Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad
Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz
Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)
Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi
Sumbangan untuk surau...
No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika
Aidiladha disambut meriah
Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha
Thursday, February 28, 2013
Wednesday, February 27, 2013
SRABSP: Jualan Amal (TShirt I Love SRA) bagi Tabung Pembinaan Surau
Sempena AGM PIBG kali ke-4 Sabtu ini (2 Mac 2013), PIBG akan melancarkan projek bagi tahun 2013 untuk membina Surau buat sekolah.
Antara langkah mengumpul dana PIBG telah melaksanakan pengajuran Carboot Sale, menyediakan tabung disebarang program setempat dan kini PIBG membuat Jualan Amal T-Shirt "I Love SRA Bandar Seri Putra".
Tempahan boleh dibuat secara online (https://docs.google.com/forms/d/1v3hComyrSw8AONGw9-t0qdv5yxw_LDLLDbl1w8srq58/viewform) atau SMS kepada Khai 012-2655203. Pengambilan semasa AGM Sabtu ini di sekolah. Terdapat tiga pilihan untuk dipilih. Pilihan ditangan anda.
"Mai Beli Satu"
Satu lagi Projek Barisan PIBG SRABSP
SRABSP: Mesyuarat PIBG KE-4, Sabtu 2 Mac - Andalah VIP Kami
Ibubapa jgn lupa mesyuarat kita Sabtu ini.
"Sepakat membina Ummah masa depan"
Insya-Allah jika tiada halangan PIBG akan kepilkan dokumen mesyuarat di sini (online) selewat-lewatnya esok bagi ibubapa menyemaknya sebelum hadir mesyuarat nanti. Diharap ini akan menjadikan mesyuarat PIBG kita lebih efektif.
Untuk Sabtu ini, ibubapalah VIP kami!
Sekilah aturcara mesyuarat agung seperti berikut:
8.00 - Sarapan pagi
8.30 - Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
8.40 - Bacaan Doa / Pembentangan laporan PIBG oleh YDP
9.00 - Ucapan Guru Besar
9.20 - Mesyuarat agung bermula
- perkara berbangkit
- pembentangan dan pengesahan laporan kewangan 2012
- perbahasan usul dan cadangan
- hal-hal lain
- ucapan penangguhan
10.00 - Ramah mesra dan bersurai
Nota:
- Acara akan bermula tepat jam 8.30 pagi walaupun korum tidak mencukupi bagi menghormati masa semua pihak
- Tiada pemilihan AJK kerana tempoh AJK sekarang sehingga tahun hadapan
Taklimat Pencalonan Baru AJK Surau Al-Hijrah 2013-2016
Sunday, February 24, 2013
Bebarapa Makluman Terkini PPBSP
MAKLUMAN PASAR MALAM: Lokasi pasar malam sekarang (hadapan tapak pembinaan masjid) akan dipindahkan setelah diluluskan dalam mesyuarat Bahagian Perlesenan MPKj pada 22 Feb 2013. Pasar malam akan kembali ke tapak asal dihadapan Sales Gallery Bangi Heighs lama.
2) Bantahan Penjualan Arak Speedmart99 TIP
3) Gotong-Royong 9, 17 dan 23 Mac 2013
4) Hari Keluarga BSP 2013, 16 Mac 2013
Pusing kereta sebelum bergerak. Anda mampu menyelamat nyawa.
Proses yang mudah yang mungkin menyelamatkan nyawa.
https://docs.google.com/file/d/0B6bFqkxsXtWnRFFoYk82d21JblE/edit?usp=sharing
Monday, February 18, 2013
Gotong-Royong Perdana BSP 2013 (Sempena 10 Tahun BSP)
PER: GOTONG-ROYONG PERDANA BSP 2013
Sukacita dimaklumkan pihak PPBSP akan mengadakan satu program kemasyarakatan iaitu Gotong-Royong Perdana BSP 2013 pada 9, 17 dan 23 Mac 2013.
2. Butiran program ini adalah seperti berikut:
a. 9 Mac 2013 Sabtu – kawasan bangunan kedai 3 tingkat dan jalan sekitarnya
b. 17 Mac 2013 Ahad – kawasan bangunan kedai 1 tingkat dan jalan sekitarnya
c. 23 Mac 2013 Sabtu – sepanjang jalan Persiaran Putra 1 dan 2.
3. Sehubungan dengan itu, tuan adalah dijemput bersama menjayakan program ini dan juga kami sangat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberi sumbangan bagi membiayai sebahagian kos program.
4. InsyaAllah YB Dr Shafie Abu Bakar akan meramsikan majlis pelancaran Gotong-Royong Perdana pada 9 Mac 2013.
Carboot Sale 24 Feb 2013
Come register for the Car Boot Sale on 24 Feb (Sunday) at Tapak Pasar Malam, Bandar Seri Putra. Organised by SRA Bandar Seri Putra. Since it is unshaded please do bring along umbrella, sun glasses. We are looking at the possibility to relocate. Hopefully the Car Boot Sale in March will be in a shaded area. Till then please bear with us. For more information please call me (Iqbal) 012 6563033 or visit goodscycle@wordpress.org
Sunday, February 17, 2013
MUZAKARAH PENGURUSAN JENAZAH 23 & 24 FEB
Dato/Tuan,
MUZAKARAH PENGURUSAN JENAZAH
Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa Surau As Syakirin akan mengadakan majlis Muzakarah Pengurusan Jenazah pada 23 dan 24 feb ini (aturcara dilampirkan)
Objektive dan matlamat muzakarah ini adalah seperti berikut.
1. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang pengurusan jenazah antara surau-surau di sekitar Bandar Seri Putra dan Impian Putra.
2. Memperkemaskan dan menambahbaik prosidur pengurusan jenazah antara surau-surau di Bandar Seri Putra dan Impian Putra.
3. Membina jaringan antara surau-surau untuk menyebar maklumat berhubung dengan pengurusan jenazah termasuk apabila ada berlaku kematian ahli kariah setempat.
Dengan ini segala hurmatnya kami ingin mengundang pihak menjayakan muzakarah ini.
Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan yang telah mempunyai pengelaman didalam pengurusan jenazah sama-sama memberi tunjuk ajar semasa aktiviti praktikal dan sessi muzakarah nanti.
Sekian, atas sumbangan dan kerjasama pihak tuan sama sama menjayakan muzakarah nanti, kami dahului dengan ucapan ribuan terimakasih.
Yang benar
HJ ABDUL RANI HJ MOHAMED
Pengerusi
Surau As Syakirin
Thursday, February 14, 2013
Gotong-royong bersama YB Dr. Shafie Ahad 17 Feb 2013
Friday, February 1, 2013
Hari Ini: Forum Maulidur Rasul BSP 1434H
- Ustaz Dr. Azhar Yacob (UTM)
- Ustaz Dr. Syauqi Othman (UPM)
- Ustaz Nushi Mahfodz (KUIS)
Hari Ini: Jemputan Ke majlis Doa Selamat Hj Shaari & Forum Maulidurrasul