Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Thursday, February 28, 2013

Al-Hijrah: Forum Perdana (Ahad 3/3/13)

Inline images 1

Forum Perdana
(sempena pembukaan semula Surau Al-Hijrah, BSP);

Ahad 3/3/13, 7.30 malam.

Panelis: Ust Zamri Mantop & Ust Syed Norhisyam.

Moderator: Ust Nushi.

Wednesday, February 27, 2013

SRABSP: Jualan Amal (TShirt I Love SRA) bagi Tabung Pembinaan Surau

Inline images 1
Inline images 2

Inline images 3


Inline images 4
Sempena AGM PIBG kali ke-4 Sabtu ini (2 Mac 2013), PIBG akan melancarkan projek bagi tahun 2013 untuk membina Surau buat sekolah.

Antara langkah mengumpul dana PIBG telah melaksanakan pengajuran Carboot Sale, menyediakan tabung disebarang program setempat dan kini PIBG membuat Jualan Amal T-Shirt "I Love SRA Bandar Seri Putra".

Tempahan boleh dibuat secara online (https://docs.google.com/forms/d/1v3hComyrSw8AONGw9-t0qdv5yxw_LDLLDbl1w8srq58/viewform) atau SMS kepada Khai 012-2655203. Pengambilan semasa AGM Sabtu ini di sekolah. Terdapat tiga pilihan untuk dipilih. Pilihan ditangan anda.

"Mai Beli Satu"

Satu lagi Projek Barisan PIBG SRABSP

SRABSP: Mesyuarat PIBG KE-4, Sabtu 2 Mac - Andalah VIP Kami



Ibubapa jgn lupa mesyuarat kita Sabtu ini.

"Sepakat membina Ummah masa depan"

Insya-Allah jika tiada halangan PIBG akan kepilkan dokumen mesyuarat di sini (online) selewat-lewatnya esok bagi ibubapa menyemaknya sebelum hadir mesyuarat nanti. Diharap ini akan menjadikan mesyuarat PIBG kita lebih efektif.

Untuk Sabtu ini, ibubapalah VIP kami!

Sekilah aturcara mesyuarat agung seperti berikut:

8.00 - Sarapan pagi
8.30 - Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
8.40 - Bacaan Doa / Pembentangan laporan PIBG oleh YDP
9.00 - Ucapan Guru Besar
9.20 - Mesyuarat agung bermula
- pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat sesi 2012-2013
- perkara berbangkit
- pembentangan dan pengesahan laporan kewangan 2012
- perbahasan usul dan cadangan
- hal-hal lain
- ucapan penangguhan
9.50 - Pelancaran projek Surau SRABSP
10.00 - Ramah mesra dan bersurai

Nota:
- Acara akan bermula tepat jam 8.30 pagi walaupun korum tidak mencukupi bagi menghormati masa semua pihak
- Tiada pemilihan AJK kerana tempoh AJK sekarang sehingga tahun hadapan

Taklimat Pencalonan Baru AJK Surau Al-Hijrah 2013-2016




 
Selaras dengan ketetapan JAIS Daerah Kajang yang menetapkan pemilihan AJK Surau/Masjid bagi sesebuah Kariah dibuat dalam tempoh 3 tahun sekali, maka dengan ini satu
 
Taklimat Mesyuarat Pencalonan AJK Surau Al-Hijrah bagi penggal 2013-2016 akan diadakan
pada 28 Februari 2013 (Khamis malam Jumaat) selepas solat Isyak berjemaah (di surau Sementara)
bertempat di Surau Al-Hijrah yang baru.
 
Semua Jemaah dijemput hadir untuk bersama-sama berkongsi pendapat dan menyumbang tenaga ke arah pengisian Surau Al-Hijrah di masa hadapan.
 
Bagi pihak Pengerusi Surau Al-Hijrah Bandar Seri Putra
Dato' Haji Johar bin Haji Abas
 

Sekian, wassalam.
 
Surau al-Hijrah dijangka boleh digunakan sepenuhnya menjelang hujung minggu ini. Gotong-royong mengemas tapak Surau & kerja-kerja akhir akan dilakukan pada Sabtu & Ahad ini.
Sebarang sumbangan bagi pembangunan & penyelenggaraan Surau baharu boleh disalurkan melalui :

Sunday, February 24, 2013

Bebarapa Makluman Terkini PPBSP

1) Perpindahan Pasar malam
MAKLUMAN PASAR MALAM: Lokasi pasar malam sekarang (hadapan tapak pembinaan masjid) akan dipindahkan setelah diluluskan dalam mesyuarat Bahagian Perlesenan MPKj pada 22 Feb 2013. Pasar malam akan kembali ke tapak asal dihadapan Sales Gallery Bangi Heighs lama.

2) Bantahan Penjualan Arak Speedmart99 TIP
Inline images 3

3) Gotong-Royong 9, 17 dan 23 Mac 2013
Inline images 1

4) Hari Keluarga BSP 2013, 16 Mac 2013
Inline images 2

Pusing kereta sebelum bergerak. Anda mampu menyelamat nyawa.

