Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad
Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz
Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)
Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi
Sumbangan untuk surau...
No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika
Aidiladha disambut meriah
Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha
Sunday, August 28, 2011
Beberapa kesalahan Berhari Raya.
Solat Aidilfitri di Surau As-Syakirin
Umat Islam sekitar Bandar Seri Putra boleh bersolat Aidilfitri di Surau As Syakirin bermula jam 8.30 pg.
Saturday, August 27, 2011
Salam Aidilfitri daripada Surau Al-Hijrah
Kami di Surau Al-Hijrah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli karyah khususnya dan semua muslimin-muslimat amnya.
EID MUBARAK
Disamping itu, selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara kali ke-54.
Mudah-mudahan negara kita terus aman dan dirahmati Allah.
-Bagi pihak AJK Surau Al-Hijrah-
Monday, August 22, 2011
Krisis Somalia – Dermalah & Doakanlah Untuk Mereka
Krisis Somalia – Dermalah & Doakanlah Untuk Mereka
http://www.youtube.com/watch?v=GPYRJre2fUY&feature=player_embedded
http://www.youtube.com/watch?v=ltgIOOWaupQ&feature=player_embedded
http://www.youtube.com/watch?v=1m7q8GpGpJ0&feature=player_embedded
Mengenang saudara-saudara kita di benua Afrika sana yang tidak cukup makanan, kurus kering sampai berbentuk rangka, tidak berumah sempurna dan menangis menderita…saya terus hilang selera. Hilang selera kerana nafsu makan saya pengsan dek melihat kesusahan mereka. Jantung berdebar tidak keruan dan air mata mula bergenang, lantas bercucuran. Hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat penderitaan sebegitu…
Tidak cukup setakat itu wahai kawan-kawan sekalian. Jika kita sedih, mereka yang terpaksa menanggung penderitaan itu, jauh lebih lagi sedih. Dengan penyakit yang menyerang, dengan tangisan dan raungan anak-anak, dengan kematian insan tersayang dan pelbagai lagi musibah. Kita mesti buat sesuatu yang bermakna buat mereka.
Doakanlah untuk kebaikan mereka agar dipermudahkan kehidupan mereka segera. Dan yang paling penting ialah mendoakan agar aqidah saudara-saudara kita di sana dikuatkan dan kekal mentauhidkan ALLAH. Agar mereka nanti mati dalam keadaan ISLAM. Dan mudah-mudahan ALLAH menggantikan Syurga buat mereka atas kesabaran yang menimpa mereka selama ini, amin…amin…
Buat sahabat-sahabat yang berhati mulia dan pemurah yang ingin menderma, di sini saya lampirkan salah satu pertubuhan yang boleh disalurkan bantuan dalam bentuk wang. InsyaALLAH, mudah2an bantuan sahabat-sahabat sekalian sampai kepada mereka.
ISLAMIC RELIEF MALAYSIA (mesti klik)
Address: 31-7, Jalan SP2/1,Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
Email: info@irmblog.org
Telephone: +603 8948 6334
Fax: +603 8948 7339Maybank: 5621 4270 8704
CIMB : 1259 0000 804 058Hantarkan resit bank-in ke fax kami (03-8948 7339) atau email resit ke info@irmblog.org.
Sila nyatakan program yang hendak didermakan pada resit yang difaxkan atau email. Untuk penjelasan yang lebih lanjut boleh terus hubungi kami di 03 8948 6334.
Saya telah menghubungi wakil IRM sebentar tadi dan bertanya beberapa perkara asas tentang bagaimana saluran disampaikan. Menurut wakil IRM, semua bantuan kewangan yang disalurkan kepada IRM akan terus diberi kepada wakil2 mereka yang berkenaan. Kita penuh berharapan agar bantuan kewangan disalurkan oleh sahabat2 sekalian betul2 sampai dan memanfaatkan saudara2 kita yang memerlukan di sana, insyaALLAH.
