Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Sunday, September 30, 2012

Blog ADUN Bangi: Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2012/09/ramah-mesra-karnival-keluarga-2012.html

Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra mengadakan Majlis Ramah Mesra, Bandar Seri Putra 2012 bertempat di Padang Permainan SP 5 dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Difahamkan Majlis ini menggantikan hari raya Eidul Fitri yang tidak berkesempatan masa diadakan. Majlis ini menjemput keseluruhan penduduk yang terdiri dari 20 taman


yang mempunyai 18 persatuan penduduk di bawah Persatuan Penduduk Induk Bandar Seri Putra. Jumlah penduduk keseluruhan adalah 30,000 penduduk. Persatuan Penduduk Induk diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Yusof selaku Yang Dipertua dan Timbalan YDP ialah En. Mustafa Kassim, En. Khairi Anuar selaku Setiausaha dan En. Arzok bin Nasar selaku Bendahari. Antara tamu-tamu yang hadir ialah YB Dr. Shafie bin Abu Bakar Adun Bangi, Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj Zon 24, En. Zulkifli Gharib Pengarah Operasi UM Land, En. Arzok Nasar selaku Pengarah Program, Datuk-Datuk, para jemputandan penduduk.  Bagi menampung hadirin berpuluh khemah didirikan dan difahamkan pihak AJK penduduk bergotong royong menyediakan tempat dan juga makanan.


Majlis bermula jam 10.00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Ahmad Yusof YDP Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra. Menurut YDP tema majlis sambutan pada tahun ini ialah``Jiran Didahulukan, Kesepakatan Diutamakan``. Menurutnya, berbagai pembangunan yang dapat disaksikan berlaku di Bandar Seri Putra, termasuklah Masjid Al-Mustaqim yang diharap kepada sokongan penduduk menyiapkannya. Beliau juga berharap kerjasama dari semua pihak bagi menjadikan Bandar Seri Putra sebagai tempat ideal bagi didiami, iaitu dengan mengamalkan sifat kejiranan dan mengambil berat dari segi keamanan dan membuat cadangan-cadangan membina bagi persatuan

Adun Bangi yang diminta menyampaikan ucapan ringkas berterima kasih di atas jemputan dan sukacita melihat kerjasama di kalangan penduduk sehingga dapat mengadakan Majlis Ramah Mesra yang amat berjaya. Majlis seumpama ini sesungguhnya dapat mengiratkan hubungan di kalangan penduduk dan memupuk rasa kasih sayang terhadap tempat mereka tinggal. Kita perlu tanamkan rasa kasih sayang di kalangan kita dan anak-anak generasi kita terhadap keluarga dan tempat tinggal agar mereka dapat hidup dan subur dengan lebih selesa. Wujudkan tempat yang menjadi tempat kebiasaan mereka seperti Sekolah, masjid, surau, perpustakaan, tempat bermain dan bersukan. Ini semua menjadi ingatan mesra kepada mereka dan merasa kasih sayang kepada tempat tinggal mereka. Adun bersukacita melihat Bandar Seri Putra sebagai sebuah Bandar Teratur dan Bersih. Keadaan ini perlu dipertahankan dan usaha mempertingkatkan keadaan Bandar Seri Putra perlu terus dilakukan melalui persatuan penduduk, masjid, surau ahli majlis, pemaju  dan Adun. Kerjasama pula hendaklah berterusan. Kita akan terus memberi sokongan bagi merealisasikan hasrat penduduk.Majlis diisi dengan nasyid dari pasti, cabutan nombor bertuah dan jamuan.


Thursday, September 27, 2012

[Surau Al-Hijrah] Peringatan

Jemputan Majlis Kenduri
1. Majlis Kenduri Aqiqah - Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat 
   Rumah Tuan Abu Zarim bin Husin
   No 16 JSP 5/5 (Seri Putra 5 - SP5)
   Tarikh : Ahad - 30 September / Jam 11.00 pagi

Sisa binaan batu di tapak Surau Al-Hijrah akan diruntuhkan oleh sebuah jentolak pada hari Sabtu ini jam 8.00 pagi
Kepada para jemaah yang berkelapangan bolehlah turut sama bergotong-royong bagi mengumpulkan batu pengampu dan lain-lain binaan yang boleh dikitar semula.

