Selebihnya di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150942693187996.441363.163419787995&type=1
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================
Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz
Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi
No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika
Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha
JEMPUTAN KE KARNIVAL ISLAM BAKIT 2012
YBhg. Dato'/ Datin Sri/Prof./Dr./Tuan/Puan/Sdra/Sdri,
Perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) dengan kerjasama Universiti Multimedia dan BAKIT-MMU akan menganjurkan KARNIVAL ISLAM BAKIT 2012 bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan TM Kali Ke-36, yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 Jun 2012 di MMU Kampus Cyberjaya.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang akan berlangsung sepanjang program ini adalah seperti berikut:
Pertandingan Tilawah Al-Quran
Tarikh : 2 Jun 2012
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Tun Canselor & MPH
Pertandingan Hafazan Al-Quran
Tarikh : 2 Jun 2012
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : XR1001 & XR1002
Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak
Tarikh : 2 Jun 2012
Masa 8.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : XR1003
Forum Perdana bertajuk "Al-Quran Memperkasa Ummah"
Tarikh : 2 Jun 2012
Masa : 9.00 mlm – 11.00 malam
Tempat : Dewan Tun Canselor
Ahli Panel : Dr. Hj. Mohd Shafie B. Hj. Md. Amin, Imam Muda Hizbur & Imam Muda Aran
Gerai Jualan
Tarikh : 2-3 Jun 2012
Tempat : Di hadapan Dewan Tun Canselor
Majlis Penutup
Untuk makluman tuan / puan, matlamat majlis ini diadakan adalah untuk membudayakan Al-Quran, mukjizat agung yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada umat Nabi Muhammad S.A.W supaya dapat diamalkan dalam kehidupan harian warga kerja Kumpulan TM yang beragama Islam dan ahli keluarga masing-masing. Semoga dengan pendekatan ini, Allah S.W.T akan memberi rahmat dan keberkatan kepada Syarikat untuk terus maju dengan melahirkan warga kerja yang berintegriti, bekerja dalam satu kumpulan dengan semangat "Teaming With Passion" dan memberikan pengalaman yang terbaik kepada para pelanggan dengan perkhidmatan yang ikhlas (Service From The Heart) selaras dengan syariat Islam.
Disamping itu juga, majlis ini insya Allah akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga kerja Kumpulan TM dan kaum keluarga masing-masing, dan diantara anggota-anggota sokongan dengan pihak Pengurusan Kanan / Atasan Syarikat.
Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa dengan segala hormatnya menjemput tuan / puan dan ahli keluarga ke program-program di atas. Sesungguhnya kehadiran tuan / puan akan menyerikan lagi majlis ini. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan / puan boleh menghubungi kami di talian telefon seperti berikut :
Nizam Syamil Razalli 017-318 9294
Noralina Talib 013-618 3467
Sekian, terima kasih.
Salam dan Selamat Sejahtera,
Program Gotong Royong untuk kali kedua tahun ini akan di adakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 23 Jun 2012 (Sabtu)
Masa: Bermula jam 7.30 pagi
Tempat berkumpul: Unit no 2 Jln SP5/5
Semua warga SP5 diharap dapat melapangkan masa untuk sama menjayakan program ini.
Sarapan pagi nasi lemak kopi O akan disediakan dan AJK juga mengalu-alukan sumbangan makanan lain dalam bentuk 'pot-luck'.
Sekian harap maklum.
Abs456
Sent from my iPhone 4S
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya kami ingin menjemput Dato/Datin, Tuan/Puan sekeluarga ke Majlis perkahwinan anakanda kami Hanisah dan pasangannya.
Berikut adalah butir majlis tersebut :
Hari : Ahad
Tarikh : 27 May 2012 / 6 rejab 1433h
Alamat : No 30 Jalan Seri Putra 5/6, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang Selangor
Semoga dengan kehadiran para tetamu akan dapat menyerikan lagi majlis kami seterusnya dapat mengeratkan silaturrahim
Sekian,
Yang ikhlas,
Hj shaari & Hjh Puziah
Tel
Hj Shaari 0133629191, '
Hjh Puziah 0132250600
Rumah 0389257016
Salams. 500 Qurans were delivered today. We got a further RM2 discount. We ve a balance of 7k in d wakaf ac. We need another 20k. Thanks 4 ur efforts andhope we can continue d good work.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya kami ingin menjemput Dato/Datin, Tuan/Puan sekeluarga ke Majlis perkahwinan anakanda kami Hanisah dan pasangannya.
Berikut adalah butir majlis tersebut :
Hari : Ahad
Tarikh : 27 May 2012 / 6 rejab 1433h
Alamat : No 30 Jalan Seri Putra 5/6, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang Selangor
Semoga dengan kehadiran para tetamu akan dapat menyerikan lagi majlis kami seterusnya dapat mengeratkan silaturrahim
Sekian,
Yang ikhlas,
Hj shaari & Hjh Puziah
Tel
Hj Shaari 0133629191, '
Hjh Puziah 0132250600
Rumah 0389257016
Dimaklumkan bahawa isteri kepada Encik Ahmad Zaidi,(Guru Silat Mangkubumi) Blok C, Pangsapuri Seri Melati telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 1.00 pagi tadi. Jenazah kini berada di Surau As-Syakirin dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bandar Seri Putra selepas zohor Jumaat.
Al-Fatihah. Amin.
Wassalam.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB