Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Thursday, August 30, 2012

Salam Kemerdekaan ke 55

Inline images 1

Selamat Menyambut Hari
keMERDEKAan


kepada semua penduduk Bandar Seri Putra


Menghayati Kemerdekaan, Menanam Kecintaan

PPBSP | SP5 | Surau Al-Hijrah | PIBG SKBSP | PIBG SRABSP

[Surau Al-Hijrah] Ziarah Syawal bersama jemaah Surau al-Hijrah



 
Alhamdulillah, program Ziarah Syawal pada tahun ini telahpun bermula di rumah Ustaz Nushi Mahfodz pada hari Ahad lepas setelah solat Maghrib berjemaah. Diharapkan lebih ramai para Jemaah akan tampil membuat undangan dengan menghubungi penama di atas.

Jadual Ziarah Syawal Surau al-Hijrah (setakat ini)
1. Majlis Tahlil & Doa Selamat
   Rumah Tuan Haji Azmi Mohd Nor (Azmi Ingress)
   No 25 JSP 6/3 (Putra Tropika)
   Tarikh : Ahad - 2 September / Jam 11.30 pagi
 
2. Majlis Ziarah & Doa Selamat
   Rumah Dato' Haji Johar Abas (Pengerusi Surau)
   No 5 JSP 6/4 (Putra Tropika)
   Tarikh : Isnin - 3 September / Selepas Solat Isyak
 
3. Majlis Ziarah & Doa Selamat
   Rumah En. Hamizan (Ujang) & Chef Rozizan
   No 12 & 14 JSP 6/4 (Putra Tropika)
   Tarikh : Rabu - 5 September / Selepas Solat Isyak
 

Hebahan Awal
1. Majlis Ziarah & Doa Selamat
   Rumah Tuan Haji Abu Hassan Sidek (Cikgu Abu)
   No 23 JSP 6/3 (Putra Tropika)
   Tarikh : Ahad - 9 September / Jam 11.30 pagi
 
2. Majlis Tahlil & Doa Selamat diikuti dengan Rumah Terbuka
   Rumah En. Mazlan Abdullah (McDonalds)
   No 40 JSP 6/7 (Putra Tropika)
   Tarikh : Sabtu - 15 September / Jam 11.00 pagi
 
3. Majlis Tahlil & Doa Selamat diikuti dengan Rumah Terbuka
   Rumah En. Mazni Dahlui (Hazni Catering)
   No 42 JSP 6/7 (Putra Tropika)
   Tarikh : Ahad - 16 September / Jam 11.00 pagi
   

Makluman
  • Kuliah Pengajian masih belum bermula. Walau bagaimanapun, kelas Mengaji al-Qur'an untuk kanak-kanak telah bermula.
    Sila rujuk Papan Kenyataan Surau untuk Jadual Kuliah Hujung Minggu.

 
            Aktiviti Bergambar
                       

Monday, August 13, 2012

Ucapan Hari Raya YDP PPBSP

Inline images 1

Inline images 3

Inline images 2

SALAM HARI RAYA AIDIL FITRI 1 SYAWAL 1433

Segala puji bagi Allah pemilik kerajaan langit dan bumi. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad serta ahli keluarga baginda, para sahabat yang setia dan seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sempena hari yang mulia pada 1 Syawal 1433H ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Bagi pihak diri saya sendiri dan seluruh ahli jawatankuasa PPBSP
, kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan serta memohon dihalalkan segala yang termakan dan terminum.

Syukur kepada Allah SWT pada bulan Ramadhan kali ini jumlah ahli berkunjung berterawih lebih ramai di semua surau Bandar Seri Putra. Tahniah kepada saudara sekelian dan juga kepada semua pengerusi dan ahli jawatankuasa surau-surau di Bandar Seri Putra yang telah mengatur berbagai aktiviti dengan jayanya seperti tazkirah, terawih dengan imam hafiz, berbuka puasa, more, tahlil arwah, tadarus dan qiyamulail.

Bagi mereka yang balik kampung, kami mengucapkan selamat pergi dan selamat pulang. Berhati-hati di jalan raya dan pandu kenderaan dengan sifat kasih sayang, ceria, sabar dan saling memaafkan. Juga jangan lupa kunci semua pintu dan tingkap rumah, simpan semua barang yang berharga di tempat yang selamat dan serah borang balik kampong di balai Polis sebelum berangkat pulang.

Alhamdulillah PPBSP telah menjadi pengajur Bazar Ramadhan BSP musim ini dengan tempat baru. Sebagi penganjur baru yang diketuai oleh Ketua Biro Ekonomi, kami sedia menerima teguran dan cadangan bagi menambahbaik bazar yang telah menarik banyak pengunjung.

Untuk musim cuti hari raya ini, satu program keselamatan anjuran bersama PPBSP, pihak pemaju, persatuan-persatuan penduduk, wakil skim taman dan pihak berkuasa akan dijalankan. InsyaAllah dengan muafakat semua pihak, kita doakan agar Bandar Seri Putra akan mencatat rekod sifar jenayah pada musim cuti kali ini. Jika program ini yang diterajui oleh Ketua Biro Keselamatan PPBSP berjaya, kita berharap semua pihak yang berkepentingan akan meyokong sepenuhnya untuk diteruskan bagi masa hadapan.
Dengan izin Allah, akhir kata kita berjumpa di Majlis Ramah Mesra BSP 2012 pada 23 September 2012 di padang permainan dan rekreasi SP5, Bandar Seri Putra.