  Ibadah Qurban & Aqiqah 2012 
  • Pada tahun ini, Ibadah Qurban & Aqiqah masih akan dibuat di PERKARANGAN SURAU AL-HIJRAH (DI LUAR KAWASAN PEMBINAAN). Insyaallah, tarikh Surau akan mengadakan Ibadah ini adalah pada hari Sabtu, 27 Oktober 2012.
  • Hari Raya Aildiladha dijangka akan disambut pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012.
  • Oleh kerana keadaan logistik dan situasi terkini Surau, maka ditetapkan pada tahun ini jumlah Qurban/Aqiqah adalah sebanyak 3 EKOR LEMBU SAHAJA @ 21 BAHAGIAN. Tuan-Tuan boleh mengemukakan tempahan kepada Penama yang ada diborang dan urusan pembayaran bolehlah dilakukan selewat-lewatnya pada hari Ahad, 21 Oktober 2012.
  • Senarai nama mengikut bahagian akan dipaparkan dari masa ke semasa.
  • Satu bahagian Qurban adalah RM400 dan satu bahagian Aqiqah adalah RM450 (termasuk persediaan membuat jamuan).
Sekian, wassalam.
 
sebarang sumbangan bagi pembangunan & penyelenggaraan Surau boleh disalurkan melalui:

Buku Terbaru Ustaz Azhar Idrus - Dapatkannya sekarang terus ke pintu rumah anda

Inline images 1

Inline images 2

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat


Dapatkan buku kedua Ustaz Azhar Idrus terus ke pintu rumah* anda dengan harga RM23.00 sahaja (harga pasaran RM25.00).

Hubungi saya Khai 012-2655-203

Keterangan buku
============

 Dalam kita melaksanakan ibadah kepada Allah, kekeliruan dan persoalan pasti tidak dapat dielakkan. Segala persoalan ini memerlukan jawapan bagi meleraikan kekusutan yang ada supaya kita berasa yakin dalam melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Perasaan was-was juga dapat dihindari.

 Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat ini adalah kesinambungan daripada buku yang pertama. Ia disusun melalui himpunan soalan-soalan daripada masyarakat umum mengenai kekeliruan yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka.

 Buku ini mengupas persoalan dalam kehidupan umat Islam yang merangkumi aspek berikut: taharah, wuduk, Al-Quran, solat, jual beli, pembahagian harta, zakat, puasa, hudud, sembelihan, akikah, wanita, halal haram, dan isu semasa.

 

1. Taharah/Wuduk

Samak dan Sertu

Sentuh babi dan anjing dengan sengaja

Hingus Najis?

Gunting rambut tapi belum mandi wajib

Air lebihan wuduk

Sentuh kemaluan adakah batal wuduk?

Berwuduk tapi bertindik di hidung

Kencing yang tidak membatalkan wuduk

 

2. Al-Quran

Mengenai Tajassus

Sejarah al-Quran

Tulis Ayat Al-Quran dengan tulisan Rumi

Mendengar ceramah agama dan mengaji Al-Quran, mana lebih elok?

Hukum orang bukan islam membaca al-Quran

Hukum Baca al-Quran dengan qiraat Warash ketika solat

Hukum orang yang tidak pandai baca membaca al-Quran

Hukum meriba al-Quran

Ashabul Kahfi

 

3. Solat

Memukul binatang ketika solat

Hukum Menangis ketika solat

Hukum berzikir dan berselawat diantara solat tarawih

Keadaan Makmum wajib mendahului imam

Hampir melahirkan anak dan tidak larat solat, bolehkah tinggal solat?

Solat tidak cukup rakaat

Cara qadha solat yang di tinggalkan selama tiga tahun

Wanita Solat tetapi tidak menutup aurat, adakah solatnya diterima ?

Orang yang mencuri tidak diterima solatnya?

Tidak solat fardhu tetapi suka bersedekah

Jadi makmum berimamkan mazhab syiah

Hukum Solat hajat minta menang bola sepak

Tidak pernah solat jumaat tetapi berbuat baik pada ibu bapa

Solat Sunat Tasbih

Kucing gesel kaki ketika sedang solat

Petua Kusyuk dalam solat

Sendawa dalam solat

Solat rawatib dulu baru tarawih

Rambut tutup dahi

Lalai dalam solat

Rukuk tidak pegang lutut

Saf renggang, Apa hukum?

Rambut nampak ketika solat (Muslimat)

Batuk sampai terkencing ketika solat

Iktikaf di masjid

Tinggal Solat Gugur akidah?

Baca Surah al-fatihan baru baca doa Iftitah

Solat terawih di mana?

 

4. Jual Beli/Pembahagian Harta/Zakat

Hukum beli barang makanan dan emas dengan Kad Kreadit

Kenapa manusia boleh jual beli tanah

Pembahagian Harta pusaka

Harta Sepencarian

Siapa berhak dapat harta pusaka

Had Umur Anak yatim terima zakat harta/zakat

Zakat simpanan Tabung haji harta/zakat

Tempoh bayar Zakat Fitrah

Perempuan bekerja, siapa patut bayar zakat?

 

5. Puasa

Waktu tidur di bulan puasa

Berpuasa tapi mendedahkan aurat

Puasa tapi suka meludah

Cara orang tua uzur dan miskin tak mampu berpuasa

Datang haid tetapi tetap meneruskab Puasa.Apa hukum?

Puasa niat nak kurus

Guna Ubat Ulser mulut ketika berpuasa

 

6. Hudud

Apa itu Hudud?

Akibat negara tidak melaksanakan hukum hudud

 

7. Sembelihan/Akikah

Hukum menggunakan pisau sembelih yang ada ukiran

Hukum sembelih guna kuasa elektrik

Adakah perempuan boleh jadi tukang sembelih?

Akikah dulu atau tahnik dulu?

Lembu betina boleh dibuat akikah?

Akikah bagi bayi yang mati dalam kandungan

 

8. Wanita

Isteri tidak tutup aurat, adakah suami dikira dayus?

Isteri berperangai tidak elok

Hukum buka purdah untuk dilihat bakal suami

Isteri dapat payung emas

Hukum Perempuan kerja sebagai pelayan, promoter

Hukum wanita pakai tudung yang menampakkan tocang

Tengok aurat perempuan tetapi tidak mendatangkan ghairah

Hukum Perempuan benci pada sesetengah lelaki

Tidak larat kerana sarat mengandung, boleh tinggal solat?

Adakah Kaki perempuan aurat

Kenapa di dalam masjid, perempuan dan lelaki di asingkan?

Isteri Mogok dengan Suami

Tuala wanita dimandikan sekali?

Tempoh darah Nifas

Maksud tabarruj

Keputihan adalah najis?

 

9. Halal Haram

Hukum Scan bayi dalam kandungan

Lukis potret bukan muhrim

Pakai baju kebaya

Hukum masuk gereja dengan sengaja

Hukum Ibu mendoakan kejahatan terhadap anaknya

Dengar orang perempuan menyanyi

Jimak di siang hari

Hukum berdoa supaya tidak keluar haid

Hukum berbual kosong dengan muhrim di khalayak ramai

Hukum tidur dengan Kucing

Hukum Guna Nikname Bidadari Syurga

Hukum gunakan emas dan perak dijadikan sudu dan garfu

Dosa yang dibuat oleh anak angkat

Hukum pakai baju yang ada kalimah Allah ketika masuk tandas

Hukum Beli Tanah Wakaf kubur

Batasan dengan bapa Tiri

Ungkapan simpang Malaikat 44

Hukum Pakai cincin di jari tengah dan telunjuk

Nabi simpan misai?

Pembahagian makruh

Hukum jadi pelakon

Hukum panggil Nabi Isa sebagai jesus

Hukum menampar pipi

Hukum meniru dalam peperiksaan

Hukum berhias diri pada hari raya

Hukum mengeluh

Hukum makan daging gajah

Air liur basi najis atau tidak?

Bayar hutang dengan duit menang nombor ekor

Hukum menipiskan janggut

Hukum Sokong Komunis

Hukum gantung kuda laut

Hukum membalas sihir yang dihantar

Hukum cium tangan guru bukan islam

Hukum Suami tinggalkan isteri tanpa bagi apa-apa nafkah

Hukum mendownload Mp3 kuliah ustaz dari internet

Ciri-ciri saksi nikah

Hukum berzina dengan hamba?

Golongan terburai perut

Hukum manusia mengubah ciptaan Allah

Hukum gantung anak patung dalam kereta

Pemandu bas tidak berhenti solat subuh , penumpang berdosa?