Inline images 1

Proses yang mudah yang mungkin menyelamatkan nyawa.

https://docs.google.com/file/d/0B6bFqkxsXtWnRFFoYk82d21JblE/edit?usp=sharing

Monday, February 18, 2013

Gotong-Royong Perdana BSP 2013 (Sempena 10 Tahun BSP)

Inline images 1

PER: GOTONG-ROYONG PERDANA BSP 2013

 

Sukacita dimaklumkan pihak PPBSP akan mengadakan satu program kemasyarakatan iaitu Gotong-Royong Perdana BSP 2013 pada 9, 17 dan 23 Mac 2013.

 

2.      Butiran program ini adalah seperti berikut:

 

a.       9 Mac 2013 Sabtu – kawasan bangunan kedai 3 tingkat dan jalan sekitarnya

b.      17 Mac 2013 Ahad – kawasan bangunan kedai 1 tingkat dan jalan sekitarnya

c.       23 Mac 2013 Sabtu – sepanjang jalan Persiaran Putra 1 dan 2.

 

3.      Sehubungan dengan itu, tuan adalah dijemput bersama menjayakan program ini dan juga kami sangat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberi sumbangan bagi membiayai sebahagian kos program.

 

4.      InsyaAllah YB Dr Shafie Abu Bakar akan meramsikan majlis pelancaran Gotong-Royong Perdana pada 9 Mac 2013.




Carboot Sale 24 Feb 2013

Inline images 1

Come register for the Car Boot Sale on 24 Feb (Sunday) at Tapak Pasar Malam, Bandar Seri Putra. Organised by SRA Bandar Seri Putra. Since it is unshaded please do bring along umbrella, sun glasses. We are looking at the possibility to relocate. Hopefully the Car Boot Sale in March will be in a shaded area. Till then please bear with us. For more information please call me (Iqbal) 012 6563033 or visit goodscycle@wordpress.org

Sunday, February 17, 2013

MUZAKARAH PENGURUSAN JENAZAH 23 & 24 FEB

Inline images 1

Dato/Tuan,

MUZAKARAH PENGURUSAN JENAZAH

Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa Surau As Syakirin akan mengadakan majlis Muzakarah Pengurusan Jenazah pada 23 dan 24 feb ini (aturcara dilampirkan)

Objektive dan matlamat muzakarah ini adalah seperti berikut.

1. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang pengurusan jenazah antara surau-surau di sekitar Bandar Seri Putra dan Impian Putra.

2. Memperkemaskan dan menambahbaik prosidur pengurusan jenazah antara surau-surau di Bandar Seri Putra dan Impian Putra.

3. Membina jaringan antara surau-surau untuk menyebar maklumat berhubung dengan pengurusan jenazah termasuk apabila ada berlaku kematian ahli kariah setempat.

Dengan ini segala hurmatnya kami ingin mengundang pihak menjayakan muzakarah ini.

Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan yang telah mempunyai pengelaman didalam pengurusan jenazah sama-sama memberi tunjuk ajar semasa aktiviti praktikal dan sessi muzakarah nanti.

Sekian, atas sumbangan dan kerjasama pihak tuan sama sama menjayakan muzakarah nanti, kami dahului dengan ucapan ribuan terimakasih.

Yang benar

HJ ABDUL RANI HJ MOHAMED
Pengerusi
Surau As Syakirin

Thursday, February 14, 2013

Gotong-royong bersama YB Dr. Shafie Ahad 17 Feb 2013

Inline images 1

Salam. Dijemput semua warga Bandar Seri Putra untuk turut serta dalam program gotong-royong bersama YB Dr. Shafie Ahad ini bermula di padang SP5 mulai jam 7.30 pagi.

Antara perancangan adalah membersihkan sepanjang jalan dari Restoran Hj Tapah hingga ke depan SK Bandar Seri Putra.

Friday, February 1, 2013

Hari Ini: Forum Maulidur Rasul BSP 1434H

Inline images 1

FORUM MAULIDUR RASUL
Bandar Seri Putra 1434H

"Menelusuri Sirah, Menggapai Ibrah"

Ahli panel:
  • Ustaz Dr. Azhar Yacob (UTM)
  • Ustaz Dr. Syauqi Othman (UPM)
Moderator:
  • Ustaz Nushi Mahfodz (KUIS)

Surau Sayyidina Al Khattab D'Puncak, BSP 
(Koordinat: 2.88274, 101.78448)


Sabtu 2 Februari 2013, Jam 9.00 malam

Semua Muslimin dan Muslimat Di Jemput Hadir

Anjuran Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra dengan kerjasama gabungan surau-surau seluruh BSP dan Impian Putra

Hari Ini: Jemputan Ke majlis Doa Selamat Hj Shaari & Forum Maulidurrasul





 
 
Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat bagi menunaikan Umrah
TUAN HAJI SHAARI BIN HAJI RASHID (Rumah No 30 Jalan Seri Putra 5/6 - SP5)
akan diadakan pada hari SABTU 02 Februari 2013 jam 12.00 tengahari.
 
Semoga Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita sama-sama memenuhi Hajat & menambahkan ukhwah sesama kita.
 
 
Harap Maklum.

Sekian, wassalam.
 
sebarang sumbangan bagi pembangunan & penyelenggaraan Surau boleh disalurkan melalui :

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More