Bagi pengguna Maybank2u.com, di sini saya tunjukkan cara yang lebih mudah bagaimana menggunakan Bill Payment. Ini kerana IRM adalah salah satu payee yang tersenarai di dalam senarai M2U. Sahabat2 sekalian boleh memilih dana yang sahabat2 sekalian salurkan itu utk apa? Kerana IRM terlibat dengan banyak usaha menyalurkan dana kepada orang2 susah di seluruh dunia.
Semoga amalan kebaikan yang sahabat2 sekalian lakukan kerana ALLAH, diberikan ganjaran yang banyak di akhirat nanti, amin…
ALLAHU A`LAM.
Friday, August 19, 2011
Hari Ini: Forum "Mencari Lailatul Qadr" & Majlis Berbuka Puasa (20 Ogos 2011)
Diharap dapat hadir memeriahkan majlis.
============================
Muslimin dan muslimat dijemput ke surau Al-Hijrah pada 20 Ogos 2011 / 20 Ramadhan 1432 (Sabtu ini) untuk program mulai solat asar berjemaah sehinggalah moreh pada malam tersebut.
Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah:
- Solat Asar Berjemaah
- Bacaan Al-Mathurat
- Forum Al-Hijrah "Mencari Lailatul Qadr"
- Majlis Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Solat Isyak
- Tazkirah
- Solat Tarawih dan Witir
- Moreh
- Keceriaan
Manakala bagi Forum Al-Hijrah bertajuk "Mencari Lailatul Qadr", ahli panelnya adalah Ustaz Nushi Mahfodz dan Ustaz Nik Hilmizam Nik Ismail. Moderator forum adalah Dr. Ramizi Mohamed.
Semua muslimin-muslimat beserta keluarga dijemput hadir.
Sumbangan potluck/moreh amat dialu-alukan.
Peluang Peningkatan Ibadah di bulan Ramadhan melalui Ziarah Pesakit
JUMAAT 19 OGOS 2011 BERSAMAAN 19 RAMADHAN 1432
PELUANG PENINGKATAN IBADAH DI BULAN RAMADHAN MELALUI ZIARAH PESAKIT DAN SUMBANGAN KEPADA PESAKIT DI WAD-WAD TERPILIH DI HOSPITAL KUALA LUMPUR
Masyarakat Islam di negara ini sedang melalui fasa terakhir bulan Ramadhan Al-Mubarak, dan kita sangat digalakkan untuk mempertingkatkan aktiviti-aktiviti ibadah dan perbuatan baik, sebagai melambangkan harapan dan kesungguhan kita untuk memperolehi ganjaran optimum daripada Allah SWT.
Selain ibadah khusus yang dilakukan di sepuluh hari-hari terakhir bulan Ramadhan, Islam juga amat menitikberatkan sifat belas ihsan serta hubungan silaturrahim dan tolong-menolong di kalangan setiap anggota masyarakat di dalam bulan yang mulia ini. Secara khususnya, Islam sangat menggalakkan umatnya menziarahi orang yang sedang sakit sama ada terlantar di hospital ataupun di rumah. Menziarahi pesakit merupakan satu amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut dalam ajaran Islam. Ini bagi memastikan hubungan silaturrahim terus terjalin dengan lebih erat. Kelebihan menizarah orang yang sedang sakit ini juga tercatat di dalam sebuah hadith, mafhumnya: Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa." [HR At-Tirmizi]
Di atas kesedaran ini, pihak Islamic Outreach ABIM, sebuah organisasi bukan kerajaan berteraskan dakwah, kebajikan dan pendidikan dengan kerjasama kumpulan sukarelawan Program Ziarah Pesakit Di Hospital akan melakukan ziarah dan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada pesakit di Hospital Kuala Lumpur. Bersesuaian dengan ajaran Islam yang sangat menganjurkan sifat belas ihsan dan silaturahim sesama umat manusia, tujuan program ini diadakan adalah untuk menziarahi dan meraikan pesakit yang berada di wad-wad terpilih. Berikut adalah maklumat mengenai program berkenaan:
Tarikh : 24 Ogos 2011 / 24 Ramadan 1432H (Hari Rabu).
Masa : 9.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari.