Bernazar supaya sembuh dari penyakit

Hukum terlalu fanatik pada artis

Hukum Memandulkan kucing

Hukum melihat atau terlihat haiwan bersetubuh

Hukum memelihara beruk untuk panjat kelapa

Hukum menderma dan niat untuk keluarga

Ingin tahu Perkara yang membatalkan akidah

Hukum menonton video lucah tujuan untuk mengelakkan zina

Hukum makan hidangan kenduri kahwin walhal tidak dijemput

Hukum tidak menutup aurat tetapi sebut "Bismillahirahmanirrahim"

Hukum Bercinta sebelum berkahwin

Hukum memakan tulang ayam yang digoreng

Tol adalah jihad?

Hukum berlakon filem pegang watak orang kafir

Menadah tangan ketika doa khutbah kedua

Niat mewakafkan tanah untuk diri sendiri dan si mati

Hukum Melansingkan badan

Hukum baca Surah Yasin pada Malam Jumaat

Hukum wanita ambil gambar

Hukum Bercakap ketika Azan

Hukum Cium dahi jenazah

Hukum Berbekam

Hukum Lafaz talak tanpa saksi

Hukum lelaki bertindik di telinga

 

10. Isu Semasa

Cara mengurus jenazah orang yang tukar jantina

Hukum makan udang yang tidak di buang tahi di kepalanya

Syarat-syarat taubat

Hukum berdemostrasi

Mimpi seseorang yang sudah meninggal dunia

Doa untuk dapatkan zuriat

Kenduri walimah hanya untuk lelaki sahaja?

Maksud al-Kahin dan al-'Arraf?

Mati tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah ketika kemalangan jalan raya

Mas kahwin semakin mahal, susah kaum lelaki hendak berkahwin

Takbir hari raya aidilfitri

Hukum tulis RIP ( rest in peace) pada kematian orang kafir cohtohnya "RIP steve job"

Ramalan rahsia tarikh lahir

Terima buah limau ketika tahun baru cina

Hukum menyediakan rumah untuk isteri

Kubur perempuan lagi dalam?

Hukum berdoa yang tidak baik

Waktu menyeberangi titian sirat

Hukum menghina nama anak nabi

Allah maha zalim?

Mati bujang

Hukum Isteri guna botox

Ayah suruh bersanding

Minum kopi sunah nabi?

Berfacebook ketika bekerja

Perihal Huru-hara 15 Ramadhan?

Hukum Pakai kopiah tapi nampak jambul

Jiwa yang kaya

Mundur Ikut islam?

Langgar Sumpah

Perbezaan khalifah dan khilafah

Sambut Hari Guru

Hukum guna wang Kutipan derma untuk beli makanan kepada tukang kira wang

Wasiat perkahwinan

Hukum tulis status doa di facebook

Larang ibu berkahwin

Taklik guna "mungkin"

Berkelayakan tapi tidak mahu mengundi

Gelaran as-siddiq

Maksud Al-Saggaf, Al-Idruce,Al-Attas

Orang kafir maksud islam, perlu kahwin semula?

Sabar separuh daripada iman atau sebahagin daripada iman?

Manusia meninggal di anggap ghaib

Ahli dalam bidang agama, siapa yang di maksudkan?

Hukum Sambut hari Ibu

Cakap tak sampai seru lagi

Kucing Muqawwamah

Anak Zina di bin atau binti kepada nama ayah?

Hukum berkahwin dengan orang yang lebih tua dari kita

Sukar tidur malam, adakah menzalimi tubuh

Hukum Like page artis yang tidak tutup aurat

Nama "siti" di hadapan

Hukum sebut rahimahullah kepada orang kafir yang mati

Hukum sambut hari Bapa

Siapa yang patut bagi nama kepada anak yang baru lahir

Kelebihan mati pada hari jumaat

Hukum wanita menutup aurat meletak gambar di facebook atau twitter

Hukum wanita tidak menutup aurat letak gambar di facebook dan sebagainya

keadaan yang kita wajib hadir ke tempat kenduri kahwin

Hukum guna air jampi memisahkan anak yang sedang berkasih dikhuatiri terlanjur

Doa untuk pesakit kanser


* Penghantaran percuma sekitar Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bangi Lama dan Taman Impian Putra

Tuesday, September 25, 2012

Kenyataan PIBG SKBSP: Berkenaan isu "Guru Menggigit Pelajar"

Kenyataan PIBG SKBSP: Berkenaan isu "Guru Menggigit Pelajar" yang tertera di akhbar Harian Metro baru-baru ini, YDP PIBG Tn. Haji Ustaz Mohammad Rozie Bin Mohd. Rejab, memaklumkan bahawa kes ini sedang dalam perhatian pihak Polis dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. YDP juga telah mengadakan perbincangan dengan waris pelajar, pihak sekolah, PPD dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Oleh itu, mohon tidak membuat sebarang spekulasi dan diharap doakan penyelesaian terbaik dapat dicapai.
-PAKSI-

UMLand bangun rumah mampu milik di BSP

Inline images 1
Klik untuk pembesaran

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.



