarikat-syarikat yang sudah sedia wujud. Dalam hal ini pihak agensi-agensi lebih memberi respond terhadap anjuran bergotong royong. Fokus gotong royong nampaknya adalah ringan, iaitu membersih dan memungut sampah di tepi-tepi jalan. Barang kali pemilihan tempat kurang bersesuaian. Mengapa tidak difokuskan misalnya kepada Tapak Masjid yang agak semak dengan lalang dan tumbuhan yang difahamkan akan dimasuk untuk dibangunkan dalam masa terdekat. Fokus juga boleh terhadap Tanah Perkuburan – membersih semak-semak dan menanam pokok-pokok hiasan dan bunga-bungaan yang sesuai sebagai tanah perkuburan. Singnage bagi Tapak Masjid dan Perkuburan barangkali patut dibuat secara lebih baik dan menarik.


Walau apa pun usaha yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk haruslah diberi pujian. Walaupun ada agensi-agensi yang seharusnya bertanggungjawab bagi pembersihan, tapi kosep gotong royong sekali sekali  mempunyai fungsi yang tersendiri. Gotong royong walaupun tidak dapat mencapai objektif sepenuhnya – membersih kawasan yang masih tidak menyeluruh diberi tumpuan untuk bersih, tetapi ada objektif yang lain umpamanya dapat berkenalan dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Selain dari berkenalan banyak ruang yang terbuka bagi bertukar-tukar fikiran dan sebagainya.


Pada dasarnya Bandar Seri Putra antara Bandar yang teratur dan bersih di Dun Bangi, usaha bergotong royong dapat menanamkan cinta kebersihan. Diharap Bandar Seri Putra yang cantik dengan landscape dan bersih dapat dipertahankan kebersihan dengan identiti
`Seri Putra Bandar Bersih, Hijau Dan Menarik`.

Sekian.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More