Wad : Wad Kelas 3 (Wad Kanser, Neorologi, Nefrologi, Ortopedik, (Spinal dan
Psikiatrik)
Tempat : Hospital Kuala Lumpur.
Bil. Pesakit : 500 Orang.
Program ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan juga pihak Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Seramai 40 orang peserta akan terlibat dengan program yang melibatkan staf dan sukarelawan Program Ziarah Pesakit Di Hospital daripada Islamic Outreach ABIM.
Selain itu, sempena Bulan Ramadhan al-Mubarak ini, pihak Islamic Outreach ABIM juga mengalu-alukan penyertaan sukarelawan serta sumbangan daripada orang ramai terutamanya sumbangan kewangan bagi membantu meringankan bebanan pesakit yang kurang berkemampuan serta masih menerima rawatan di hospital. Setiap sumbangan boleh disalurkan kepada Penyelaras Program Ziarah Pesakit Di Hospital, Saudara Mohd Zurharman Bin Zakaria dengan menghubungi talian 03-4256 9822 atau faks, 03-4257 4500 dan juga melalui e-mail, zurharman@hotmail.com.
Azril Mohd Amin
Pengerusi
Islamic Outreach ABIM
Nota Khaiatbsp: Salah satu cara beramal dibulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan amal kita diterima Allah.
http://khaiatbsp.blogspot.com
-Khaiatbsp-
Monday, August 15, 2011
Surau Al-Hijrah: Forum "Mencari Lailatul Qadr" & Majlis Berbuka Puasa (20 Ogos 2011)
Muslimin dan muslimat dijemput ke surau Al-Hijrah pada 20 Ogos 2011 / 20 Ramadhan 1432 (Sabtu ini) untuk program mulai solat asar berjemaah sehinggalah moreh pada malam tersebut.
Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah:
- Solat Asar Berjemaah
- Bacaan Al-Mathurat
- Forum Al-Hijrah "Mencari Lailatul Qadr"
- Majlis Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Solat Isyak
- Tazkirah
- Solat Tarawih dan Witir
- Moreh
- Keceriaan
Manakala bagi Forum Al-Hijrah bertajuk "Mencari Lailatul Qadr", ahli panelnya adalah Ustaz Nushi Mahfodz dan Ustaz Nik Hilmizam Nik Ismail. Moderator forum adalah Dr. Ramizi Mohamed.
Semua muslimin-muslimat beserta keluarga dijemput hadir.
Sumbangan potluck/moreh amat dialu-alukan.
Amal Zakat Fitrah di Surau Al-Hijrah
Muslimin dan muslimat yang ingin menyempurnakan zakat fitrah mereka pada tahun ini bolehlah berbuat demikian di surau Al-Hijrah setiap hari selepas solat tarawih pada Ustaz Nik Hilmizam Nik Ismail. Ustaz Nik juga boleh dihubungi di talian 012-2980490 jika ingin melakukannya diluar waktu yang telah dimaklumkan tadi.
- Zakat Fitrah
- RM7 seorang
- Amil Surau Al-Hijrah, Ustaz Nik Hilmizam Nik Ismail
- Tel: 012.2980.490
- Pembayaran boleh dilakukan setiap hari selepas solat tarawih
Thursday, August 11, 2011
Tip Pemulihan Ganguan Jin oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman
1. Dapatkan setong besar air zam-zam. Katanya berharga sekitar RM105.
2. Dapatkan juga CD ayat-ayat rukkiyah (mungkin juga boleh download di sini http://www.mainmusik.com/download/mp3/Ayat+Rukkiyah.html)
3. Pasang niat dan mohon daripada Allah agar bacaan ayat-ayat rukkiyah tersebut dapat menjadikan air zam-zam itu sebagai agen dalam rawatan kita ini.
4. Pasang bacaan ayat-ayat tersebut berdekatan air zam-zam (disamping kita juga membacanya paling kurang surah Al-Fatihah)
5. Tinggalkan 24 jam.
6. Gunakan air tadi untuk mandi dan memasukkan air dalam saluran-saluran (yang boleh) pada tubuh badan
7. Biarkan ia kering tanpa mengelapnya (nak pakai baju boleh, tapi jangan lap)
8. Air lebihan digunakan untuk minum atau masuk dalam penyembur dan sembur kawasan kediaman kita sebagai usaha pelindung.
9. Ulang bila perlu.
Harap ini membantu mereka-mereka yang memerlukan rawatan.
Mengikut Ustaz, syaitan akan lemah apabila dibacakan bismillah dan juga bacaan ayat-ayat Al-Quran. Apabila kita tinggalkan Al-Quran, mereka akan lebih kuat dan mungkin mengganggu kita semula. Maka kena teruskan amalan membaca ayat-ayat Al-Quran.
Sunday, August 7, 2011
BBQ SURAU ALHIJRAH - 20/8/2011(Ramadhan)
Tarikh : 20 Aug 2011 ( Sabtu)
Masa : 7.00 pm - 11.00pm ( berbuka/solat maghrib/isyak/tarawih)
Tempat : Surau Al Hijrah -tropika
Sumbangan : RM 50.00 (sekeluarga)
(selebihnya akan disumbangkan untuk perbinaan surau dan menampung aktiviti surau)
Menu yang dicadangkan adalah:
- Kambing /ayam slice
- Kerang/ ikan../ so tong/ udang
- Sausage
- Nasi ambeng
- Buah-buahan
- Air mata kucing
- Port luck...dsb
Bagi yang berminat, sila isikan borang yang dikepilkan di sini bagi pihak surau menganggarkan kehadiran.
Bayaran hendaklah dimajukan kepada Dato Johar / Azli Muffin / Wira / Shamsul atau mana-mana AJK surau sebelum 15/8/2011.
Bagi persediaan, bantuan diperlukan pada 20/8/2011 bermula jam 5.00pm
Terima kasih.
On behalf ajk
Azli (0122140529)
Edaran Bubur Lambuk - Pun di Surau Saidina Umar Al-Khatab
Surau Saidina Umar Al-Khatab (pendeknya dikenali sebagai SUAK)
Maka, 3 tempat warga BSP boleh ambil bubur lambuk
- Surau Saidina Umar Al-Khatab
- Surau Al-Hijrah, Putra Tropika (Isnin-Jumaat)
- Bangi Heights (Show room) - Jumaat sahaja
Friday, August 5, 2011
Blog YB: Motivasi Alihan Pelajar Oleh Dr. Tengku Asmadi - Penutupan
Bandar Bukit Mahkota, 29 Sya`ban = 31 Julai (Ahad):
Motivasi di atas adalah anjuran Persatuan Penduduk Bandar Seri Putera bertempat di Dewan Clubhouse, Bandar Bukit Mahkota pada tarikh di atas bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang. Motivasi yang melibatkan pelajar berumur 10 tahun ke atas ini mendapat kerjasama dari MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd., Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Majlis Perwakilan Penduduk, Zon 24 MPKj. Adun Bangi turut sama menyumbang peruntukan. Jumlah pelajar yang mengikuti Motivasi Alihan Pelajar ini lebih kurang 300 orang. Ruang Clubhouse adalah penuh termasuk ibu bapa. Mereka bersila di atas lantai.
Antara objektif anjuran motivasi ini ialah:
Membentuk semula sikap anak-anak dan memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan berusaha gigih demi masa depan yang cemerlang.
Memberi kemahiran dengan mengajar strategi dan teknik pembelajaran yang mudah diikuti dan dipraktikkan oleh anak-anak. Dan melahirkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT serta bertanggungjawab kepada diri, ibubapa, masyarakat, Negara dan agama. Motivasi Alihan Pelajar ialah Kursus Motivasi yang diasaskan oleh Dr. Tengku Asmadi sejak tahun 1996 dan hingga kini lebih dari 100,000 pelajar mengikutinya.
Antara topik-topik pengisian ialah:
Sesi 1: Matlamat Hidup Pelajar
Antara kandungannya ialah bahawa Belajar itu adalah ibadah
Pelajar perlu mempunyai, bahkan mencipta matlamat
Kemungkinan matlamat tidak tercapai, Mengapa ?
Sesi 2: Strategi Pembelajaran Aktif melibatkan
Persediaan belajar
Fasa-fasa Strategi Pembelajaran Aktif
Strategi Pembelajaran Aktif
Pembelajaran Output
Prinsip Memori
Kuasa Tumpuan
Sesi 3: Sikap Penentu Kejayaan
Apa itu sikap ?
Bagaimana sikap terbentuk
10 petua atasai sikap malas
Budaya dan tabiat pelajar cemerlang
Sesi Akhir sebelum acara penutup pada sebelah petang ialah Program Keibubapaan
Adun Bangi tiba pada penghujung program bagi Majlis Penutupan oleh Adun. Majlis dihadiri oleh YM Dr.Hj. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad selaku Motivator dan Pengarah Urusan & Perunding Utama MAP Training & Consultance, saudara Adram Musa Ahli MPKj, Tuan Haji Ahmad bin Yusof YDP Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra dan Pengarah Program Dr. Ishak bin Ahmad.
Dalam ucapan penutup Adun yang ringkas, kerana hari sudah agak petang, adun mengucapkan tahniah kepada Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra yang prihatin terhadap pelajaran dan masa depan anak-anak. Tahniah juga kerana dapat menempah seorang pakar Motivator terkenal iaitu YM Dr. Haji Tengku Asmadi bin Tengku Mahmud. Bukan mudah untuk mendapat Motivator terkenal seperti Dr. Hasmadi. Adun berharap dari motivasi yang disampaikan dapat merubah sikap anak-anak yang kurang bersungguh bertukar menjadi pelajar yang rajin. Kita berharap akan muncul pelajar-pelajar cemerlang dikeluarkan hasil dari motivasi di sini. Kegiatan motivasi sedemikian amat dialu-alukan dan ini adalah salah satu pengisian bagi Bangi Bandar Ilmu. Kita harap program-program seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang. Harap selepas menghadiri motivasi ketara berubah sikap pelajar-pelajar kepada yang lebih positif. Sama-samalah kita berdoa bagi kejayaan mereka. Insya Allah.
Sekian.
Kuliah Dhuha Wanita: Solat Menurut Sains, Esok 7 Ogos, 9.30 pagi.
Gambar Hiasan: Sumber - http://acheeq.blogspot.com/2011/03/kuliah-wanita-sirah-nabi-oleh-ustaz.html
Kuliah Dhuha (Wanita)
Tajuk: Solat Menurut Sains
Penyampai: Ustazah Khairah Jordan
Tarikh: 7 Ogos 2011 (esok)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Surau Al-Hijrah, Putra Tropika
Muslimat semua dijemput hadir.
Thursday, August 4, 2011
Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Julai 2011
sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=198214383568087&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1
Dana terkumpul kini mencecah RM860,920.72.
Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-24 pada 27 Julai 2011 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
- bulan Jun 2011 = RM43,433.72
- bulan Julai 2011 = RM25,341.76
Alhamdulillah, Bulan Jun merupakan bulan ke-5 berturut-turut sumbangan derma diterima melebihi RM40,000. Namun begitu, sumbangan derma untuk bulan Julai turun secara mendadak.
Diharapkan kutipan bulan-bulan seterusnya (Ramadhan dan Syawal) dapat konsisten melebihi RM50,000 mengambil keberkatan pahala sedekah berlipat kali ganda di bulan mulia ini.
Moga-moga Tabung Dana Pembinaan akan mencapai sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011 dan kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan.
Wednesday, August 3, 2011
Jualan Buku Amal Tampung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, BSP
Salam ukhwah buat muslimin dan muslimat yang diberkati Allah.
Moga ramadhan ini adalah yang terbaik buat kita semua. Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra akan menjadi kenyataan berkat muafakat dan kerja sama warga BSP yang amat budiman.
Akan datang buku untuk jualan amal bagi menampung dana bagi pembinaan masjid tersebut. Buku AURA KEJIRANAN dan KERAMAT SEBUAH HATI berharga RM15.00 senaskah. Ia ditulis oleh warga BSP yang juga mantan YDP PIBG SK-BSP, Mejar Qayum.
RM10.00 dari setiap buku yang dijual akan disumbangkan terus ke tabung pembinaan masjid.
Marilah membeli buku yang sangat sesuai untuk semua peringkat umur sambil menderma.
Hubungi terus AJK masjid atau hubungi En. Mohammad Qayyum (Mejar Qayum) untuk naskah anda. 019-3716910 atau email qayum_68@yahoo.com .
Disamping itu, kupon berharga RM50.00 untuk sumbangan masjid juga boleh diperolehi sekarang.
Buku lain tulisan Mejar Qayum:
DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA AKAN MENGHADAP UNTUK SATU PERJALANAN YANG PANJANG, SANGAT PANJANG. SATU PERJALANAN YANG INFINITI.
PAHALA MEMBINA MASJID
Dalam satu hadis, siapa yang membina masjid kerana Allah (orang Islam yang bina masjid dengan duit yang halal), Allah akan membina mahligai untuknya di syurga. Samada masjid itu di bina secara sumbangan perseorangan atau perkongsian, walaupun sekadar derma Rm1. (akan mendapat mahligai yang setaraf dengan sumbangannya).
TEMPAT YANG BAIK
Sabda Nabi s.a.w, sebaik-baik bumi ialah masjid. Sejahat-jahat bumi ialah pasar. Ini merupakan jawapan kepada satu rombongan Yahudi yang bertanya baginda tentang bumi mana yang tuhan sayang dan bumi mana yang tuhan benci. Rasulullah s.a.w pada mulanya tidak tahu jawapan unuk soalan ini. Baginda bertanya kepada Jibrail, Jibrail juga tidak tahu. Lalu Jibrail naik bertemu Allah untuk mendapatkan jawapan. Setelah Nabi memberi jawapan tersebut, 33 orang Yahudi tadi memeluk Islam (mungkin perkara ini juga disebutkan dalam kitab mereka.
At-Taubah [18] Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
At-Taubah [17] Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.
Monday, August 1, 2011
CERAMAH PERDANA IHYA' RAMADAN MASJID AL-AZHAR KUIS
Sempena Ihya' Ramadan tahun ini, pihak Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan mengadakan Ceramah Perdana yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 3 Ramadan 1432 / 3 Ogos 2011 (Rabu)
Masa : 9.30 malam (selepas Solat Terawih & Witir)
Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Al-Azhar
Penceramah : Y.Bhg. Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Semua dijemput hadir.
Skian, harap maklum.
--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237
YDP PPBSP akan ke Gaza - Sumbangan diperlukan
Assalamu alaikum wr wb wm.
Datuk/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang dimuliakan Allah SWT.
Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepadaNya yang dengan limpah kurnia dan rahmatNya memberi kita semua iman dan Islam. Kita juga memohon kepadaNya agar dipanjangkan usia hingga dapat bertemu dengan bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Penuhilah bulan yang mulia ini dengan amal soleh dan beribadat sebanyak-banyaknya seperti berpuasa, membaca al-qur'an, berzikir, hadir majlis tazkirah/kuliah ugama, bersedeqah, membantu orang susah dsbnya. Dan mungkin pula Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir buat kita jadi seharusnyalah kita mempersembahkan kepada Ilahi yang terbaik dan yang paling sempurna agar tuhan menerimanya, mengampuni dan meredhai kita semua.
InsyaAllah pada 15 Ramadhan/ 15 Ogos akan datang, saya berserta 29 orang lagi akan ke Gaza dalam misi bantuan kemanusian di Gaza anjuran MAPIM (Majlis Perundinagn Pertubuhan Islam Malaysia). Bagi siapa yang ingin menghulur derma boleh membuatnya dengan memasukkan wang terus ke akaun TABUNG GAZA - MAPIM No akaun: 08013010075820 BIMB atau tunai melalui saya selewat-lewatnya 12 Ramadhan 1432/ 12 Ogos 2011.
Wassalam terima kasih.
Ahmad Yusof +6019 359 8489
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. CIMB ISLAMIC 12370000608108. BANK ISLAM 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.