Rest of Bandar Seri Putra will be ready in next 5 to 7 years

Inline images 2

Inline images 3

Inline images 1


Rest of Bandar Seri Putra will be ready in next 5 to 7 years

By BUSINESS TIMES

UNITED Malayan Land Bhd (UM Land), a property developer, expects the entire Bandar Seri Putra development to be completed within the next 5-7 years.

The company, which started developing Bandar Seri Putra in 1997, has currently developed about 283.28ha in Bandar Seri Putra, with a gross development value of more than RM1.75 billion.

"We expect the approximately 80.93ha of remaining land in this township to be developed over the next 5-7 years. These developments are expected to generate more than RM700 million in gross development value," said chief executive officer Charlie Chia after the launch of Bandar Seri Putra's new sales gallery on Saturday.

The new sales gallery was officiated by UM Land chairman Tun Musa Hitam.

Located on the ground floor of a three-storey building with a mezzanine floor, the new sales gallery showcases products offered within the township of Bandar Seri Putra, UM Land's flagship township in Selangor.

"This three-storey building packs a simple but yet elegant design. It demonstrates the simplicity and practicality that we have infused in our various developments in Bandar Seri Putra," said Zulkifly Garib, UM Land's director of operations.

Over the next three years, the company plans to develop apartments and bungalows in the township – with the balance of land to be developed into commercial buildings.

"Bandar Seri Putra is strategically located and easily accessible. Located within the Multimedia Super Corridor, it is easily accessible from the Putra Mahkota interchange, along the KL-Seremban highway and adjacent to the township.

"Residents will enjoy fast and easy access to Putrajaya, KLIA, and the nearby education institutions encompassing various universities and colleges such as Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia and Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor," Zulkifly added.

- Malaysia Property News 
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,11532.msg105159.html#msg105159


Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.


Sunday, September 23, 2012

Terima kasih menjayakan Majlis Ramah Mesra BSP 2012

Inline images 8

Inline images 4

Inline images 13

Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 (MRMBSP2012)semalam secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih kepada yang hadir. Terima kasih kepada semua penyumbang. Terima kasih juga kepada semua warga kerja MRMBSP2012. Bagi pihak warga kerja MRMBSP2012, kami ingin memohon maaf jika sebarang kekasaran atau kesilapan sepanjang majlis berlangsung.

Inline images 3

Inline images 9

Majlis yang bermula jam 10.15 pagi telah dihadiri oleh YB ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar; Ahli Majlis Zon 24, Tuan Haji Mazwan; pihak pengurusan tertinggi Bangi Heights Development Sdn Bhd, Tuan Zulkifli Gharib dan Mr Ng; ketua-ketua skim Bandar Seri Putra (BSP); wakil-wakil pemimpin BSP dan warga BSP sendiri. Dalam ucapan alu-aluan YDP PPBSP, Tuan Hj Ahmad Yusof mengalu-alukan semua yang hadir pada pagi tersebut disamping mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menjayakan majlis pada pagi itu. Majlis seumpama ini adalah kali ke-2 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) dengan tema tahun ini "JIRAN DIDAHULUKAN, KESEPAKATAN DIUTAMAKAN".

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 5

Inline images 6

Inline images 7

Antara aktiviti yang menarik sepanjang majlis adalah permainan belon udara percuma untuk kanak-kanak. Disamping itu juga, ais krim kon percuma yang menyebabkan pengunjung terpaksa beratur panjang. Persembahan daripada NGO, individu, tadika, pelajar KUIS daripada sekitar BSP juga telah menjadikan majlis lebih ceria. Serta makanan dan minuman yang dihidangkan memenuhi selera pengunjung yang hadir. Akhirnya, acara cabutan bertuah yang menyediakan lebih 40 hadih atau hamper dengan hadiah uatama TV flat screen.

