17 November 2010.
Oleh
Khaiatbsp@gmail.com.
Bandar Seri Putra, Bangi. Seekor lembu yang diperuntukan bagi majlis korban dan aqiqah di Surau Al-Hijrah didapati terlepas. Bagaimanapun, lembu itu tidak pergi jauh sebelum di tangkap semula oleh ahli karyah Surau Al-Hijrah. Manakala kejadian beberapa ahli karyah hampir dipijak lembu ketika menumbangkan lembu ke tiga daripada lima ekor bagi korban/aqiqah merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Itulah anatar detik-detik manis majlis korban dan aqiqah di Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra, Bangi.
Ustaz Azmi (berbaju merah) berkata, "Walaupun terlepas, tetapi lembu tak pergi jauh".
Surau telah mendapat mandat untuk menguruskan 5 ekor lembu bagi ibadah korban dan aqiqah tahun ini. Bagaimanapun, salah seekor lembu telah didapati terlepas tetapi tidak pergi jauh berkemungkinan kerana lembu tersebut tidak memahami kawasan ini. Menurut Ustaz Azmi, Imam II Surau Al-Hijrah, "Pagi tadi apabila saya memeriksa lembu-lembu tersebut, saya dapati pancang salah satu lembu itu telah tercabut. Alhmadulillah lembu itu tidak pergi jauh mungkin kerana kawasan korban ini susah sedikit bagi lembu itu untuk pergi jauh". "Saya dan beberapa alhi karyah berjaya menambat semula lembu tersebut", tambahnya lagi.
Aksi ala koboi Mejar Qayyum menjatuhkan lembu yang hampir memijaknya.
Manakala salah seorang ahli karyah, Mejar Qayyum, yang berjaya mengelak daripada dipijak oleh seekor lagi lembu berkata, "Lembu menjadi panik kerana ramai yang berkumpul sekelilingnya. Ini menyebabkan ia bertukar menjadi ganas". "Pada satu ketika, saya telah berjaya mengikat salah satu kaki lembu tersebut. Bagaimanapun, dalam suasana kelam-kabut lembu itu cuma memijak saya dan beberapa yang lain. Alhamdulillah, saya berjaya menjauhkan lembu itu dengan menendang dengan kedua-dua kaki saya. Masa itu saya telah terduduk", cerita Mejar Qayyum semasa kejadian mencemaskan itu.
Setelah kesemua 5 ekor lembu tersebut disembelih, kerja melapah telah dijalankan. 9 bahagian daripadanya adalah untuk tujuan aqiqah dan ianya telah diasingkan bagi dimasak oleh ahli karyah bagi hidangan tengahari. Selebihnya diagih-agihkan kepada penduduk setempat dan juga diberikan kepada fakir miskin. Menurut Ustaz Nik Hilmizan, Imam I Surau Al-Hijrah, ibadah korban tadi berjalan dengan lancar cuma sedikit lewat menamatkannya. "Surau jangkakan boleh selesai sekitar pukul 12.30 tengahari. Tapi, alhamdulillah selesai juga sebelum Zohor". Katanya lagi, "Perkara yang paling penting semasa sembelihan adalah pisau yang perlu betul-betul tajam. Ini bagi tidak menyiksa lembu sembelihan tersebut dan dagingnya akan lembut apabila dimakan.
Dato' Johar, Pengerusi Surau Al-Hijrah.
Majlis diakhiri dengan majlis tahlil sebelum jamuan makan yang telah dimasak 5 jenis masakan: korma daging, daging masak kicap, sup tulang, daging rebus cicak asam, dan sayur masak organ lembu. Pengerusi Surau, Dato Johar turut bersyukur kerana majlis telah berjalan dengan lancar walaupun sedikit lewat. "Solat sunat Aidil Adha tadi pun sekitar 100 orang hadir dan bilangannya bertambah semasa majlis korban/aqiqah. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli karyah dan ahli jawatankuasa saya yang telah bertungkus-lumus menjayakan program hari ini. Insya-Allah kita akan teruskan pada tahun hadapan", katanya Dato' Johar dengan penuh kesyukuran.
Majlis berakhir sekitar pukul 3.30 petang dengan sesi mengemas serta membungkus lauk lebihan.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Walillahilham.
Album gambar:
http://www.facebook.com/album.php?aid=571051&id=329327610175&ref=mf