Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Monday, April 30, 2012

Lelaki genius kawal lalu lintas

Lelaki genius kawal lalu lintas

BERRY di luar sekolah tempat dia bekerja.
BERRY di luar sekolah tempat dia bekerja.

LONDON: Seorang lelaki genius yang memiliki 11 ijazah universiti dan boleh bercakap lima bahasa dengan lancar, bekerja sebagai pengawal lalu lintas di sebuah sekolah.

Dr Bruce Berry adalah antara orang paling pintar di Britain.


Tetapi, selama lima hari seminggu, dia mengayuh basikal sejauh enam setengah kilometer untuk membantu kanak-kanak sekolah menyeberang jalan. Bruce, 70, yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah dengan tesis 425 muka mengenai penulis kelahiran Russia, Andrei Makine, berkata: "Saya gemar berusaha mendapatkan ijazah. Tetapi saya ingin melakukan sesuatu untuk masyarakat. Saya seronok dapat membantu memastikan kanak-kanak selamat ketika pergi dan balik sekolah." Selain PhD, Bruce mempunyai tiga Ijazah Sarjana Muda, tujuh Ijazah Sarjana dan lancar bercakap bahasa Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Russia.

Berry yang masih bujang dan berasal dari Sharlston, West Yorks, mula bekerja sebagai kerani pejabat pos dan belajar ketika mempunyai waktu terluang sebelum menjadi penterjemah.


Bruce menerima gaji sebanyak RM1,000 sebulan untuk mengawal lalu lintas di luar Sekolah Crofton, Wakefield, tempat bapanya pernah mengajar.


"Saya merasakan diri saya sebahagian daripada keluarga di sana," katanya. - DM


========================
Khai
khair75@gmail.com
========================

Thursday, April 26, 2012

Pengajian Kitab Tasawuf, Masjid KUIS

Inline images 1

Pengajian Kitab Tasawuf, Masjid KUIS

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================

Pesta Buku Bermula Hari Ini

Inline images 1

Pesta buku di PWTC bermula hari ini. Mari bawa anak-anak menikmati keenakan dunia buku.

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================

Jemputan Undangan Kenduri


Surau Al-Hijrah Bandar Seri Putra

UNDANGAN KENDURI
Bagi menyampaikan Salam & Hajat pihak Tuan Rumah, dijemput para Jemaah Surau untuk memenuhi undangan seperti di bawah :
 
Jemputan Majlis Doa Selamat Pertunangan Anak & Aqiqah Cucu
Tuan Rumah :  DATO' HAJI JOHAR ABAS (Pengerusi Surau Al-Hijrah)
Tarikh           :  28 April 2012 (Sabtu)
Waktu           :  Selepas solat Zuhur
Alamat         :  No 5 Jalan Seri Putra 6/4 (Putra Tropika)
 
Semoga Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita sama-sama memenuhi Hajat & menambahkan ukhwah sesama kita.

 
Untuk sebaran makluman/aktiviti kemasyarakatan @ pertukaran email, sila hubungi Khairil - 012 2655203 (khair75@gmail.com) @ Syamsul - 019 3929219 (syamsul.saad@gmail.com)

Utusan 27/4/2012: Bandar Seri Putra digelar 'bandar ilmu'

Bandar Seri Putra digelar 'bandar ilmu'

Frankie Tan (dua kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi Cosmo, Ahmad Fariz Hassa (dua kiri) melihat dokumen perjanjian yang telah ditandatangani antara kedua-dua syarikat di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 26 April - United Malayan Land Bhd. (UM Land) menyasarkan pembangunan Bandar Seri Putra akan siap sepenuhnya menjelang 2020 dan bakal digelar sebagai 'bandar ilmu'.

Bandar Seri Putra dibangunkan oleh anak syarikat UM Land, Seri Alam Properties Sdn. Bhd. (SAP) meliputi tanah seluas 1,224 hektar di Kajang.

Pengarah Urusan SAP, Frankie Tan berkata, proses penilaian pembangunan tersebut telah di peringkat akhir dan fokus pembangunan terarah kepada sektor pendidikan, kesihatan dan perumahan.

"Dua pertiga Bandar Seri Putra telah dibangunkan dan berbaki kira-kira 404.6 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) semasa mencecah RM3.5 bilion dan mungkin lebih pada masa depan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.


Inline images 1
Klik untuk pembesaran

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================

Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Februari 2012

Ref: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5636.msg99818#msg99818

Dana terkumpul kini mencecah RM1,251,826.25 (berakhir bulan Februari 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-30 pada 17 Mac 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan Januari 2012 =  RM80,900.56
  • bulan Februari 2012 = RMRM35,990.13 - kutipan merosot berbanding 2 bulan yang lalu
Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berjaya mencapai Sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011.

Pengerusi menggesa AJK supaya membuat 'personal approach' ke syarikat dan badan korporat yang besar untuk mendapat dana yang lebih besar. Perkara ini sudah disebut beberapa kali sebelum ini, dan setiausaha telah menghantar 'reminder' kepada ahli melalui e-mel supaya membekalkan senarai nama individu atau syarikat supaya surat rasmi dapat disediakan.