Inline images 10

Inline images 11

Inline images 12

Apa yang boleh disimpulkan, majlis ini antara lain telah mengumpul penduduk di BSP disamping memperkenalkan persatuan kepada penduduk setempat. Majlis ini juga mendapat bantuan daripada persatuan-persatuan skim di BSP yang menyediakan buah fikiran serta tenaga sehingga majlis ini berjaya disempurnakan.

Lagi gambar di sini:
Dari lensa SU - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.414609768594457.93661.169051276483642&type=1
Dari lensa pembantu khas YB - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.497901423554199.120680.100000030372738&type=1

Akhir kata, bagi pihak PPBSP saya ucapkan terima kasih sepada semua. Insya-Allah tahun depan kita berjumpa lagi.

Sekian.

Khai (Setiausaha dan Ketua Biro Penerangan & Komunikasi)
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
43000 Kajang, Selangor


Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.



Saturday, September 22, 2012

Hari Ini 23 September Majlis Ramah Mesra BSP

Inline images 1

Hari ditunggu kini menjelang,
Anak-anak berlari dengan riang,
Persediaan Ramah Mesra berjalan cemerlang,
Menanti tetamu datang girang.

LCT TV flat screen hadiah utama,
Disamping hamper yang juga disedia,
Silakan tuan-puan warga Bandar Seri Putra,
Menjamu selera bergaul mesra.

Shawal datang, Shawal pergi,
Bahang suasana masih dirasai,
23 September hari ini,
Jom ke padang SP5 bersama famili.


Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

Friday, September 21, 2012

ESOK: Majlis Ramah Mesra BSP 2012

MAJLIS RAMAH MESRA BANDAR SERI PUTRA 2012

 

 

Dengan sukacitanya dijemput semua warga Bandar Seri Putra untuk berkunjung dan meraikan Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 yang akan diadakan pada hari Ahad, 23 September 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Padang Permainan SP5.

Antara acara yang disediakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut ialah :-

Jamuan Makan

 

 

Jamuan makanan, buahan dan minuman disediakan bagi semua pengunjung dan tetamu. Kepada mereka yang sama ingin menyumbang, bolehlah membawa makanan atau kuih-muih untuk dijamah bersama.

Permainan



Padang Permainan Angin (Inflatable Playground) disediakan khas untuk anak-anak bawar 12 tahun secara percuma. Juga terdapat permainan menunggang kuda (Pony Ride) disediakan dengan sedikit bayaran dikenakan.

Cabutan Bertuah



Menangilah hadiah utama berupa Flat Screen TV, Bladeless Cooling Stand Fan dan Basikal. Selain itu lebih dari 50 hamper juga tersedia untuk dimenangi. Kesemua hadiah ini adalah khas untuk pengunjung warga Bandar Seri Putra sahaja. Pengunjung warga Bandar Seri Putra diminta mendaftar pada masa kehadiran untuk membolehkan berpeluang memenangi hadiah-hadiah tersebut. Pendaftaran dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Satu rumah hanya perlu mendaftar sekali sahaja.

Persembahan





Berbagai acara disediakan terdiri dari persembahan Tadika, SK BSP, SRA BSP, SMK BSP, Madarasah as-Syakirin & Idola Kecil Adik Muaz. Selain itu terdapat persembahan kompang, muzik tradisonal dan silat.

Gerai Jualan





Kunjungilah gerai-gerai jualan yang akan menjual dan mempromosikan berbagai produk pakaian, keselamatan, kursus, kewangan, makanan dll.

Keselamatan

Keselamatan lalu lintas dan PBSM disediakan bagi membantu mengawal keselamatan. Dipohon dari semua pengunjung untuk mematuhi beberapa arahan dari sukarelawan Keselamatan PPBSP bagi melancarkan perjalanan majlis ini.

Selamat berkunjung. Jiran Didahulukan, Kesepakatan Diutamakan.

Sebarang pertanyaan, sumbangan & aduan, sila hubungi Arzock Nassar tel/sms 0122195909 atau e-mail arzock@ymail.com


Arzock Nassar adalah pengarah program Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 merangkap Bendahari Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP).

Gambar kenangan Majlis Ramah Mesra 2010
Album1: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.482184748707.293853.245996843707&type=3
Album2: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=482198588707&set=a.482184748707.293853.245996843707&type=3






Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More