Sekian wabillahi taufik walhidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

HAJI AHMAD BIN YUSOF
YANG DIPERTUA PPBSP
Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

Iftar Surau Al-Hijrah dari Lensa Tuan Zaidi

Iftar Surau Al-Hijrah dari Lensa Tuan Zaidi

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3

Inline images 4

Inline images 5

Inline images 6

Inline images 7

Inline images 8

Inline images 9

Inline images 10

Inline images 11

Inline images 12

Sunday, August 12, 2012

Gambar Majlis Berbuka Puasa Surau Al-Hijrah dan Tazkiran Sahabat Palestine

Assalammualaikum.

Alhamdulillah semalam telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa serta tazkiran daripada sahabat Palestin kita di Surau Al-Hijrah. Terima kasih diucapkan kepada penaja, Maybank Islamic serta penyumbang-penyumbang yang lain selain daripada semua yang membantu menjayakan majlis semalam.

Tetamu telah dihidangkan dengan menu kambing golek, kambing bakar, char kwey tiew, nasi, ayam kurma, kacang panjang serta buah-buah dan kuih-muih. Marilah kita bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita. Disertakan gambar sebagai kenang-kenangan semua.

Majlis turut dihidang dengan pengisian rohani, tazkirah daripada sahabat Palestine kita.  Sahabat tersebut memohon agar kita terus mendoakan kejayaan perjuangan mereka mempertahankan bumi Palestine yang telah-sedang dirampas daripada mereka. Disamping bantuan sokongan seperti kewangan bagi mereka menyediakan kelengkapan dalam perjuangan mereka.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui Tabung Haluan Palestine (BIMB: 14-023-01-003429-2 atau Maybank: 5644-9020-8528).

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3

Inline images 4

Inline images 5

Inline images 6

Inline images 7

Inline images 8

Inline images 9

Inline images 10

Inline images 11

Inline images 12

Inline images 13

Inline images 14

Inline images 15

Inline images 16

Inline images 17

Inline images 18

Inline images 19

Gambar selebihnya di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10152026792910176.891824.329327610175&type=1

Inline images 20

Saturday, August 11, 2012

HARI INI: Majlis Berbuka Puasa Surau Al-Hijrah

  • Alhamdulillah, pihak Surau berbesar hati dengan tajaan dari Maybank Islamic pada kali ini atas usaha salah seorang Jemaah Surau. Walaubagaimanapun, pihak Surau tetap akan menyediakan Tabung Sumbangan kepada para Jemaah yang ingin berkongsi pahala dan tanggungjawab supaya Majlis ini lebih berseri dan sempurna. Jumlah sumbangan tidak ditetapkan, biarlah ianya seikhlas hati.
  • Pihak Surau juga melancarkan Tabung Infaq kepada Imam Tahfiz yang mengetuai Terawih kita pada tahun ini juga untuk Imam Muda Jemputan dari Palestin yang akan mengetuai Terawih pada Majlis ini. Semua jariah dari Tuan Puan memberikan makna yang besar dalam perjuangan mereka dalam mencari keredhaan Allah swt.
  • Gotong Royong bagi membersihkan persekitaran Surau dan juga persiapan memasak akan dimulakan selepas Solat Zohor berjemaah.Begitupun bagi Muslimat, mereka akan bermula lebih awal seusai Kuliah Dhuha Wanita. Tuan Puan yang berkelapangan silalah hadir bagi menyegerakan persiapan disamping merapatkan ukhwah sesama Jemaah.
  • Sumbangan Tuan Puan bagi menambahkan hidangan utama serta kuih muih dan kudapan amat digalakkan. Terpulang kepada kelapangan masing-masing.
Aturcara Majlis
- Solat Zohor berjemaah
- Gotong Royong persiapan Majlis & membersihkan Surau
- Solat Asar berjemaah & bacaan Al-Mathurat Sughra
- Tazkirah Ringkas
- Persiapan akhir berbuka
Majlis Berbuka Puasa
- Solat Maghrib berjemaah
- sambung aktiviti berbuka
- Solat Isyak berjemaah
Solat Terawih bersama Imam Muda dari Palestin
- Kongsi Rasa rakyat Palestin (moderator Ustaz Nushi Mahfodz)
- Solat sunat Witir
- Moreh
- Berkemas

   
Makluman Awam
  • Kutipan Zakat Fitrah bagi Kariah Surau akan berakhir pada malam Ahad, 12 Ogos 2012. Kepada sesiapa yang ingin berzakat bersama Amil Ustaz Nik Hilmizan, bolehlah berbuat demikian seberapa segera. Kadar yang ditetapkan bagi negeri Selangor adalah RM 7.00 seorang.
  • Pihak JPPPPT akan membuka kaunter kutipan Pengawal Keselamatan sempena Hari Raya pada malam tersebut. Kepada penduduk Putra Tropika, pembayaran RM50 boleh dibuat terus kepada Sdr. Khairul Effendi (KE).
Semoga ianya memberi manfaat kepada semua. Wassalam.
 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More