Setiausaha menjelaskan sehingga kini:
  • Sehingga Februari 2012 sebanyak kira-kira 1000 pucuk surat telah dikirim ke kementerian, agensi kerajaan, badan berkanun, ADUN, Ahli Parlimen, hospital, bank, institusi kewangan dll.
  • Mulai 1hb Mac sehingga hari ini (17 Mac) sebanyak 3,000 pucuk surat dikirim ke syarikat-syarikat bersama dengan brosur masjid.
  • Sehingga hujung Mac sebanyak 1140 pucuk surat lagi akan dikirim ke syarikat-syarikat.
  • Baki surat untuk syarikat sebanyak 5860 akan dikirim setelah kerja-kerja cerucuk bermula, berperingkat-peringkat hingga ke akhir tahun.
  • Setiausaha telah mencetak sebanyak 15,000 keping brosur (dengan kos 40sen sekeping) untuk diagih bersama surat memohon derma.
  • Brosur itu juga telah diedar kepada jemaah Solat jumaat  di Masjid UKM, Masjid Hasanah BBB, Masjid Solihin Teras Jernang, Surau Assyakirin BSP, Surau Al-Ikhlas TIP dan Masjid Al-Azhar KUIS.
  • Urusan Menentukan Kiblat & Solat Hajat akan dilaksanakan kemudian sebaik saja kerja-kerja cerucuk akan bermula.

JK Kecil Teknikal telah melaporkan bahawa:
  • Kelulusan pelan masjid akan dimesyuaratkan pada persidangan majlis MPKj pada 21hb Mac ini. Dengan kelulusan ini kelak kerja-kerja cerucuk insyaAllah akan bermula pada bulan April.
  • JK Pembinaan telah bersetuju untuk menganugerahkan kontrak pembinaan cerucuk kepada syarikat yang memberi tawaran harga TERMURAH dengan nilai terdekat dengan sebagaimana disyorkan oleh perunding. Walau bagaimana pun pihak perunding diminta untuk merunding harga terbaik lagi dari syarikat tersebut sebelum surat setuju resmi dikeluarkan.
  • Tiga tender telah diterima untuk kerja-kerja 'hoarding'. Sebutharga terlampau tinggi, dan JK Pembinaan memutuskan untuk menolak ketiga-tiga penender tersebut. Pihak perunding diminta untuk berbincang dengan syarikat yang berjaya melaksanakan kerja cerucuk supaya dapat mempertimbangkan membuat kerja 'hoarding' sekali tanpa melibatkan kos tambahan atau kos minimal.
  • Untuk penyeliaan kerja cerucuk, JK Pembinaan akan cuba mendapat kakitangan dari Bangi Heights seperti yang disetujui oleh En.Zulkiply Garib. Surat untuk tujuan ini akan dideraf.
  • Jurutera Tapak Binaan (site engineer), sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan untuk menyelia kerja pembinaan, yang akan dilantik oleh perunding, supaya kerja-kerja dapat diselaraskan. Upah bayaran yang berpatutan kena disemak semula.
  • Billboard Masjid berukuran 12' X 8' akan dibina di tapak masjid. Jumlah kutipan bulanan dipamirkan.

Perkara lain:
  • JK Pembinaan bersetuju supaya setiausaha mengirim e-mel kepada ahli yang tidak hadir ke mesyuarat JK Pembinaan Masjid sejak Januari 2011 (sebanyak 15 kali mesyuarat) atau lebih awal lagi, mohon pengesahan sama ada mereka masih berminat untuk menjadi ahli. Jika tidak menerima jawapan dalam masa 3 hari, ini dianggap ahli itu tidak lagi berminat.
  • Rancangan Kutipan Dana - JK Pembinaan mengesyorkan supaya satu 'Road Show' dijalankan di surau-surau di BSP, bermula dengan Surau Assyakirin, Surau Al-Ikhlas dan Masjid KUIS pada Hari Jumaat, memaklumkan jemaah mengenai status masjid yang akan dibina, di samping mendapat sumbangan tetap daripada para qariah.
-
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.

Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

Pengerusi menerangkan bahawa Tabungwang Pembinaan Masjid Al-Mustaqim kini sudah mendapat gazet pelepasan cukai daripada LHDN bermula daripada tarikh berkuatkuasa pada 15hb Disember 2011 sehingga 14hb Disember 2014 bagi tempoh 3 tahun*. JK Pembinaan juga mempelawa Warga BSP sekalian untuk bersama-sama mewar-war/menghebahkan STATUS PELEPASAN CUKAI kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk menderma supaya dapat mempercepatkan usaha menambah kutipan yang diperlukan untuk membina Masjid Al-Mustaqim ini.

* Telah dihebahkan di sini:



__._,_.___
Recent Activity:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.

    * MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
    * CIMB ISLAMIC 12370000608108.
    * Bank Islam 12029010059585.

SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.

__,_._,___

Thursday, April 5, 2012

Program Malam Jumaat Surau Al-Hijrah


Surau Al-Hijrah Bandar Seri Putra

UNDANGAN KENDURI
Bagi menyampaikan Salam & Hajat pihak Tuan Rumah, dijemput para Jemaah Surau untuk memenuhi undangan seperti di bawah :
 
Jemputan Majlis Tahlil & Doa Selamat
Tuan Rumah :  TUAN HAJI POUZI 6/3
Tarikh           :  5 April 2012 (Khamis malam Jumaat)
Waktu           :  Selepas solat Isyak berjemaah
Tempat         :  Di Surau Al-Hijrah
 
Semoga Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita sama-sama memenuhi Hajat & menambahkan ukhwah sesama kita.

 
Untuk sebaran makluman/aktiviti kemasyarakatan @ pertukaran email, sila hubungi Khairil - 012 2655203 (khair75@gmail.com) @ Syamsul - 019 3929219 (syamsul.saad@gmail.com)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More